Maeving RM1S muncul sebagai inovasi terbaharu untuk motosikal elektrik. Model ini mampu menjana kelajuan sehingga 65mph (105 km/j), melebihi kelajuan daripada model Maeving RM1 iaitu 45mph (72 km/j). Sistem hub motor belakang yang telah dinaiktaraf sebanyak 9.4 kuasa kuda dengan peak output 14.1 brake horsepower. Berharga £7495 (RM43,830), RM1S akan dijual kepada pelanggan mulai Mac 2024.

Gabungan Kelajuan, Kuasa Dan Teknologi Terkini  Motosikal Elektrik. Inovasi Baharu Maeving RM1S

Maeving RM1S menggunakan teknologi bateri yang telah ditingkatkan dan menampilkan sepasang bateri boleh alih 2.6kWh. Ini mewakili peningkatan kapasiti 30% berbanding model Maeving RM1. Bateri ini menawarkan pengecasan yang cekap dan boleh mencapai 80%  pengecasan  dalam tempoh masa 3.5 jam dan pengecasan penuh dalam tempoh masa 4.5 jam.

Gabungan Kelajuan, Kuasa Dan Teknologi Terkini  Motosikal Elektrik. Inovasi Baharu Maeving RM1S

Ads

Pengasas bersama, Will Stirrup menyatakan bahawa RM1S adalah jawapan kepada permintaan penunggang untuk motosikal yang menyerupai RM1 tetapi mampu mencapai kelajuan memuaskan untuk pemanduan di lebuh raya. Syarikat ini dengan teliti mengekalkan ciri-ciri yang disukai pada model RM1 dan diadaptasi ke model RM1S dan dikuasakan dengan prestasi yang lebih unggul untuk memenuhi pelbagai bentuk pemanduan.

Gabungan Kelajuan, Kuasa Dan Teknologi Terkini  Motosikal Elektrik. Inovasi Baharu Maeving RM1S

Ads

Dengan berat 130kg beserta dengan bateri, RM1S mengekalkan reka bentuk café racer. Ia terus mengekalkan estetika boardtracker retro dan roda berjari ikonik 19 inci. Walaupun telah ada pengubahsuaian pada bingkai dan suspensi, pengasas bersama, Seb Inglis-Jones menjamin bahawa imej motosikal Maeving tetap dikenali.

Gabungan Kelajuan, Kuasa Dan Teknologi Terkini  Motosikal Elektrik. Inovasi Baharu Maeving RM1S

Ads

Keselamatan tetap menjadi keutamaan, Maeving dan RM1S dilengkapi dengan cakera hadapan 300mm yang dipertingkatkan. Peningkatan dari 240mm daripada model sebelumnya dan dipadankan dengan kaliper tunggal tiga piston. Sudah pasti reka bentuk café racer masih menjadi perhatian dan menjadi tarikan kepada pemilik motosikal serata dunia.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI