Pernah diktiraf satu ketika dahulu sebagai sebuah motosikal terpantas di dunia dengan kelajuan melebihi 312 km/j, Suzuki Hayabusa masih meneruskan produksi motosikal ini. Menerusi satu hantaran di media sosial Suzuki Malaysia mereka mengesahkan bahawa model Suzuki Hayabusa 25th Anniversary Edition bakal memasuki pasaran Malaysia dengan unit yang terhad.

“Helang” Suzuki Edisi Ke-25 Akan Terbang Ke Malaysia!
Kredit foto: suzukicycles.com

Reka bentuk motosikal ini yang diilhamkan daripada rupa seekor burung helang peregrine yang merupakan spesies burung yang terpantas di dunia telah menzahirkan penampilan yang canggih dan ikonik. Model Hayabusa 25th Annivesary Edition ini hadir dengan dua kombinasi warna iaitu Glass Blaze Orange dan Glass Sparkle Black. Lebih istimewa, ukiran jepun Hayabusa Kanji diletakkan pada rantai dan peredam ekzos motosikal tersebut.

“Helang” Suzuki Edisi Ke-25 Akan Terbang Ke Malaysia!
Kredit foto: suzukicycles.com

Motosikal ini hadir engan enjin yang berkuasa 1340cc, 4 silinder sebaris dan mampu untuk menjana kuasa setinggi 190 kuasa kuda pada 9700 rpm dan daya kilas 150 Nm pada 7000 rpm. Tempahan telah dibuka namun pihak Suzuki masih belum mendedahkan jumlah produksi sebenar untuk model Hayabusa 25th Anniversary Edition ini.

Ads
“Helang” Suzuki Edisi Ke-25 Akan Terbang Ke Malaysia!
Kredit foto: suzukicycles.com

Model Suzuki GSX1300R Hayabusa 1999.

“Helang” Suzuki Edisi Ke-25 Akan Terbang Ke Malaysia!

Ads

Model pertama Suzuki Hayabusa telah dilancarkan pada tahun 1999 dengan nama Suzuki GSX1300R Hayabusa. Hayabusa merupakan perkataan jepun yang membawa maksud Burung Helang Peregrine. Suzuki menggunakan kelajuan burung helang tersebut sebagai simbolik kelajuan sebenar Suzuki Hayabusa ini kerana burung berkenaan dapat terbang pada kelajuan 290 km/j sehingga 312 km/j sewaktu memburu mangsa.

Ads

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok. 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI