Suzuki Motor USA sangat teruja untuk mengumumkan kehadiran motosikal ikonik keluaran Suzuki iaitu KATANA, nama yang telah menjadi legenda dalam kalangan peminat motosikal selama beberapa dekad.

Dengan pengeluaran terhad, peminat berpeluang untuk menempah salah satu daripada beberapa unit yang tersedia. Pemilik Katana juga diberi kelebihan untuk mendapatkan servis percuma selama dua tahun dan pengeluaran semula litografi digital 24 inci x24 inci KATANA yang dihasilkan  oleh artis Jepun, Makoto Endo yang pada mulanya hanya dipaparkan menerusi majalah Cycle World.

Legenda Suzuki Katana Diperkenalkan Dengan Model Edisi Terhad 2024
Kredit Foto : Website suzukicycles.com

Model eksklusif 2024  kini tersedia untuk tempahan untuk pembeli Amerika Syarikat melalui pesanan khas daripada pengedar Suzuki pilihan mereka sehingga 20 Oktober 2023. Difahamkan unit tawaran adalah terhad dan ia tempahan adalah berkonsepkan siapa cepat dia dapat.

Ads

Salah satu kemas kini penting ialah penyepaduan Suzuki Intelligent Ride System (S.I.R.S.) termaju, yang kini termasuk quick shifter up and down antara ciri-ciri tambahan yang baharu , semuanya direka bentuk untuk memberikan tahap prestasi yang memberangsangkan. KATANA 2024 mempamerkan warna baharu yang unik, menyerlahkan keperibadian motosikal sport premiumnya yang moden, dipacu dengan reka bentuk yang menarik.

Legenda Suzuki Katana Diperkenalkan Dengan Model Edisi Terhad 2024
Kredit Foto : Website suzukicycles.com

Kemas kini produk utama untuk KATANA 2024 juga  termasuk Enjin 999CC  berasaskan model Suzuki GSX-R yang menawarkan lebih kuasa  berbanding model KATANA 2020, ditambah dengan tork yang lebih kuat dalam julat rendah hingga pertengahan.

Ads

Suzuki KATANA 2024 direka bentuk untuk memberikan kawalan maksimum dan prestasi optimum. Dicipta dengan penuh seni untuk membawa keseronokan menunggang ke tahap yang baharu.

Ads

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI