Selepas diperkatakan beberapa ketika sebelum ini generasi ketiga SUV Volkswagen Tiguan 2024 akhirnya muncul secara rasmi untuk pasaran di Eropah. Rekaan yang dihasilkan untuk model terbaru ini lebih cenderung kepada tema moden, seiring dengan barisan model VW.

Pada bahagian luaran, SUV Tiguan lengkap dipasangkan unit lampu LED matriks IQ.Light dengan struktur jeriji yang boleh melancarkan lagi aliran udara. Lampu belakang pula direka dengan lebih nipis bersama grafik moden.

Berbeza dengan generasi sebelumnya, Tiguan baharu ini menggunakan pelantar MQB Evo yang menawarkan sistem pacuan roda hadapan sebagai standard dan sistem pacuan semua roda sebagai pilihan tambahan.

Volkswagen Tiguan 2024 Baharu Dengan Kuasa Sehingga 268 HP!
Kredit Foto: Careta

Dari segi ukuran dimensi, ia tampil dengan ukuran sepanjang 4,551mm dengan kelebaran 1,939mm, tinggi 1,640mm dan jarak roda sepanjang 2,681mm. Tiguan 2024 telah bertambah panjang sebanyak 30mm dan menariknya, kapasiti ruang kargo meningkat kepada 652 liter, satu titik jualan yang unik.

Ads

Untuk pasaran Eropah, terdapat beberapa varian trenkuasa ditawarkan untuk Tiguan baharu ini. Di antaranya ialah enjin 2.0 liter turbo (201 HP atau 262 HP), enjin diesel 2.0 liter turbo (148 HP atau 190 HP) dengan sistem pacuan 4MOTION, serta enjin hibrid ringan 1.5 liter turbo (128 HP atau 148 HP) dengan sistem starter/generator 48 voltan dan fungsi nyahaktif silinder.

Volkswagen Tiguan 2024 Baharu Dengan Kuasa Sehingga 268 HP!
Kredit Foto: Careta

Selain itu, terdapat juga enjin plug-in hibrid dengan kuasa 201 HP/350Nm dan 268 HP/400Nm yang dipadankan dengan pek bateri 19.7kWh. Tiguan eHybrid itu boleh menyokong pengecasan pantas 50 kW, dimana 10%-80% hanya mengambil masa 25 minit sahaja.

Ads

Bagi ruang dalaman, Tiguan kini didatangkan dengan standard skrin infotainment MIB4 bersaiz 12.9 inci atau 15 inci, dan juga skrin paparan digital 10.25 inci dengan empat paparan mod berbeza.

Volkswagen Tiguan 2024 Baharu Dengan Kuasa Sehingga 268 HP!
Kredit Foto: Careta

Reka bentuk ruang kabin tengah telah diringkaskan dengan rekaan dial rotari yang baharu serta pelarasan tetapan sistem pencahayaan dalaman, casis dan trenkuasa yang telah dikemaskini.

Ads

Secara dasarnya, Volkswagen menawarkan empat varian untuk model Tiguan ini iaitu Tiguan Standard, Tiguan Life, Tiguan Elegance dan Tiguan R-Line. Harga jualan VW Tiguan 2024 untuk pasaran Eropah bermula dari 36,600 euro, bersamaan dengan RM183,598.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI