Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuka peluang kepada peminat nombor pendaftaran istimewa (NPI) dengan pengenalan siri GOLD melalui Sistem JPJeBid pada Khamis ini, 1 Februari 2024. Langkah ini diambil sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang ke-50, memberikan peluang kepada orang ramai untuk memiliki nombor pendaftaran istimewa yang eksklusif.
Inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk melaksanakan pelbagai inisiatif pro-rakyat, termasuklah bantuan lesen memandu, bantuan topi keledar, dan subsidi FlySISWA.
Pendaftaran bagi NPI siri GOLD akan dibuka pada 1 Februari 2024, bermula jam 12.00 pagi, dan akan ditutup pada 5 Februari 2024, jam 10.00 malam. Keputusan bidaan akan diumumkan pada 6 Februari 2024, memberikan masa kepada peserta untuk menantikan nombor pilihan mereka.
Ads
Harga bidaan untuk NPI siri GOLD bermula dari RM300.00 untuk nombor biasa. Peminat yang berminat dengan nombor popular perlu menyediakan RM800.00, manakala untuk nombor menarik, harga bidaan adalah sebanyak RM3,000.00. Bagi mereka yang mengidamkan nombor bernilai utama, harga bidaan adalah sebanyak RM20,000.
Inisiatif ini menawarkan peluang kepada peminat nombor pendaftaran untuk memiliki sesuatu yang istimewa dan unik, serta turut menyokong program-program pro-rakyat yang diperkenalkan oleh kerajaan. Pastikan anda sedia untuk menyertai bidaan dan miliki NPI siri GOLD yang istimewa pada kali ini!
Mengikuti kejayaan luar biasa pada tahun 2023, Art of Speed kembali untuk tahun 2024 dengan lebih megah dan meriah! Acara Kustom & Counter Culture terkemuka di Malaysia ini akan berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS).
Ia yang menawarkan ruang tertutup seluas 452,084 kaki persegi dan ruang luar seluas 8.6 ekar. Art of Speed 2024 (AOS 2024) dijadualkan pada 27 Julai (10:00 pagi – 7:00 malam) dan 28 Julai (10:00 pagi – 7:00 malam).
Asep Ahmad sedang membentangkan acara semasa sidang media
Tetamu Khas dan Ikon Kustom Antarabangsa
AOS 2024 akan dihadiri oleh komuniti kustom dan media antarabangsa seperti:
– Shige Suganuma, Shinotsuka “NATQQ” Michihisa & Hey Murakamii dari MOONEYES, Jepun
– Daigo Saito, ikon drift dari Toyota Gazoo Racing
– Katie’s Customs, Jepun, dengan motosikal kustom Vincent Black Shadow
– STOOP Motorcycles, Jepun, dengan Harley-Davidson Panhead
– EVILACT, Jepun, dengan Harley-Davidson Knucklehead EL 1947 milik Minato Yamamoto
– Nigel Petrie dari Engineered To Slide, Australia
– Spinny, pemenang Best European Custom Bike di Bangkok Hot Rod Show 2024
– Dino Dalle Carbonare & Alexander lain dari Speedhunters.com, Global
– ONE LOW, Masashi Tasaki dari Jepun
– Tengku Djan, The Prince of Drift, Malaysia
– Makoto dari Makoto M&K Custom Signs, Jepun
Baju rasmi Art Of Speed 2024 untuk pelbagai segmen
Aktiviti Istimewa AOS 2024
SoundCircus Takeover – Festival muzik dengan kugiran seperti Spider, Gerhana Ska Cinta, Salam Musik, Jemson X Forcesparkbois, dan lain-lain sepanjang acara berlangsung.
Kolaborasi dengan Selangor FC – Menyokong kempen “Stop The Violence”.
Moto4sale – Komuniti jual beli motosikal bawah 500cc.
Kolaborasi dengan IGL Coatings – Pameran coating edisi terhad untuk penunggang motosikal.
Kolaborasi Eksklusif – Art of Speed X Zippo, Von Dutch, Selangor FC, dan MOONEYES.
AOS Invitational Build-Off – Pertandingan binaan khas motosikal dengan peluang ke Jepun.
Hot Wheels Collectors Convention Malaysia – Aktiviti termasuk pameran rare dan collectibles, sesi perkongsian pengumpul, dan banyak lagi.
Outdoor ThunderCircus “Brotherhood Rally” – Kawasan terbuka untuk penunggang dan peminat motosikal.
NEAT Fest – Paparan kereta bermodifikasi daripada pelbagai kategori.
Off The Grid – Mempersembahkan gaya hidup outdoor dengan banyak aktiviti dan pameran.
Hail Vintage dan Streetware Con – Fesyen pakaian jalanan dan thrift dengan lebih banyak vendor.
Aktiviti Tambahan
– Roda Rumble 2024 – Two Wheels Gathering & Outdoor Festival oleh Retro Mania.
– La Cultura – Malaysia’s Chicano Culture Appreciation Gathering.
– Food Park – Vendor dan foodtruck makanan di luar.
– Bazar Vintaj Automobil – Pelancaran produk di atas pentas dan Test Ride Zone untuk motosikal.
– Cabutan Bertuah – Seorang pemegang tiket bertuah akan memenangi hadiah Honda yang telah dimodifikasi.
Kenyataan Pengarah Festival
“Kami amat bersyukur dapat menganjurkan Art of Speed Malaysia selama 13 tahun. Ia bukan sahaja merealisasikan sebuah impian tetapi juga untuk kekal dengan cita-cita asal kami iaitu mengadakan acara yang mengumpulkan peminat-peminat di bawah satu bumbung untuk meraikan seni, gaya hidup, budaya, dan permotoran,” kata Encik Asep Ahmad Iskandar, Pengarah Festival, Art of Speed Malaysia (AOSM).
Pas hujung minggu AOS 2024 boleh didapati di depan pintu dan atas talian dengan harga RM35.00. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun masuk secara percuma, begitu juga pemegang pas OKU. Tiket valet VIP juga tersedia dengan bayaran RM30.00.
Untuk maklumat lanjut, layari www.artofspeedmy.com atau www.facebook.com/ArtOfSpeedMY/
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Ikuti ulasan mendalam kami mengenai Aveta Ranger Max Explorer, motor cup adventure yang pertama kali menggegarkan pasaran Malaysia! Benarkah ia mampu menguasai medan off-road seperti yang digembar-gemburkan? Soalan paling lazim, Senang ke nak cari spare part ? kalau rosak kat mana nak repair?
Semua kami dah jawab, tonton video ni sampai habis okay?
Jangan lupa follow semua platform sosial media Roda Panas di Facebook, Instagram, TikTok dan X” />
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
2026 BMW M2 CS: Raja Baharu Nürburgring Dalam Kategori Kompak
BMW sekali lagi membuktikan dominasi kejuruteraan Jerman mereka dengan memperkenalkan 2026 BMW M2 CS.
Jentera ini kini memegang gelaran kereta kompak terpantas di litar Nürburgring-Nordschleife.
Dalam dunia permotoran, setiap detik di litar ini sangat berharga dan M2 CS berjaya memadam rekod lama dengan rekod yang cukup mengejutkan.
Kredit Foto : Website speedbites
Lebih Pantas 13 Saat dari M2 Biasa
Dipandu oleh jurutera pembangunan BMW M, Jörg Weidinger, model prestasi tinggi ini mencatatkan masa rasmi 7:25.534 minit.
Jentera ini bukan sahaja mengatasi rekod Audi RS3 sebelumnya (7:33.123), tetapi juga lebih 13 saat pantas daripada masa M2 standard 2023 (7:38.706).
Ini juga menjadikan M2 CS sebagai kereta kompak pertama yang menembusi sempadan 7 minit 30 saat di “The Green Hell”.
Lebih mengejutkan, catatan masa ini adalah 3 saat lebih pantas daripada BMW M3 CS 2023 walaupun M2 CS mempunyai kuasa 20 hp lebih rendah.
Kredit Foto : Website Yahoo
Lebih Ringan, Lebih Berkuasa
M2 CS masih menggunakan enjin 3.0L enam silinder sebaris turbo berkembar seperti model asas.
Namun model ini telah ditala semula untuk menghasilkan 523 hp dan 479 lb-ft tork, berbanding 473 hp pada versi standard.
Kuasa disalurkan terus ke roda belakang menerusi transmisi automatik 8-kelajuan, memberikan tindak balas yang lebih pantas dan efisien.
Selain penambahan kuasa, M2 CS juga banyak menggunakan bahan gentian karbon termasuk kerusi bucket, komponen aerodinamik, dan rim aloi ringan.
Model ini mencatat penurunan berat hampir 100 paun berbanding M2 biasa.
Bukti Kejuruteraan BMW M
Rekod ini adalah bukti bagaimana BMW M mampu memanfaatkan teknologi, aerodinamik, dan talaan casis untuk mencipta jentera berprestasi tinggi tanpa perlu bergantung kepada kuasa semata-mata.
BMW M2 CS 2026 bukan sahaja mengalahkan pesaing-pesaing utamanya, malah berjaya menyaingi model dari segmen lebih tinggi.
Ini menjadikannya bukan sekadar sebuah coupe prestasi tinggi tetapi juga satu ikon dalam pembangunan kereta kompak masa depan.
Nürburgring Nordschleife adalah litar sepanjang 20.8 km, merupakan antara litar paling mencabar di dunia, dan sering menjadi penanda aras utama dalam industri automotif bagi prestasi sebenar sesebuah kenderaan.
Pengguna Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari Kuala Lumpur ke Ipoh bakal menikmati perjalanan yang lebih singkat bermula Ogos ini dengan pengenalan perkhidmatan ETS Ekspres.
Ketua Pegawai Operasi KTMB, Mohd Zain Mat Taha, memaklumkan bahawa masa perjalanan untuk sektor KL Sentral-Ipoh akan dikurangkan kepada dua jam berbanding dengan kira-kira 2 jam 40 minit sebelum ini.
Penambahbaikan ini adalah sebahagian daripada projek menaik taraf sistem. Serta infrastruktur Landasan Berkembar Lembah Klang (KDVT) Fasa 1 yang sedang disiapkan secara berperingkat.
Perkhidmatan ETS Ekspres Baru
Mohd Zain menyatakan, “Ini adalah penambahbaikan yang kita buat untuk penumpang dari KL ke Ipoh selaras dengan projek menaik taraf sistem dan infrastruktur Landasan Berkembar Lembah Klang (KDVT) Fasa 1 yang siap secara berperingkat.”
Beliau menyampaikan perkara ini kepada pemberita semasa Majlis Pelancaran Pakej Promosi Maklumat Produk dan Tempat Pelancongan di Bandaraya Ipoh melalui ETS. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin.
Keretapi ETS – Gambar Hiasan
Jadual dan Stesen Utama
KTMB juga akan memperkenalkan enam perkhidmatan ETS Ekspres daripada 32 perkhidmatan sedia ada bagi beberapa sektor. Ini termasuk sektor KL Sentral-Ipoh-KL Sentral, KL Sentral-Butterworth-KL Sentral, dan KL Sentral-Padang Besar-KL Sentral.
Tren ekspres ini hanya akan berhenti di stesen-stesen utama, dengan masa perjalanan yang dianggarkan dua jam untuk sektor KL Sentral-Ipoh. Tiga jam 30 minit untuk sektor KL Sentral-Butterworth, dan empat jam 50 minit untuk sektor KL Sentral-Padang Besar.
Promosi Pelancongan Ipoh
Dalam usaha mempromosikan bandar Ipoh sebagai destinasi pelancongan, Datuk Rumaizi Baharin berkata bahawa pengiklanan melalui ETS adalah inisiatif terbaharu Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan kerjasama KTMB.
Ini bertujuan untuk menarik lebih ramai pelancong ke Ipoh. Perjalanan ETS yang merangkumi laluan dari Kuala Lumpur hingga Padang Besar di sebelah utara dan dari Kuala Lumpur hingga Gemas di sebelah selatan.
Pada Disember tahun lalu, MBI melancarkan Tahun Melawat Ipoh 2023 sebagai showcase kepada Tahun Melawat Perak 2024. Ini adalah langkah persediaan untuk meletakkan Ipoh dalam peta pelancongan sebelum Tahun Melawat Malaysia 2026.
Keretapi ETS – Gambar Hiasan
Segmen 3H: Hipster, Heritage, and Health
Produk pelancongan Ipoh telah disegmenkan kepada 3H (Hipster, Heritage and Health). Ini meliputi pertumbuhan kafe-kafe hipster. 27 bangunan bersejarah yang dibina sejak zaman British. Fasiliti hospital yang canggih yang sedia menerima pesakit luar negara untuk mendapatkan rawatan.
Dengan segala inisiatif ini, diharapkan lebih ramai pelancong akan datang untuk menikmati keindahan dan keunikan bandaraya Ipoh.
Selepas membuat kemunculan sulung di cawangan George Town, Pulau Pinang, jenama kenderaan dari China yang sedang meningkat naik, Leapmotor, kini dibawa lebih dekat kepada...