Gergasi automotif Jepun, Toyota, terus mengekalkan dominasinya dalam industri dengan mencatatkan rekod jualan terbaharu pada tahun 2023. Dengan pencapaian membanggakan sebanyak 11,233,039 unit, peningkatan sebanyak 7.2 peratus dari tahun sebelumnya, Toyota mengekalkan gelaran sebagai pengeluar automotif terbesar di dunia untuk tahun keempat berturut-turut.
Toyota dan anak syarikatnya, Lexus, turut menyumbang kepada kejayaan tersebut dengan menjual sebanyak 10,307,395 unit kenderaan, merekodkan peningkatan sebanyak 7.7 peratus berbanding tahun sebelumnya. Walaupun terlibat dalam skandal penipuan data, Daihatsu turut menunjukkan prestasi positif dengan peningkatan sebanyak 3.2 peratus kepada 790,441 unit.
Walau bagaimanapun, divisyen kenderaan komersial Hino tidak beruntung dengan penurunan jualan sebanyak 9.8 peratus kepada 135,203 unit. Sementara itu, Nissan mencatatkan peningkatan yang signifikan sebanyak 4.6 peratus dengan mencapai 3,225,632 unit kenderaan sepanjang tahun 2023.
Manakala, dalam perkembangan lain, Kumpulan Volkswagen turut mengumumkan pencapaian cemerlang dengan menjual sebanyak 9.24 juta unit, sementara pengeluar automotif Korea (Hyundai/Kia/Geneses) mencapai jumlah sebanyak 7.32 juta unit.
Toyota terus membuktikan keunggulannya dalam pasaran global, mengekalkan kestabilan dan kecemerlangan dalam prestasi jualannya. Prestasi syarikat ini memberikan impak positif kepada imej dan kepercayaan pelanggan terhadap jenama Toyota sebagai pilihan utama dalam dunia automotif.
Baca: UMW Toyota Terus Komited Menghasilkan Kualiti dan Ketelusan Dalam Pembuatan Kereta Mereka
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.