Dalam sebuah kejadian di Perth, sebuah pesawat milik Qantas Airways terpaksa mendarat hanya dengan menggunakan satu enjin yang berfungsi. Insiden ini terjadi ketika pesawat tersebut, dalam penerbangan dari Melbourne menuju Perth.
Menurut laporan yang disampaikan oleh Qantas kepada Reuters pada hari Selasa, juruterbang pesawat telah mengambil keputusan untuk memberhentikan salah satu dari dua enjin pesawat Airbus A330-200, dan puncanya tidak dijelaskan dengan lebih lanjut. Walaupun situasi seperti itu menimbulkan keadaan cemas, tindakan cepat dan terlatih daripada anak kapal memastikan pendaratan dapat dilaksanakan dengan baik dan tanpa insiden.
Syarikat penerbangan terbesar di Australia itu memaklumkan bahawa pesawat tersebut telah mendarat dengan selamat, tanpa menyebabkan sebarang kecederaan kepada penumpang atau kru.
Ads
Kredit Foto : Website medium.com
Penumpang yang berada di dalam penerbangan tersebut berkongsi situasi cemas tersebut apabila mereka mendengar bunyi yang kuat, seakan-akan bunyi dentuman, dari salah satu sisi pesawat.
Sebaik sahaja mendarat jurutera dari Qantas langsung bertindak untuk memeriksa keadaan pesawat, sebagai sebahagian daripada operasi standard. Qantas, dalam sebuah kenyataan, mengzahirkan penghargaan mereka terhadap kerjasama daripada semua yang terlibat dalam insiden tersebut.
Ads
Kegagalan enjin merupakan insiden yang jarang terjadi dalam dunia penerbangan. Namun, pesawat seperti Airbus A330-200, yang telah beroperasi selama 21 tahun menurut ch-aviation, masih mampu untuk dikawal walaupun hanya dengan satu enjin yang berfungsi. Pujian harus diberikan kepada juruterbang kerana berjaya mengedalikan pesawat tersebut sehingga selamat untuk mendarat.
VOGE Malaysia kini memperkenalkan tawaran eksklusif buat peminat motosikal tempatan dengan rebat istimewa RM700 untuk setiap pembelian VOGE FR150, menjadikan harga jualan hanya RM8,188 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans). Promosi ini sah sehingga 30 November 2025, dan boleh didapati di semua pengedar sah Mforce di seluruh negara, tertakluk kepada terma, syarat dan stok semasa.
Inisiatif ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk merasai pengalaman tunggangan motosikal premium dengan harga yang lebih berpatutan. VOGE Malaysia berkata tawaran ini bukan sekadar promosi, tetapi satu penghargaan kepada penunggang.
Daripada harga asal RM8,888, pembeli kini boleh menikmati potongan RM700 bagi merasai sendiri kehebatan VOGE FR150 sebuah motosikal yang telah membuktikan kemampuan bukan hanya di jalan raya, malah di arena perlumbaan profesional seperti Kejuaraan CubPrix Malaysia 2025 dan Asia Road Racing Championship (ARRC).
Dikuasakan oleh enjin 149.6cc DOHC silinder tunggal, FR150 menjana 11.5 kW (15.4 hp) pada 8,500 rpm dan 13.5 Nm pada 7,500 rpm. Padanan transmisi 6-kelajuan serta sistem klac jenis slipper memberi kawalan yang lebih lancar dan stabil ketika menurunkan gear pada kelajuan tinggi.
Ciri keselamatan turut menjadi keutamaan dengan penggunaan ABS dwi-saluran (dual-channel), yang memastikan daya membrek lebih seimbang di kedua-dua roda. Gabungan prestasi, kawalan dan keselamatan ini menjadikan FR150 antara model paling seimbang dalam segmen 150cc premium.
VOGE FR150 direka untuk penunggang yang mengutamakan gaya sporty serta keselesaan harian. Dengan rekaan yang agresif dan ergonomik yang seimbang, ia sesuai untuk kegunaan bandar mahupun perjalanan jauh. Harga promosi ini menjadikannya antara model paling bernilai di kelasnya yang menawarkan gaya, teknologi dan prestasi pada satu pakej yang sukar ditandingi.
VOGE ialah jenama premium di bawah Loncin Motor Co. Ltd, pengeluar motosikal terkemuka dari Chongqing, China yang mula beroperasi sejak tahun 1983. Dengan lebih 8,000 paten teknologi dan kehadiran di lebih 100 negara, Loncin kini diiktiraf sebagai antara peneraju industri motosikal global.
Ditubuhkan pada tahun 2018, VOGE memfokuskan pada pembangunan motosikal berprestasi tinggi menggunakan teknologi terkini dan komponen premium. Jenama ini membawa falsafah “We don’t just build motorcycles – we build passion, freedom, and the future”, menggambarkan semangatnya dalam mencipta pengalaman tunggangan yang penuh emosi dan kebebasan sejati.
Pasaran kenderaan elektrik di Malaysia dijangka memasuki fasa baharu apabila beberapa jenama EV dari China dilaporkan merancang untuk memulakan pemasangan tempatan atau EV CKD Malaysia.
Menurut laporan berdasarkan kenyataan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), antara jenama yang disebut termasuk Zeekr, XPeng dan MG Motor. Perancangan itu mengambil kira insentif pengecualian cukai penuh yang masih terpakai kepada EV pemasangan tempatan sehingga 31 Disember 2027.
CKD ialah singkatan kepada completely knocked-down, iaitu kenderaan dibawa masuk dalam bentuk komponen sebelum dipasang semula secara tempatan. Berbeza dengan CBU yang diimport siap sepenuhnya, CKD melibatkan aktiviti pemasangan di negara berkenaan.
Dalam konteks industri automotif, EV CKD Malaysia bukan sekadar soal memasang kereta. Ia turut membuka ruang kepada pembangunan kemudahan pemasangan, latihan tenaga kerja, rangkaian vendor, pusat servis dan sokongan teknikal yang lebih kukuh di pasaran tempatan.
Antara faktor utama ialah perubahan dasar untuk EV import sepenuhnya. Apabila syarat kemasukan CBU semakin ketat, model import yang lebih murah mungkin sukar ditawarkan pada harga kompetitif seperti sebelum ini.
Pada masa sama, EV pemasangan tempatan masih menikmati pengecualian cukai sehingga akhir 2027. Keadaan ini memberi ruang kepada pengeluar mengekalkan harga lebih menarik, terutama jika mereka mahu bersaing dalam segmen EV mampu milik dan sederhana, bukan hanya model premium.
Selain itu, pengeluar juga dapat merancang bekalan dengan lebih baik kerana proses pemasangan dilakukan di dalam negara. Ini membantu mengurangkan kebergantungan terhadap import kenderaan siap serta memberi lebih fleksibiliti dalam memenuhi permintaan pasaran.
Jika lebih banyak jenama memilih pemasangan tempatan, pengguna berpotensi mendapat pilihan EV yang lebih luas pada harga lebih kompetitif. Ini kerana struktur cukai dan kos boleh berbeza antara model CBU dan CKD.
Namun pengguna juga perlu memahami bahawa CKD tidak semestinya menjadikan harga terus murah secara automatik. Harga akhir masih bergantung kepada kos komponen, skala pengeluaran, kandungan tempatan, kadar pertukaran mata wang, strategi jenama dan margin pengedar.
Dari sudut industri, pemasangan tempatan boleh memberi kesan lebih besar berbanding sekadar membawa masuk kenderaan siap. EV CKD Malaysia mampu menarik pelaburan baharu, meningkatkan kemahiran tenaga kerja dan memperluas ekosistem automotif negara.
Jika dilaksanakan secara berperingkat, CKD EV juga boleh membuka peluang kepada pembekal tempatan untuk terlibat dalam penghasilan komponen tertentu, walaupun tidak semua bahagian utama seperti bateri atau motor elektrik terus dibuat di Malaysia pada peringkat awal.
Kehadiran lebih banyak EV CKD juga boleh mengubah persaingan pasaran. Jenama yang sebelum ini bergantung kepada CBU mungkin perlu menyusun semula strategi harga, varian dan model yang mahu ditawarkan.
Bagi pembeli, persaingan ini boleh memberi manfaat kerana jenama perlu menawarkan pakej yang lebih menarik. Selain harga, faktor seperti jarak pemanduan, kelajuan pengecasan, jaminan bateri, rangkaian pengecas dan servis selepas jualan akan menjadi semakin penting.
Peralihan kepada CKD tidak patut dilihat hanya sebagai cara menjual EV pada harga rendah. Sebaliknya, ia menjadi petunjuk bahawa pasaran Malaysia semakin matang dan cukup penting untuk menerima pelaburan jangka panjang daripada jenama global.
Apabila sesebuah jenama membuat keputusan memasang kenderaan secara tempatan, ia biasanya menunjukkan komitmen lebih besar kepada pasaran tersebut. Ini termasuk kesediaan menyediakan sokongan produk, latihan teknikal dan rangkaian selepas jualan yang lebih tersusun.
Secara keseluruhan, perancangan Zeekr, XPeng dan MG Motor untuk memulakan EV CKD Malaysia memberi gambaran bahawa pasaran EV tempatan sedang bergerak ke fasa lebih serius. Selepas beberapa tahun bergantung kepada model import, tumpuan kini semakin beralih kepada pemasangan tempatan.
Bagi pengguna, perubahan ini mungkin membawa lebih banyak pilihan EV pada harga yang lebih munasabah dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Bagi industri pula, ia membuka peluang untuk Malaysia memainkan peranan lebih besar dalam rantaian mobiliti elektrik serantau.
Sime Darby Property Berhad dengan kerjasama MINI Malaysia melancarkan satu inisiatif kebajikan sempena musim perayaan di Elmina Lakeside Mall. Program yang berlangsung hingga 19 Disember ini mengajak orang ramai untuk bersama-sama merealisasikan hajat 120 kanak-kanak kurang berkemampuan dari Rumah Kasih Harmoni.
Kempen yang dianjurkan oleh Sime Darby Property ini bertujuan untuk membina komuniti yang prihatin, selari dengan falsafah global MINI, “Big Love”. Bagi memudahkan orang ramai menyumbang, satu ruang khas dikenali sebagai ‘The Giving Post’ disediakan di Elmina Lakeside Mall, dengan model MINI Convertible juga dipamerkan di situ.
Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras dipilih sebagai penerima manfaat ini. Rumah ini menempatkan anak-anak yatim serta kanak-kanak daripada latar belakang keluarga yang kurang berkemampuan. Orang ramai yang berkunjung ke Elmina Lakeside Mall boleh mengambil bahagian dengan memilih “wishing card” bernombor di ‘The Giving Post’, yang memaparkan keperluan khusus setiap kanak-kanak. Barangan yang disenaraikan kemudian boleh dibeli dan diserahkan di lokasi tersebut bagi memastikan sumbangan sampai terus kepada kanak-kanak berkenaan.
Demi menjaga aspek keselamatan dan kebersihan penerima, semua hadiah yang disumbangkan mestilah barangan baharu dan belum dibuka. Pusat pengumpulan hadiah ini dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam di Elmina Lakeside Mall.
Penyerahan sumbangan ini akan berlangsung pada Sabtu, 20 Disember 2025 menerusi acara ‘The Big Love Drive’. Dianggarkan 20 pemilik MINI akan berkumpul di Elmina Lakeside Mall untuk mengumpulkan semua hadiah sebelum bergerak secara konvoi ke Rumah Kasih Harmoni.
Disamping itu juga, pengunjung yang berkunjung ke Elmina Lakeside Mall berpeluang menyertai sesi pandu uji MINI pada hujung minggu dari 5 hingga 28 Disember.
Aktiviti ini memberi peluang kepada orang ramai merasai sendiri pengalaman memandu MINI sambil menyokong usaha kebajikan yang dijalankan.
Thunder Motorcycles Rasmi Masuk Malaysia, Tampilkan LS250-S di AOS 2026
Thunder Motorcycles secara rasmi memasuki pasaran Malaysia menerusi penampilan sulungnya di Art of Speed 2026...