Selepas Xiaomi mencipta sejarah dengan rekod terpantas bagi EV produksi di Litar Nürburgring, Volkswagen pula tampil dengan kejayaan tersendiri.

Kali ini, ia bukan sekadar catatan rekod dunia, tetapi pencapaian peribadi yang cukup membanggakan.

Golf GTI Edition 50 kini dinobatkan sebagai model VW terpantas pernah mencatat masa pusingan di ‘Green Hell’.

VW Golf GTI Edition 50 Takluk Nürburgring
Kredit Foto : Volkswagen

Catatan Masa Baharu: Lebih Pantas dari Golf R!

Golf GTI Edition 50 yang masih belum dilancarkan secara rasmi berjaya menamatkan pusingan sepanjang 20.8 kilometer dalam masa 7 minit 46.13 saat.

Catatan masa ini adalah lebih pantas satu saat daripada Golf R “20 Years Edition”, dan lebih tiga saat daripada Golf GTI Clubsport S generasi sebelumnya.

VW Golf GTI Edition 50 Takluk Nürburgring
Kredit Foto : Volkswagen

Menariknya, kebanyakan rekod terdahulu dibuat di konfigurasi trek 20.6 km, yang sedikit lebih pendek.

Jika menggunakan konfigurasi tersebut, GTI Edition 50 sebenarnya mencatat masa yang lebih gempak – hanya 7 minit 41.27 saat!

Ads

Masih Dibelakang Honda Civic Type R

Namun begitu, kejayaan ini masih belum cukup untuk menumbangkan pemegang rekod semasa bagi kereta pacuan roda depan (FWD) – Honda Civic Type R.

Hot hatch dari Jepun itu mencatat masa 7 minit 44.88 saat, menjadikannya 1.25 saat lebih laju berbanding GTI Edition 50.

Civic Type R kekal sebagai raja FWD di Nürburgring, walaupun sedang berdepan tekanan daripada peraturan emisi yang semakin ketat di Eropah.

VW Golf GTI Edition 50 Takluk Nürburgring
Kredit Foto : Volkswagen

Spesifikasi: Apa Rahsianya?

Unit yang diuji di Nürburgring merupakan versi pra-produksi, lengkap dengan Performance Package.

Ads

Pakej ini termasuk rim forged ringan, tayar Bridgestone Potenza Race semi-slick, dan talaan khas pada sistem suspensi.

Belum ada pengesahan sama ada enjin telah dinaik taraf, tetapi model asas GTI ketika ini dijana enjin 2.0L turbo dengan 261 hp.

Enjin sama yang dikenali sebagai EA888 LK3 evo4 juga digunakan dalam GTI Clubsport dengan output 296 hp.

Kotak gear pula ialah transmisi automatik klac berkembar (DSG), menggantikan transmisi manual yang dihentikan sejak kemunculan Mk8.5 pada 2024.

Ads
VW Golf GTI Edition 50 Takluk Nürburgring
Kredit Foto : Volkswagen

Apa Seterusnya untuk VW?

Volkswagen dijangka memperkenalkan secara rasmi GTI Edition 50 pada 20 Jun ini.

Dalam masa terdekat, satu-satunya pesaing dalaman mungkin datang daripada Golf R Clubsport  jika model itu direalisasikan.

VW Golf GTI Edition 50 Takluk Nürburgring
Kredit Foto : Volkswagen

Tetapi untuk masa ini, GTI Edition 50 kekal sebagai VW jalan raya terpantas pernah menakluk Nürburgring.

Namun begitu, gelaran VW paling laju secara keseluruhan masih kekal milik ID.R.

Ini adalah jentera elektrik trek-sepenuhnya yang mencatat masa 6 minit 5 saat satu tahap yang sukar dicabar oleh mana-mana kereta jalanan dari Wolfsburg.

Baca Juga : Volkswagen Golf R Baharu – Semestinya Lebih Berkuasa

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI