
Perjalanan Yamaha XMAX 300 Tech MAX di pasaran Malaysia kini secara rasmi bermula apabila 200 unit pertama model skuter maksi premium itu diserahkan kepada pemilik menerusi program khas yang berlangsung serentak di seluruh negara.
Program tersebut dikendalikan melalui rangkaian pengedar sah Yamaha Big Bike, dan semua pemilik sudah menerima motosikal mereka hari ini.
Kehadiran XMAX 300 Tech MAX menawarkan pilihan kepada penunggang yang mahukan sebuah skuter dengan prestasi, keselesaan serta praktikaliti untuk kegunaan harian dan perjalanan jarak jauh.
Berbanding sekadar menekankan aspek prestasi, pendekatan Tech MAX turut memberi perhatian kepada kemasan serta keselesaan yang lebih premium.
Yamaha XMAX 300 Tech MAX dikuasakan enjin satu silinder SOHC bersesaran 292cc dengan sistem penyejukan cecair.
Enjin tersebut menghasilkan kuasa maksimum 20.6 kW pada 7,250 rpm manakala tork maksimum direkodkan pada 28.9 Nm pada 5,750 rpm.
Bagi meningkatkan tahap kawalan dan keselamatan ketika menunggang, model ini turut dilengkapi beberapa sistem bantuan elektronik termasuk:
Gabungan berkenaan menjadikan XMAX 300 Tech MAX sesuai digunakan dalam pelbagai situasi tunggangan, sama ada ketika berdepan kesesakan bandar atau perjalanan pada kelajuan lebih tinggi.
Aspek ergonomik turut menjadi antara fokus utama XMAX 300 Tech MAX.
Model ini hadir dengan tempat duduk menggunakan kemasan gaya kulit premium selain ruang papan kaki yang luas bagi membolehkan penunggang mengubah kedudukan kaki sepanjang perjalanan.
Plat kaki aluminium pula memberikan sentuhan tambahan kepada identiti Tech MAX selain menyerlahkan karakter premiumnya.
Susun atur posisi tunggangan yang santai juga membantu memberikan lebih banyak fleksibiliti kepada penunggang untuk mengubah posisi badan, khususnya ketika melakukan perjalanan dalam tempoh lebih lama.
Pendekatan itu penting untuk sebuah skuter maxi yang bukan sahaja digunakan sebagai pengangkutan harian, malah berpotensi menjadi pilihan untuk aktiviti touring.
Yamaha XMAX 300 Tech MAX kini boleh didapati melalui rangkaian pengedar Yamaha terpilih di seluruh Malaysia termasuk:
Dengan penyerahan 200 unit pertama ini, XMAX 300 Tech MAX kini mula berada di tangan pengguna sebenar di Malaysia, sekali gus membuka lembaran baharu bagi varian lebih premium dalam rangkaian skuter maksi Yamaha.
Baca Juga : Yamaha XMAX 300 Tech MAX Tiba Di Malaysia!
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.