Malaysia Superbike Championship (MSBK) telah melabuhkan tirai semalam di Litar Antarabangsa Sepang untuk perlumbaan kedua pusingan yang pertama. Pelumba daripada Yamaha Gen Blu Racing Team Asean, Kasma Daniel Kasmayudin telah memperoleh kemenangan bagi kategori perlumbaan MSBK1000 A dengan cemerlang.

Juara MSBK1000 A, Kasma Daniel Dedikasikan Kemenangan Kepada Haruki
Kredit foto : facebook Malaysia Superbike Championship

Perlumbaan yang sengit semalam di antara perlumba Boon Siew Honda Racing Team, Azroy Hakeem Anuar dan juga Kasma dilihat menyuntik tekanan kepada Azroy. Kasma yang bermula di petak pertama diikuti oleh Azroy di petak kedua dan Azlan di petak ketiga.

Masing-masing mempamerkan ketangkasan sehingga pertengahan perlumbaan, Azroy dilihat semakin hampir dengan Kasma tetapi dia lebih yakin dengan kelajuan jentera yang ditunggangnya.

Juara MSBK1000 A, Kasma Daniel Dedikasikan Kemenangan Kepada Haruki
Kredit foto : facebook Malaysia Superbike Championship

Persaingan merebut kedudukan di antara Kasma dan Azroy mula dilihat ketika perlumbaan berbaki tiga pusingan dan Azlan tertinggal jauh daripada mereka berdua dengan perbezaan masa 27 saat.

Akhirnya Kasma berjaya menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 21’21:259 saat diikuti oleh Azroy di tempat kedua dengan catatan masa 21’23:084 saat dan Azlan Shah Kamaruzaman daripada Horizon Racing Team di tempat ketiga dengan catatan masa 21’56:129 saat.

Juara MSBK1000 A, Kasma Daniel Dedikasikan Kemenangan Kepada Haruki
Kredit foto : facebook Malaysia Superbike Championship

Mengulas mengenai perlumbaan, Kasma berkata, “Saya mendedikasikan kemenangan ini kepada Haruki, yang merupakan rakan saya dan pesaing hebat dalam arena Asia Road Racing Championship (ARRC). Semasa perlumbaan, saya cuba menguruskan masa pusingan saya. Saya tahu bahawa Azroy berada sangat dekat di belakang tetapi saya kekal fokus untuk mengekalkan konsistensi dengan masa pusingan saya. Saya tahu bahawa Azroy akan menemui jalannya dalam beberapa pusingan terakhir jadi saya menunggu untuk itu dan bersedia untuk mengawalnya.”

Juara MSBK1000 A, Kasma Daniel Dedikasikan Kemenangan Kepada Haruki
Kredit foto : instagram Kasma Daniel

Haruki merupakan pelumba daripada SDG Honda Racing telah meninggal dunia setelah mendapatkan rawatan selama tiga hari di hospital berpunca daripada insiden kemalangan yang melibatkan pelumba negara Zaqhwan Zaidi yang menyebabkan kedua-dua pelumba terbabas.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI