Ketika kita membincangkan isu subsidi petrol, ramai yang bersetuju bahawa pendekatan terbaik dan berkesan adalah dengan memberi bantuan tunai kepada kumpulan sasar yang memerlukannya.

Dr. Nungsari Ahmad Radhi yang merupakan seorang pakar ekonomi berkata pendekatan ini mempunyai manfaat berganda, ia membolehkan kerajaan menghapuskan subsidi harga petrol sambil mengekalkan kuasa beli bagi golongan kurang berkemampuan.

Tambahnya lagi, model subsidi yang ideal adalah pemindahan subsidi kepada kumpulan sasar. Dengan cara ini, apabila subsidi harga petrol dihapuskan, golongan rentan masih boleh menerima bantuan tunai yang setara untuk membeli petrol. Ini memastikan bahawa kehidupan mereka tidak terjejas.

Kaedah Terbaik Subsidi Petrol: Bantuan Tunai Kepada Golongan Sasar

Ads

Perkara tersebut disuarakan oleh Nungsari Ahmad Radhi menerusi program Dialog Poket Rakyat. Beliau turut menyokong tindakan kerajaan yang memulakan proses subsidi bersasar ini dengan memberi tumpuan kepada diesel sahaja. Ini kerana kumpulan pengguna diesel lebih terhad dan lebih mudah untuk dijangka.

Secara keseluruhannya, dalam pandangan beliau, pemberian subsidi secara meluas tidak lagi praktikal dalam konteks ekonomi semasa negara. Subsidi perlu dikurangkan kerana alasan-alasan penting. Pertama, negara tidak mampu untuk meneruskan subsidi besar-besaran. Kedua, subsidi sering tidak mencapai golongan sasar yang sepatutnya. Ketiga, ia merosakkan insentif untuk golongan yang lain.

Selain itu, dalam pembentangan Belanjawan 2024, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan bahawa kerajaan kini menanggung RM1.60 untuk setiap liter diesel, atau sekitar RM1.5 bilion secara keseluruhan. Data penggunaan menunjukkan peningkatan besar sebanyak 40% dalam penggunaan diesel yang disubsidi sejak tahun 2019, walaupun jumlah kenderaan yang menggunakan diesel tidak mengalami peningkatan yang signifikan.

Ads

Kaedah Terbaik Subsidi Petrol: Bantuan Tunai Kepada Golongan Sasar

Mungkin terdapat aktiviti penyeludupan yang serius yang disebabkan oleh harga diesel yang sangat murah di Malaysia. Oleh itu, dengan pendekatan yang diambil oleh kerajaan, harga diesel yang disubsidi akan terus dinikmati oleh pengguna tertentu, seperti syarikat pengangkutan barangan, sementara pengguna lain akan dikenakan harga yang lebih tinggi.

Ads

Pendekatan ini membantu mengurangkan ketirisan subsidi dan pada masa yang sama, memberikan manfaat kepada rakyat dalam bentuk harga barangan yang lebih stabil.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI