Dilancarkan di China pada Jun 2023, kini model CFMoto 450 NK telah memasuki pasaran asia Tenggara iaitu ke Filipina. CFMoto 450 NK mempunyai gaya, prestasi dan peningkatan generasi yang luar biasa berbanding jenama terlaris di rantau ini.

 

CFMoto Filipina, yang diedarkan oleh MotoStrada, juga menandakan acara tersebut sebagai “Pelancaran Global” untuk jenama itu.

CFMoto Lancarkan Model 450 NK Untuk Pasaran Filipina
Kredit foto : Laman Sesawang www.rideapart.com

Reka bentuk motosikal ini mengingatkan penulis kepada model CFMoto 800 NK, dengan lampu hadapan baharu, set fairing baharu yang agresif, skema warna menarik, dan konsep rear tail serupa dengan model 300 dan 450 SS.

CFMoto Lancarkan Model 450 NK Untuk Pasaran Filipina
Kredit foto : Laman Sesawang www.rideapart.com

Sebagai motosikal yang lebih kecil berbanding 800 NK, ciri reka bentuknya juga dikecilkan untuk dipadankan dengan bentuk fizikal keseluruhan motosikal tersebut.

 

Daripada segi enjin, CFMoto 450 NK mengikut jejak  800 NK yang mana ia menampilkan enjin berkembar selari yang mempunyai susunan pembakaran yang serupa. 450 NK mempunyai enjin yang serupa dengan 450 SR/SS dan mempunyai 270-degree crankshaft.

CFMoto Lancarkan Model 450 NK Untuk Pasaran Filipina
Kredit foto : Laman Sesawang www.rideapart.com

Motosikal ini juga mempunyai 46.9 kuasa kuda, dan 39 Newton meter tork mengikut sekatan lesen A2 Eropah. Sesaran tepat enjin ialah 449cc, dan ia dipadankan dengan transmisi enam kelajuan dengan slipper clutch.

 

Suspensi motosikal ini dikuasakan oleh KYB dengan fork teleskopik terbalik di hadapan, dan central mono-shock di belakang. Sistem brek menggunakan cakera tunggal 320 milimeter yang diapit oleh angkup empat piston daripada jenama J.Juan.

CFMoto Lancarkan Model 450 NK Untuk Pasaran Filipina
Kredit foto : Laman Sesawang www.rideapart.com

Brek belakang menggunakan cakera tunggal 220mm dengan angkup omboh tunggal. CFMoto Filipina juga menjamin keselamatan dengan brek anti kunci sebagai ciri asas kepada motosikal ini.  Akhir sekali, traction control juga merupakan sebahagian daripada pakej elektronik untuk motosikal ini.

 

Tiga variasi warna tersedia untuk motosikal ini iaitu Zephyr Blue, Nebula Black dan Nebula White. Harga untuk pasaran di Filipina adalah  262,800 PHP atau kira-kira RM21,636

 

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI