Ducati menghangatkan segmen supermotard dengan model terbaharunya, Hypermotard 698 Mono 2024. Jentera hebat dari Itali ini hadir dengan enjin silinder tunggal yang diambil dari Superquadro V-Twin daripada model 1299 Panigale dikecilkan menjadi ‘Superquadro Mono’ Silinder Tunggal 659cc dan mempunyai 77.5 kuasa kuda.
Hypermotard 698 Mono, seperti yang dimaklumkan oleh Ducati, akan hadir dalam dua versi iaitu versi asas yang mudah dan versi RVE yang mewah, dengan hiasan yang lebih halus.
Kehebatan kejuruteraan Ducati menyerlah melalui enjin Mono, dengan 46.3 lb-ft tork, memastikan tenaga mid-range yang mengangumkan. Dengan pilihan ekzos Termignoni, kuasa kuda motosikal ini boleh melonjak sehingga ke 84.5.
Tubular steel Trellis frame adalah rangka yang digunakan untuk motosikal ini dan hanya mempunyai berat 15.9 paun. hadir dengan komponen yang dipilih secara strategik seperti sport rim yang ringan dan fork hadapan Marzocchi, Hypermotard mempunyai berat yang 333 paun (berat basah tanpa bahan api).
Fork hadapan terbalik Marzocchi boleh laras dan ringan ditambah pula dengan sistem monoshock belakang Sachs yang sepenuhnya boleh laras memberikan kestabilan yang maksimum kepada motosikal ini.
Untuk sistem Brek, motosikal ini menggunakan sistem brek daripada jenama Brembo dan mempunyai kaliper radial M4.32 tunggal yang memegang cakera 330 mm, sementara di bahagian belakang mendapat kaliper terapung yang memegang pada cakera 245 mm. ABS pusingan Bosch dan IMU bekerja bersama untuk memastikan sistem brek tidak hanya kuat tetapi selamat dalam pelbagai keadaan.
Hadir dengan empat mod pemanduan iaitu Sport, Road, Urban dan Wet. Ciri-ciri ini, bersama dengan sistem kawalan pelancaran dan kawalan wheelie, meningkatkan sistem pemanduan motosikal ini lebih selamat dan beroperasi mengikut keadaan semasa.
Dijadualkan untuk tiba di bilik pameran Ducati pada bulan Januari, Hypermotard 698 Mono 2024 bermula dengan harga $12,995 ( RM 61,706 ) untuk model standard, dengan ciri-ciri premium RVE dan quick shifter pula harganya $14,495 ( RM 68,829 ).
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.