Selepas pelancaran model ini di Indonesia pada tahun 2022, hangat diperkatakan oleh semua peminat Kawasaki mengapa model ini tidak hadir ke Malaysia?

Akhirnya, tahun ini segala teka teki telah terjawab apabila Edaran Modenas (EMOS) secara rasmi membuka tempahan bagi model sportsbike berenjin empat silinder sebaris Ninja ZX-25R.

Modenas Ninja ZX-25R 2023 Dibuka Untuk Tempahan!
Kredit foto : kawasakileisurebikes.ph

Mengapa model ini menjadi bualan? Deruman enjin 4 silinder merupakan satu kepuasan bagi pemilik sportsbike walaupun hanya berkuasa 250cc, tetapi kelajuan maksimum motosikal ini mampu mencecah 190Kkm/j.

 

Lebih menarik, dengan berbekalkan enjin 4 silinder anda tidak perlu untuk menukar lesen motosikal anda ke B penuh tetapi anda boleh memperoleh kepuasan seperti menunggan motosikal berkuasa tinggi yang lain.

Modenas Ninja ZX-25R 2023 Dibuka Untuk Tempahan!
Kredit foto : kawasakileisurebikes.ph

Difahamkan, model Ninja ZX-25R 2023 itu bakal dilancarkan pada bulan September nanti dengan harga yang kompetitif. Di Indonesia, model ini dijual dengan harga IDR 129,900,000 (RM39,597) dan mungkin anggaran harga untuk pasaran Malaysia tidak jauh berbeza dengan pasaran Indonesia.

 

Kawasaki ZX-25R bakal ditawarkan dalam dua varian, iaitu SE dan RR. Spesifikasi yang membezakan dua varian ini adalah daripada segi penyerap hentak hadapan jenis terbalik 37 mm (SFF-BP), penyerap hentak BFRC lite, larasan pra-muatan serta sistem ekzos baharu yang memenuhi piawaian Euro 4 dihadirkan untuk varian RR.

 

Enjin yang berkuasa empat silinder sebaris 249.8 cc dengan janaan kuasa 51 hp @ 15.500 rpm, daya kilas 22.9 Nm @ 14,500 rpm memberi satu kepuasan kepada pemanduan motosikal ini. Motosikal 250cc yang mempunyai empat silinder merupakan come back oleh Kawasaki selepas pengeluaran Kawasaki ZXR250 pada lewat tahun 80an.

Modenas Ninja ZX-25R 2023 Dibuka Untuk Tempahan!
Kredit foto : kawasakileisurebikes.ph

Penulis merupakan salah seorang yang menanti kehadiran model ini selepas nyaksikan secara fizikal Kawasaki ZX-25R yang dipertontonkan di Litar Sepang semasa kejuaran Moto GP tahun lepas.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.  

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI