Kemunculan Lamborghini Revuelto Giallo 2024 tiba pada saat tirai Aventador mula ikonik jatuh. Menariknya, Revuelto Giallo menjanjikan gabungan unik antara kelajuan dan gaya eksklusif, menetapkan penanda aras baru untuk peminat automotif di seluruh dunia.
Revuelto Giallo dikuasakan dengan enjin V12 6.5-liter yang besar serta digabungkan sempurna dengan tiga motor elektrik bagi menghasilkan kuasa yang cukup kuat sehingga 1001 kuasa kuda. Bukan sekadar angka, ‘gergasi’ ini juga mampu untuk memecut daripada 0 sehingga 100 km/j hanya dalam masa 2.5 saat.
Walaupun ianya adalah kereta Hybrid, tetapi kelajuan maksimum kereta ini mampu mencapai 350 km/j. Revuelto tidak hanya hadir mempertontonkan kuasa, ia juga melambangkan pendekatan progresif Lamborghini terhadap alam sekitar dengan mod sepenuhnya elektrik yang meluncur dengan senyap selama kira-kira enam batu, menekankan dedikasi jenama tersebut terhadap inovasi hijau.
Pintu gunting merupakan simbolik kepada Lamborghini masih mengekalkan ciri tersebut menambahkan sentuhan nostalgia kepada capolavoro canggih ini. Lebih daripada sekadar tontonan visual, reka bentuk Revuelto adalah merupakan kejuruteraan fizik yang hebat dengan peningkatan efisiensi sebanyak 61% dan peningkatan downforce sebanyak 66% berbanding dengan model pendahulunya.
Masuk ke dalam kabin, Revuelto Giallo menyambut anda ke kokpit futuristik yang penuh dengan teknologi. Tiga skrin digital yang elegan menghiasi papan pemuka, memastikan pemandu dan penumpang sentiasa mendapat maklumat daripada kereta tersebut.
Lamborghini Revuelto Giallo 2024 bukan sekadar kereta, ia adalah komitmen Lamborghini untuk mendefinisikan semula pengalaman supercar, memastikan jenama tersebut kekal di puncak kecemerlangan automotif.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.