Ads

Suzuki Raider Tampil Dengan Warna Baru Yang Lebih “Berani Membara”!

Suzuki Raider R150Fi sebuah model underbone yang mempunyai reka bentuk agak kecil berbanding model underbone yang lain tetapi mempunyai kuasa yang begitu mengangumkan. Mula dipasarkan di Malaysia pada tahun 2004 dengan nama Suzuki Belang R150. Model tersebut menggunakan sistem karburator pada ketika itu, tetapi mampu menjana sehingga 16.5 kuasa kuda pada 9500 rpm dan mempunyai sesaran enjin 147.3 CC.

Suzuki Raider Tampil Dengan Warna Baru Yang Lebih “Berani Membara”!

Kini pada tahun 2023, Suzuki Belang R150 dikemaskini dengan sistem fuel injection dan menggunakan nama Suzuki Raider R150Fi. Walaupun kapasiti enjin dan sesaran enjin masih sama, tetapi catuan mampatan enjin untuk model Suzuki Raider lebih tinggi iaitu pada nisbah 11.5.1 dan menghasilkan 18.5 kuasa kuda pada 10,000 rpm secara tidak langsung memberi kuasa yang lebih kepada jentera ini dan menjadi persaingan sengit pada model Yamaha Y15ZR dan Honda RSX.

Ads
Suzuki Raider Tampil Dengan Warna Baru Yang Lebih “Berani Membara”!
Kredit foto : Facebook Suzuki Malaysia

Terbaharu Suzuki mengumumkan edisi Suzuki Raider 150Fi yang terbaharu didatangkan dengan dua warna yang berbeza dan lebih kemas. Bright Ivory/Titan Black & Matte Bordeaux Red/Metallic Matte Fibroin Grey merupakan warna baharu untuk model ni. Gandingan warna rim yang baharu juga turut memberi imej yang lebih “berani membara” kepada model ini dan kepada anda yang ingin mendapatkan model ini anda boleh terus ke pengedar Suzuki berhampiran anda.

Suzuki Raider Tampil Dengan Warna Baru Yang Lebih “Berani Membara”!
Kredit foto : Facebook Suzuki Malaysia

 

Ads

Harga jualan untuk motosikal ini bermula daripada RM8,838.00 tidak termasuk pendaftaran dan cukai jalan.

Ads

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok. 

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

Mercedes-Benz Malaysia Perkukuh Inovasi dan Kelestarian Sepanjang Tahun 2025

Mercedes-Benz Malaysia 2025: Tahun Inovasi, Pelanggan dan Kelestarian Tahun 2025 boleh dianggap sebagai salah satu tahun penting buat Mercedes-Benz Malaysia, apabila jenama mewah ini berjaya...