Toyota Menakrif Semula Cita Rasa Pemanduan dengan Pelancaran GR Yaris, GR Corolla, dan Corolla GR Sport 2025
UMW Toyota Motor Sdn Bhd melakar sejarah dengan pelancaran tiga model GR yang sentiasa dinantikan oleh peminat model toyota di Malaysia.
Model tersebut adalah GR Yaris 2025, GR Corolla 2025, dan Corolla GR Sport 2025.
Acara ini adalah bersempena perlumbaan Toyota Gazoo Racing Musim Ke-7.
Pengenalan model ini menjadi lambang inovasi serta kejuruteraan termaju Toyota, membawa teknologi litar perlumbaan terus ke jalan raya.
Pelancaran ini merupakan simbol komitmen Toyota dalam memberikan pengalaman pemanduan yang mendebarkan kepada rakyat Malaysia.
Dengan kejuruteraan inovatif, reka bentuk aerodinamik, dan teknologi keselamatan terkini, model-model ini menandakan era baharu bagi segmen kenderaan berprestasi tinggi di negara ini.
GR Yaris 2025
GR Yaris 2025 merupakan sebuah kereta yang menfokuskan kepada prestasi dan kawalan.
Jentera ini dikuasakan oleh enjin pengecas turbo G16E-GTS 1.6-liter, menghasilkan 300PS dan 400Nm tork, memberikan kuasa yang mencengkam di atas jalan raya.
- Prestasi Enjin: Dipadankan dengan transmisi manual 6-kelajuan, sistem GR-Four AWD membolehkan pengagihan tork yang optimum, diinspirasikan oleh legasi Toyota dalam World Rally Championship (WRC).
- Reka Bentuk Aerodinamik: Dilengkapi dengan Functional MATRIX Ver.2 untuk aliran udara maksimum, sistem penyejukan canggih seperti sub-radiator dan semburan intercooler memastikan enjin kekal pada prestasi tertinggi.
- Suspensi Termaju: Teknologi suspensi dipertingkatkan memberikan kawalan mantap di selekoh tajam dan kestabilan luar biasa pada kelajuan tinggi.
- Bahagian Dalaman: Kabin serba moden dengan paparan GR Full TFT 12.3 inci, kedudukan pemandu yang lebih rendah, dan tali pinggang keselamatan merah menambahkan elemen sporty.
- Pilihan Warna: Ditawarkan dalam empat warna menarik termasuk warna baharu Precious Metal.
- Harga: Bermula pada RM315,600.
GR Corolla 2025
GR Corolla 2025 adalah manifestasi kejuruteraan moden dengan prestasi luar biasa.
Jentera ini dilengkapi enjin pengecas turbo G16E-GTS 1.6-liter yang menghasilkan 300PS dan 400Nm tork.
- Teknologi Prestasi: Dipadankan dengan transmisi manual 6-kelajuan dan sistem GR-Four AWD, GR Corolla memastikan kawalan optimum di setiap permukaan jalan. Teknologi ini membolehkan pengagihan tork dinamik, memberikan pengalaman pemanduan yang lancar dan stabil.
- Suspensi dan Aerodinamik: Sistem suspensi baharu memberikan keseimbangan sempurna antara ketangkasan dan kestabilan, manakala reka bentuk aerodinamik menonjolkan postur rendah dan lebar, lengkap dengan corong udara besar dan bampar hadapan berprofil tinggi.
- Reka Bentuk Dalaman: Tempat duduk berinspirasikan rali, trim gun-metallic, dan paparan digital masa nyata memberikan pengalaman futuristik.
- Pilihan Warna: Ditawarkan dalam warna ikonik seperti Platinum White Pearl Mica, Precious Black, Precious Metal, dan Emotional Red 2.
- Harga: Bermula pada RM367,000.
Corolla GR Sport 2025
Bagi mereka yang mencari keseimbangan antara gaya sporty dan praktikaliti harian, Corolla GR Sport 2025 adalah pilihan ideal.
Model ini dikuasakan oleh enjin 1.8-liter dengan transmisi Sport Sequential Shiftmatic CVT 10-kelajuan, menghasilkan pecutan lancar dan peralihan gear pantas.
- Reka Bentuk Luar: Skema warna dua tona termasuk bumbung hitam, roda aloi 18-inci baharu dengan corak multi-spoke, dan gril khas GR Sport memberikan penampilan sporty yang menarik.
- Bahagian Dalaman: Tempat duduk suede dan kulit premium dengan jahitan merah, stereng GR, dan sistem audio 10-inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto menjadikan ruang kabin moden dan selesa.
- Teknologi Keselamatan: Dilengkapi dengan Toyota Safety Sense (TSS), termasuk sistem pra-perlanggaran, bantuan jejak lorong, dan kawalan jelajah dinamik. Ciri tambahan seperti amaran lintasan trafik belakang dan paparan panorama 3D meningkatkan keselamatan dalam pelbagai keadaan.
- Pilihan Warna: Termasuk Platinum White Pearl Mica, Red Mica Metallic, dan Attitude Black Mica dengan bumbung hitam.
- Harga: Bermula pada RM149,800.
Datuk Ravindran K., Presiden UMW Toyota Motor, menegaskan, “Toyota sentiasa komited untuk membawa inovasi dan pengalaman pemanduan yang luar biasa kepada rakyat Malaysia. Pelancaran model GR dan GR Sport ini adalah bukti dedikasi kami dalam menghubungkan jiwa pemandu dengan jalan raya.”
Info lebih lanjut anda boleh melayari laman sesawang www.toyota.com.my.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Baca Juga : Toyota GR Supra A90 Final Edition, Titik Noktah Sebuah Legenda