Memenuhi kehendak pelanggan, Angka-Tan Motor Sdn Bhd ( ATM) telah memperkenalkan JMC Vigus Pro All-Essential White Series, kenderaan yang direka khas untuk memenuhi keperluan landskap perniagaan serta perusahan kecil dan sederhana (PKS).

JMC Vigus Pro White Series 4×4, Trak Serba Lengkap Untuk Perniagaan

Selepas pelancaran model JMC Vigus Pro Premium Series pada tahun 2021, model ini mendapat penerimaan yang baik. Kali ini model ini hadir dengan dua varian baharu iaitu White Series disediakan khas untuk pemilik perniagaan yang mengutamakan penjimatan dan Premium Series adalah untuk pengguna yang ingin menggunakan sebagai kenderaan harian mereka.

JMC Vigus Pro White Series 4×4, Trak Serba Lengkap Untuk Perniagaan

JMC Vigus Pro White Series menggunakan enjin diesel PUMA 2.0L TDI yang berkuasa, transmisi automatic 8 kelajuan ZF dengan mod manual yang pertama dalam kelasnya dan sistem pacuan empat roda BorgWarner. Sesuai digunakan di atas jalan raya dan off-road, enjin ini memiliki tahap kuasa dan kecekapan yang mengagumkan serta pengalaman pemanduan yang lancar dan responsif.

 

ATM juga menawarkan aksesori tambahan dan pelanggan boleh memilih aksesori seperti penutup jendela gulung (roller shutter) demi kemudahan dan keselamatan kargo. Kanopi juga ditawarkan sebagai pilihan, memberikan kepelbagaian dan perlindungan kepada kenderaan ini. Semua aksesori disertakan dengan jaminan selama setahun.

JMC Vigus Pro White Series 4×4, Trak Serba Lengkap Untuk Perniagaan

Trak JMC Vigus Pro adalah model pemasangan tempatan (CKD) di kilang Tan Chong Motor di Serendah, Selangor. Dijual dengan harga permulaan RM99,888 (OTR tanpa cukai jalan), model ini disertakan dengan jaminan selama tiga tahun atau 100,000 km. Trak 4X4 bertransmisi automatik yang dijual pada harga terbaik dalam kenderaan segmen satu tan, terdapat ciri tambahan lain iaitu balutan kulit dan pelbagai aksesori termasuk DVR, lapisan filem cermin, visor pintu dan bantuan but belakang untuk model Premium Series.

JMC Vigus Pro White Series 4×4, Trak Serba Lengkap Untuk Perniagaan

Jika anda berminat, anda boleh melihat dan mencuba kenderaan ini di 30 pengedar ATM di seluruh negara. ATM juga mengadakan pertandingan Pandu Uji dan Menang serta anda berpeluang memenangi Baucar Petrol BHP bernilai keseluruhan RM20,000. Setiap pembelian Vigus Pro akan memberikan pelanggan 10 penyertaan dalam pertandingan ini dan pemenang bertuah akan diumumkan pada suku pertama 2024.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.  

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI