Dunia kereta elektrik semakin mendapat tempat dalam kalangan penduduk di Malaysia. Terbaharu, Hyundai telah melancarkan sebuah lagi model EV iaitu Hyundai IONIQ 6. Untuk pengetahuan anda, Hyundai sekali lagi mengulang kemenangan menerusi model ini apabila ia telah dinobatkan sebagai Kereta EV Terbaik untuk tahun 2023. Tahun lalu, IONIQ 5 turut menjuarai kategori itu.

Keluarga Hyundai IONIQ Semakin Bertambah Dengan Kehadiran IONIQ 6!

Dilengkapi dengan pek bateri 77.4kWj, varian RWD Julat Jauh IONIQ 6 mempunyai jarak WLTP sejauh 614km. Model ini juga didatangkan dengan motor elektrik tunggal yang menolak 239kW dan tork 605Nm, yang serupa dengan varian RWD Hyundai IONIQ 5 Lite dan Plus.

Keluarga Hyundai IONIQ Semakin Bertambah Dengan Kehadiran IONIQ 6!

IONIQ 6 direka bentuk untuk menjadi model Hyundai paling aerodinamik untuk membantu memberikannya julat tertinggi daripada mana-mana kereta elektrik Hyundai dan ia adalah salah satu daripada beberapa kenderaan elektrik yang boleh menggunakan pengecas ultra-pantas 800V DC, yang boleh mengecas bateri daripada 10% hingga 80% dalam masa seawal 18 minit.

Keluarga Hyundai IONIQ Semakin Bertambah Dengan Kehadiran IONIQ 6!

Hyundai telah menekankan keselesaan seperti lounge dalam modelnya termasuklah model IONIQ 6. Ruangan dalam kabin menunjukkan estetika moden dan minimalis yang sama seperti IONIQ 5. Lantainya yang rata membantu rasa lapang di dalamnya. Sebagai sedan empat pintu konvensional, ia menawarkan ruang yang luas dan selesa untuk penumpang dan pemandu.

Hyundai telah berusaha keras untuk memastikan kabin yang tenang, dengan beberapa lapisan bahan mematikan bunyi diapit di antara lantai dan karpet.  Kawasan but mungkin tidak menyaingi hatchback atau crossover, tetapi tempat duduk belakang boleh dilipat untuk mengisi barang dengan lebih banyak.

Keluarga Hyundai IONIQ Semakin Bertambah Dengan Kehadiran IONIQ 6!

Terdapat dua variant iaitu variant untuk model IONIQ 6 iaitu variant Max RWD dengan harga permulaan RM289,888 dan variant Max AWD dengan harga RM319,888 dan disertakan dengan 8 tahun atau 160,000km waranti untuk bateri.

Secara tidak langsung model ini akan memberi saingan baru kepada model EV yang sedang hangat diperkatakan iaitu Tesla.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok. 

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI