
Sempena sambutan Hari Perkhidmatan Awam Sedunia, TQ WULING Malaysia memperkenalkan kempen khas bertemakan “Berkhidmat untuk Mereka yang Berkhidmat untuk Malaysia” dengan menawarkan rebat tambahan RM3,000 kepada penjawat awam yang membeli TQ WULING Bingo EV.
Inisiatif tersebut diperkenalkan sebagai tanda penghargaan kepada warga sektor awam yang terus memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
Menerusi kempen ini, penjawat awam yang layak boleh menikmati penjimatan keseluruhan sehingga RM8,000 apabila digabungkan dengan rebat RM5,000 yang ditawarkan di bawah pakej promosi Fabulous 5 sedia ada.
Tawaran khas tersebut terbuka kepada kakitangan kementerian kerajaan Persekutuan, jabatan kerajaan negeri, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, universiti awam serta agensi kerajaan lain yang diiktiraf.
Selain rebat tunai, pembeli Bingo EV turut menerima pelbagai manfaat tambahan menerusi pakej Fabulous 5 yang ditawarkan oleh TQ WULING.
Antara manfaat yang disediakan termasuk pengecas dinding (Wallbox) 7kW percuma, pengecas mudah alih, filem penapis haba premium serta ansuran bulanan bermula serendah RM625 sebulan, tertakluk kepada kelulusan institusi kewangan terpilih.
Pelanggan juga bakal menikmati 17 manfaat perlindungan insurans bersama perlindungan tambahan khusus untuk kenderaan elektrik, sekali gus memberikan ketenangan fikiran sepanjang tempoh pemilikan.
Ketua Perniagaan TQ Manufacturing Sdn Bhd, Wan Wei Sun berkata, kempen tersebut selari dengan usaha syarikat untuk menjadikan mobiliti elektrik lebih mudah dimiliki oleh rakyat Malaysia.
Menurut beliau, Bingo EV dibangunkan bagi membolehkan lebih ramai pengguna beralih kepada kenderaan elektrik pada kos yang lebih mampu milik, sambil menikmati pengalaman pemilikan yang praktikal dan bebas kerisauan.
Di pasaran Malaysia, TQ WULING Bingo EV ditawarkan dalam dua varian dengan jarak pemanduan sehingga 410 kilometer mengikut standard CLTC.
Model EV kompak ini turut menawarkan ruang kabin yang luas, ciri keselamatan moden serta tahap kepraktisan yang sesuai untuk kegunaan harian, menjadikannya antara pilihan menarik bagi pembeli EV kali pertama.
Kempen rebat tambahan RM3,000 untuk penjawat awam ini berlangsung mulai sekarang sehingga 30 Jun 2026.
Orang ramai yang berminat boleh mengunjungi bilik pameran rasmi TQ WULING di seluruh negara bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai tawaran tersebut serta melihat sendiri kelebihan yang ditawarkan oleh Bingo EV.
Baca Juga : TQ WULING Mula Pemasangan Tempatan Bingo EV di Malaysia
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.