Ads

Toyota Corolla Cross HEV GR Sport 2026 Kemaskini Yang Lebih Sporty, Kekal Efisien

Toyota Corolla Cross HEV GR Sport 2026

UMW Toyota Motor Sdn Bhd hari ini memperkenalkan versi dipertingkat bagi Toyota Corolla Cross HEV GR Sport 2026, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara SUV hibrid paling popular di pasaran tempatan.

Model ini menerima beberapa penambahbaikan dari segi penampilan luaran, suasana kabin serta talaan pemanduan, dan yang lebih penting tidak menjejaskan ciri utama iaitu kecekapan bahan api.

Toyota Corolla Cross HEV GR Sport 2026 Kemaskini Yang Lebih Sporty, Kekal Efisien

Sejak diperkenalkan, Corolla Cross HEV GR Sport mencatat penerimaan memberangsangkan dalam kalangan pengguna di Malaysia yang mahukan sebuah SUV yang praktikal untuk kegunaan harian, namun masih menawarkan karakter pemanduan yang lebih dinamik.

Gabungan teknologi Hybrid Electric Toyota yang telah terbukti dengan elemen rekaan berinspirasikan Gazoo Racing (GR) menjadikan model ini relevan untuk kegunaan dalam bandar.

Toyota Corolla Cross HEV GR Sport 2026 Kemaskini Yang Lebih Sporty, Kekal Efisien

Bagi model tahun 2026, fokus utama adalah pada penambahbaikan visual yang memberi penampilan lebih garang dan premium. Bahagian hadapan kini menampilkan rekaan gril baharu serta kemasan sekeliling lampu kabus yang lebih selari dengan identiti keluarga GR.

Ia turut dipadankan dengan skid plate hadapan dan belakang, kemasan sisi yang diperhalusi, serta perincian warna emblem belakang yang dikemas kini.

Ads

Menariknya, semua varian kini hadir dengan bumbung bewarna hitam, sekali gus menaikkan daya tarikan visual terutama untuk pemanduan urban. Pilihan warna luaran termasuk Platinum White Pearl, Dark Turquoise dan Red Mica Metallic.

Toyota Corolla Cross HEV GR Sport 2026 Kemaskini Yang Lebih Sporty, Kekal Efisien

Dari sudut pemanduan, Corolla Cross HEV GR Sport mengekalkan talaan suspensi khas yang memberikan kestabilan lebih baik ketika mengambil selekoh dan memandu di lebuh raya.

Penalaan ini disesuaikan khusus untuk keadaan jalan di Malaysia, menjadikannya lebih seimbang antara keseronokan ketika memandu dan keselesaan untuk kegunaan harian.

Masuk ke ruang kabin, suasana dalaman tampil lebih fokus kepada pemandu dengan tema hitam monokrom yang diserlahkan oleh jahitan merah khas GR.

Ads

Toyota Corolla Cross HEV GR Sport 2026 Kemaskini Yang Lebih Sporty, Kekal Efisien

Elemen ini dapat dilihat pada stereng, panel instrumen, kemasan pintu dan penutup tuil gear. Tempat duduk pula dilengkapi sulaman logo GR pada perehat kepala, manakala tali pinggang keledar merah eksklusif menambah sentuhan sporty.

Perincian seperti kemasan perak gelap serta penjenamaan GR pada stereng dan kunci pintar melengkapkan suasana kabin yang lebih premium.

Toyota Corolla Cross HEV GR Sport 2026 Kemaskini Yang Lebih Sporty, Kekal Efisien

Ads

Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K., kemas kini ini dibuat bagi memastikan Corolla Cross HEV GR Sport terus relevan dengan keperluan dan gaya hidup rakyat Malaysia, sama ada untuk kegunaan harian mahupun perjalanan bersama keluarga, sambil mengekalkan prinsip kualiti, ketahanan dan kebolehpercayaan yang sinonim dengan jenama Toyota.

Toyota Corolla Cross HEV GR Sport 2026 Kemaskini Yang Lebih Sporty, Kekal Efisien

Model ini ditawarkan di semua bilik pameran Toyota sah di seluruh negara tanpa perubahan harga, dan disokong oleh waranti kenderaan lima tahun tanpa had perbatuan, serta waranti sistem hibrid yang meliputi bateri, inverter dan unit kawalan kuasa.

Toyota Corolla Cross HEV GR Sport 2026 Kemaskini Yang Lebih Sporty, Kekal Efisien

Pelanggan juga boleh memilih waranti lanjutan dua tahun untuk perlindungan tambahan.

Baca Juga : Toyota Vios HEV & GR Sport Kini di Malaysia, Harga RM103,900 dan RM109,900

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

JETOUR Malaysia Umum Pelan Pertumbuhan 2026, Fokus Portfolio SUV & Rangkaian...

JETOUR Malaysia Gariskan Pelan Pertumbuhan 2026, Sasar Pengembangan Rangkaian & Portfolio SUV Lebih Luas JETOUR Malaysia mengumumkan hala tuju strategik yang lebih jelas bagi tahun...