Serentak dengan pelancaran BMW IX M60, BMW turut melancarkan BMW M2 terbaharu yang hadir dalam bentuk coupe kompak dua pintu dengan iras yang paling gah pernah dilihat dalam kelasnya.

BMW M2, Tarikan Gaya Sporty Dengan BMW Curved Display

Dari hadapan, BMW M2 baharu membawakan rekaan gril ‘kidney’ yang terkini, tidak berbingkai, bilah-bilahnya boleh dilihat tersusun secara mendatar. Melengkapkan iras jentera ini yang gah ialah komponen apron dan salur masuk udara bersaiz besar dan seakan berbentuk segi empat sekaligus ia menonjolkan keperluan enjin dan sistem brek ke atas daya penyejukan yang tinggi.

BMW M2, Tarikan Gaya Sporty Dengan BMW Curved Display

Turut hadir bersama ialah lampu hadapan Adaptive LED dengan ciri bantuan lampu puncak, di samping sayap depannya yang diperbuat daripada aluminium bagi mengurangkan berat coupé berprestasi tinggi ini. Menyimpulkan seksyen hadapan ialah sebuah bonet dengan kubah kuasa yang lebih menyerlah.

 

BMW M2 juga menampilkan angkup brek dan set roda aloi ringan M berciri dwiruji dan dwiwarna 930 M berserta pasangan saiz tayar yang berbeza 19 inci untuk hadapan dan 20 inci untuk belakang.

BMW M2, Tarikan Gaya Sporty Dengan BMW Curved Display

BMW M2 dengan Pro Package pula hadir secara eksklusif bersama brek M Compound dalam rona merah berglos tinggi serta set roda aloi ringan M berciri dwiruji dalam warna hitam 930 M, juga dengan pasangan tayar bersaiz 19 inci untuk hadapan dan 20 inci untuk belakang.

 

Bagi seksyen belakang, BMW M2 baharu didatangkan dengan bibir spoiler untuk meningkatkan daya turun aerodinamik, berserta komponen peresap dan paip ekzos berkembar M yang menyerlahkan ketangkasan jentera ini.

BMW M2, Tarikan Gaya Sporty Dengan BMW Curved Display

Dibawakan secara standard bagi BMW M2 baharu ialah Garisan Bayang M berglos tinggi, berserta konten lanjutan yang disediakan secara eksklusif untuk BMW M2 Pro. Juga eksklusif untuk BMW M2 dengan Pro Package ialah M Carbon Roof dan juga M Lights Shadowline.

 

Ruang kokpit BMW M2 baharu mencuri perhatian dengan orientasi serba sportynya, yang kini diperkayakan lagi dengan BMW Curved Display berserta skrin paparan ‘M specific’, memuatkan generasi BMW M iDrive yang terkini.

BMW M2, Tarikan Gaya Sporty Dengan BMW Curved Display

Sebagai standard, BMW M2 baharu menampilkan kerusi M Sport berkuasa elektrik dengan pendakap sisi, membekalkan sokongan lateral yang optimum semasa membelok dalam kelajuan tinggi. Jata M beriluminasi juga dipamerkan di penyandar kepala tempat duduk hadapan.

 

Sumber pemanduan BMW M2 yang memuaskan merupakan enjin sebaris enam silinder M TwinPower Turbo berkapasiti tiga liter. BMW M2 baharu mampu menjana kuasa sebesar 460 kk (330 kW) dan juga 550 Nm tork,

BMW M2, Tarikan Gaya Sporty Dengan BMW Curved Display

Dipasangkan dengan transmisi Steptronic Sport lapan kelajuan, enjin ini mampu menujah BMW M2 baharu dari posisi henti hingga 100 km/j dalam masa 4.1 saat sahaja, dengan kelajuan tertinggi mencecah 250 km/j.

 

Bukan itu sahaja, para pengguna juga mempunyai pilihan untuk mendapatkan M Driver’s Package yang boleh meningkatkan kelajuan tertinggi kenderaan ini kepada 285 km/j, ia boleh dimuatkan semasa atau selepas pembelian jentera tersebut, yakni di mana-mana pusat pengedaran BMW yang bertauliah di seluruh negara.

 

Kelengkapan standard yang lain bagi BMW M2 baharu termasuk brek angkup tetap dengan enam piston, Adaptive M Suspension dan juga sistem M Drive Professional.

 

Tawaran warna eksterior bagi kedua-dua varian BMW M2 baharu terdiri daripada Zandvoort Blue, Alpine White, Brooklyn Grey, Black Sapphire, dan Toronto Red, manakala upholsteri interior disediakan dalam bentuk Leather Vernasca berwarna hitam dengan sorotan eksklusif, Leather Vernasca dalam warna hitam dengan sulaman berkontras biru dan Leather Vernasca dalam warna Cognac dengan sulaman dekor.

 

Pemilik BMW M2 dan BMW M2 Pro baharu juga dapat menikmati Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia, ia meliputi:

  • Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual

Percuma

  • Waranti Bateri BMW 8 Tahun / 160,000 km (mana-mana yang dipenuhi dahulu)
  • Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW
  • Servis Dalam Talian BMW
Hadir dengan dua varian, harga unit BMW M2 adalah RM598,800 untuk versi standard
dan RM642,800 untuk versi M2 Pro Package.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.  
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI