Jenama MINI memang sinonim dengan rekaan kereta yang kecil, comel dan sopan.
Namun, selain rekaan yang kecil itu terdapat dua lagi model MINI iaitu Clubman dan Countryman, dimana model Countryman merupakan yang terbesar dalam MINI sekaligus, menjadikan ia berada dalam segmen crossover.
Selepas enam tahun, Countryman generasi kedua diperkenalkan pada 2016 dengan dimensi lebih besar berbanding generasi pertama.
Melangkah ke hadapan, kini giliran MINI Countryman generasi ketiga untuk bersaing di pasaran global.
Countryman terbaharu ini akan diperkenalkan di Munich, Jerman dan buat pertama kali, ia ditawarkan dengan trenkuasa elektrik dan enjin pembakaran dalaman (ICE). Seiring dengan perubahan penggunaan petrol ke elektrik pada masa kini.
Kredit Foto: MINI.com
Dimensi Countryman baharu ini juga telah ditambah baik dengan ketinggian lebih 60mm dan 130mm lebih panjang dari generasi sebelumnya, menjadikan dimensi baru berukuran 1,656mm tinggi, 4,433mm panjang dan 1,843mm lebar.
MINI Countryman 2024 elektrik ditawarkan dalam dua varian prestasi iaitu ‘E’ dan ‘SE ALL4’, manakala model ICE ditawarkan dalam tiga varian iaitu ‘C’, ‘S ALL4’ dan ‘JCW ALL4’.
Ads
Menjengah bahagian hadapan, ia menggunakan gril berbentuk oktagon dan penderia radar kecil yang dipasang sekata sebagai ciri teknologi pemanduan automasi Tahap 2 dan pertama bagi model MINI.
Kredit Foto: MINI.com
Pada ruang dalaman, ia mengguna pakai konsep minimalis klasik MINI. Komponen yang paling menarik dan menyerlah pada bahagian dalaman sudah tentunya unit info hiburan berbentuk bulat yang terletak di tengah kabin.
Paparan OLED dengan diameter 240mm menggunakan sistem operasi MINI OS9 dimana fungsi kenderaan boleh diakses secara sentuhan atau arahan suara.
Manakala, pada bahagian atas skrin memaparkan maklumat seperti status bateri dan speedometer.
Model Countryman turut ditawarkan lapan jenis mod mengikut kepada situasi dan gaya pemanduan anda. Antara ‘MINI Experience’ yang tersedia adalah, Core, Green, Go-Kart, Personal, Vibrant, Trail dan Balance.
Ads
Kredit Foto: MINI.comPada ruang dalaman, ia mengguna pakai konsep minimalis klasik MINI. Komponen yang paling menarik dan menyerlah pada bahagian dalaman sudah tentunya unit info hiburan berbentuk bulat yang terletak di tengah kabin.
Paparan OLED dengan diameter 240mm menggunakan sistem operasi MINI OS9 dimana fungsi kenderaan boleh diakses secara sentuhan atau arahan suara.
Manakala, pada bahagian atas skrin memaparkan maklumat seperti status bateri dan speedometer.
Model Countryman turut ditawarkan lapan jenis mod mengikut kepada situasi dan gaya pemanduan anda. Antara ‘MINI Experience’ yang tersedia adalah, Core, Green, Go-Kart, Personal, Vibrant, Trail dan Balance.
Ads
Kredit Foto: MINI.com
Bagi varian Countryman ICE pula, anda diberi pilihan varian dengan kerusi belakang boleh laras sehingga 130mm untuk ruang kaki atau ruang bagasi lebih luas.
Untuk memaksimumkan ruang kargo, anda boleh meratakan kerusi belakang untuk menambah ruang daripada 460 liter kepada 1,450 liter. Selain itu, MINI Countryman EV 2024 turut mempunyai ruang tambahan di lantai untuk simpanan alat pengecasan.
Harga yang ditawarkan untuk model MINI Countryman 2024 bermula dari RM167,430 untuk varian paling rendah iaitu MINI Countryman C hingga varian tertinggi iaitu MINI Countryman SE ALL4 dengan tanda harga bermula dari RM273,760.
Untuk maklumat lanjut kunjungi laman sesawang rasmi mereka, www.MINI.my atau terus ke pusat pameran berdekatan.
1 of 16
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Suzuki Motor USA memperkenalkan barisan model 2026 dan sudah pasti tumpuan utama adalah kepada salah satu model lagenda Suzuki Hayabusa dengan varian Hayabusa Special Edition.
Hayabusa Edisi khas ini hadir dengan warna eksklusif Pearl Vigor Blue bersama grafik menarik, muffler dengan kemasan hitam dan penutup tempat duduk tunggal (seat cowl), mengekalkan aura “halilintar” Hayabusa.
Rekaan berinspirasikan peregrine falcon
Reka bentuk motosikal ini kekal sama seperti model sebelumnya dengan reka bentuk badan aerodinamik “wind-cheating” dengan garis dan bentuk yang disusun untuk rintangan angin yang minimum serta kestabilan pada halaju tinggi.
Kanji Hayabusa dalam warna putih yang menonjol menjadi elemen identiti, sementara perlindungan angin dan ergonomik santai menyokong tunggangan pada jarak jauh.
Enjin 1340 cc Hayabusa Special Edition
Suzuki Hayabusa menggunakan enjin empat silinder sebaris DOHC 1340 cc yang terkenal dengan aliran tork rendah-hingga-pertengahan dan kuasa linear. Sistem Ride-by-Wire dengan dwi-injektor setiap silinder bekerjasama dengan SRAD (Suzuki Ram Air Direct) pada muncung fairing untuk menekan udara masuk ke dalam kotak udara. Sistem ekzos berkembar simetri daripada keluli tahan karat memberikan bunyi yang padat dan kemasan visual yang seimbang di kiri dan kanan.
Casis & brek Hayabusa Special Edition
Rangka aluminium twin-spar menyumbang kepada kestabilan pada laluan lurus dan kelincahan di selekoh, digandingkan pula dengan suspensi KYB boleh laras untuk talaan mengikut citarasa penunggang. Sistem brek dipertingkat melalui kaliper hadapan Brembo Stylema empat omboh yang mencengkam cakera terapung 320 mm.
Sistem elektronik S.I.R.S.
Edisi 2026 ini menggunakan versi terbaharu Suzuki Intelligent Ride System (S.I.R.S.) iaitu suit bantuan elektronik yang merangkumi Traction Control, Bi-directional Quick Shift, dan pilihan mod tunggangan. Penalaan semula tahun ini termasuk:
Launch Control dengan kelajuan enjin yang dioptimumkan untuk pelepasan lebih konsisten.
Smart Cruise Control yang tidak terputus apabila penunggang menukar gear menggunakan quickshifter
Kesemua fungsi ini membolehkan karekter enjin, respons pendikit dan kawalan cengkaman dipadankan dengan keadaan jalan, pengalaman, dan cita rasa penunggang.
Pencahayaan & Paparan Hayabusa Special Edition
Sistem pencahayaan LED sepenuhnya dan ruangan kokpit mengekalkan gauge analog berkembar yang ikonik, kini digandingkan paparan TFT LCD untuk info moden seperti tetapan elektronik, status kenderaan dan maklumat perjalanan.
Spesifikasi utama Hayabusa Special Edition (ringkas)
Enjin: 1,340 cc, 4-silinder selari, DOHC, ride-by-wire, dwi-injektor per silinder
Induksi udara:SRAD (Suzuki Ram Air Direct)
Ekzos: Berkembar simetri keluli tahan karat, kemasan hitam (Special Edition)
Rangka: Aluminium twin-spar
Suspensi:KYB boleh laras (hadapan & belakang)
Brek hadapan:Brembo Stylema, 4-omboh, cakera terapung 320 mm berkembar
Gaya:Pearl Vigor Blue, grafik Kanji, seat cowl sewarna
Harga & Ketersediaan
Untuk pasaran Amerika Syarikat, harga yang ditawarkan adalah MSRP: USD 20,129 bagi Suzuki Hayabusa Special Edition 2026. Maklumat pemasaran untuk pasaran lain akan bergantung kepada pengedaran negara masing-masing.
Toyota Malaysia kini mengumumkan kehadiran Toyota Corolla Cross facelift. Ia sudah boleh ditempah dengan harga anggaran bermula sekitar RM140,000.
Model baharu ini akan ditawarkan dalam dua varian menarik iaitu Corolla Cross Hybrid Electric (HEV) dan versi sporty, Corolla Cross HEV GR Sport.
Rekaan Segar dengan Sentuhan Moden
Corolla Cross facelift ini menampilkan beberapa perubahan menarik pada reka bentuknya. Selaras dengan model facelift yang diperkenalkan di Thailand awal tahun ini.
Bahagian hadapan kini lebih moden dengan lampu LED penuh baharu. Gril atas yang lebih nipis, serta gril bampar tanpa bingkai dengan elemen sarang lebah yang memberikan gaya agresif.
Di dalam kabin, tiada imej rasmi didedahkan setakat ini, tetapi beberapa peningkatan telah disahkan. Model ini akan dilengkapi dengan brek parkir elektronik menggantikan pedal kaki konvensional, lengkap dengan fungsi brake hold automatik untuk lebih kemudahan.
Skrin infotainment 10-inci baharu turut diperkenalkan, menggantikan skrin 9-inci sebelumnya, dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar.
Ciri-Ciri Premium dan Teknologi Terkini
Antara ciri lain yang menarik ialah sistem monitor pandangan panoramik 3D untuk membantu pemandu memarkir dengan lebih mudah, dan sistem telematik kenderaan yang kini ditambah baik dengan fungsi penghidup enjin jarak jauh.
Untuk pilihan warna, Corolla Cross Hybrid Electric ditawarkan dalam lima warna menarik termasuk Celestite Grey Metallic, Red Mica Metallic, Silver Metallic, Platinum White Pearl, dan warna baharu, Dark Turquoise. Varian GR Sport pula hadir dengan tiga warna duo tona eksklusif – kesemuanya dengan bumbung hitam untuk gaya lebih sporty.
Gaya GR Sport yang Lebih Garang
Varian GR Sport membawa sentuhan sporty dengan upholsteri kulit hitam, jahitan benang merah, dan logo GR yang terpampang di perehat kepala tempat duduk hadapan. Model ini bukan sekadar bergaya, tetapi juga menerima suspensi lebih keras dan pendakap casis tambahan untuk pengendalian lebih mantap.
Prestasi Hybrid Berkuasa dan Efisien
Walaupun tiada butiran penuh tentang rangkaian kuasa diumumkan. Ia dijangka mengekalkan sistem yang sama seperti model semasa. Corolla Cross HEV dijana oleh enjin 1.8 liter Dual VVT-i empat silinder, dipadankan dengan motor elektrik untuk menghasilkan kuasa gabungan 122 PS yang disalurkan ke roda hadapan.
Waranti Menyeluruh untuk Ketahanan dan Keyakinan
UMW Toyota Motor menawarkan waranti lima tahun tanpa had perbatuan untuk semua varian Corolla Cross facelift ini. Selain itu, bateri hibrid, inverter, dan unit kawalan tenaga (ECU) turut dilindungi dengan waranti lapan tahun tanpa had perbatuan. Dengan pilihan untuk tambahan dua tahun perlindungan.
Dengan gaya lebih segar, teknologi terkini, dan penawaran hybrid yang efisien, Toyota Corolla Cross facelift dijangka menjadi pilihan popular di kalangan peminat SUV kompak di Malaysia. Jika anda mencari SUV
yang menggabungkan gaya, teknologi, dan praktikaliti, ini mungkin pilihan yang sesuai untuk anda.
Jika melihat kepada Japan Mobility Show 2023 (JMS) yang bakal berlangsung tidak lama lagi, pastinya terdapat beberapa model konsep menarik yang akan dipamerkan oleh Toyota. Ini adalah satu lagi contoh bagaimana Toyota bakal muncul dengan idea-idea inovatif.
Setelah membuat kemunculan pertama di Indonesia dengan nama Rangga pada bulan Ogos yang lalu, Toyota IMV 0 (Innovative International Multi-Purpose Vehicle) akan dihadirkan secara rasmi di Tokyo.
Lebih menarik, Toyota bakal mempamerkan dua model konsep sebenar di JMS 2023 yang berasaskan pada platform IMV 0. Salah satunya membawa konsep kafe bergerak, memberi pengunjung pengalaman unik dalam dunia automotif.
Model konsep yang lain adalah konsep bar kapsul yang menawarkan hadiah berupa kereta miniatur kepada pengunjung yang dapat menjawab soalan mudah. Ini pasti akan mencetuskan minat pengunjung yang hadir.
Kredit Foto: Careta
IMV 0, sebenarnya, merupakan kenderaan yang serba boleh. Ia boleh berubah mengikut keperluan dengan mempunyai pelbagai fungsi yang berguna. Contohnya, ia boleh menjadi trak pemanduan off-road yang teguh, atau mungkin sebuah campertruck dengan ruang kabin yang luas untuk pengembaraan yang selesa. Malah, ia juga boleh menjadi kenderaan penyelamat yang berguna untuk pasukan Palang Merah dalam operasi kecemasan. Jika anda lebih suka gaya sporty, terdapat juga versi IMV 0 dengan jarak bumi yang sangat rendah.
Menariknya, menurut Toyota, pemilik IMV 0 boleh menukar sebarang bahagian belakang dengan mudah menggunakan bolt dan nat, memberi kebebasan dalam menyesuaikan kenderaan mengikut keperluan dan citarasa masing-masing.
Kredit Foto: Careta
Dalam bentuk konsep, Toyota IMV 0 mempunyai dimensi yang mencengangkan, dengan panjang 5,300 mm, lebar 1,785 mm, tinggi 1,740 mm, dan jarak antara roda sepanjang 3,085 mm – hampir sama dengan dimensi Toyota Hilux yang sedia ada. Ia juga dibina dengan casis ladder-frame yang kukuh, diiringi dengan suspensi dedaun di bahagian belakang.
Terdapat juga laporan yang menarik mengenai pilihan enjin IMV 0 yang akan mencakupi diesel, petrol, hibrid, dan elektrik sepenuh masa. Jadi, adakah IMV 0 akan menjadi pengganti sebenar bagi trak pikap Toyota Hilux? Mungkin kita akan melihat lebih banyak perkembangan pada acara Japan Mobility Show 2023 yang akan datang.
1 of 10
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!