Suzuki Malaysia mengumumkan melalui platform sosial media mereka bahawa tiada panggilan semula diperlukan bagi semua unit pemasangan tempatan model Gixxer 250 dan Gixxer SF250 di Malaysia.

Pengumuman tersebut menandakan komitmen Suzuki Malaysia terhadap kualiti, kepuasan pelanggan, dan keselamatan para pengguna. Dengan memberikan jaminan tertinggi terhadap pengalaman pemilikan, Suzuki Malaysia menegaskan bahawa kesemua unit Gixxer 250 dan Gixxer SF250 yang telah dipasang di Malaysia berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan.

Kredit Foto : Facebook Suzuki Malaysia

Sebelum pengumuman ini, berita tentang penarikan balik tiga model dalam barisan 250cc Suzuki telah tersebar melalui laman sosial. Model-model yang terlibat termasuk Suzuki Gixxer 250, Gixxer SF 250, dan V-Strom SX. Isu yang menyebabkan penarikan balik ini adalah masalah dengan aci sesondol enjin yang digunakan dalam model-model tersebut.

IKLAN

Ketiga-tiga model tersebut berkongsi enjin satu silinder 249cc penyejuk minyak yang sama. Laporan mengenai “abnormal wear” pada enjin telah menjadi perhatian utama, yang kemungkinan disebabkan oleh rawatan haba yang tidak betul semasa proses pembuatan. Keadaan ini berpotensi untuk mempengaruhi kumpulan pengeluaran tertentu, menyebabkan enjin mengeluarkan bunyi tidak normal dan mengalami masalah terhenti secara tiba-tiba semasa penggunaan.

Kredit Foto : Facebook Suzuki Malaysia

Walau bagaimanapun, Suzuki Malaysia telah mengambil langkah proaktif untuk memastikan bahawa model Gixxer 250 dan Gixxer SF250 yang dipasang di Malaysia tidak terjejas oleh masalah yang sama. Pengumuman mengenai ketiadaan panggilan semula menegaskan komitmen Suzuki Malaysia untuk menyelesaikan masalah dengan teliti dan menjaga kepuasan pelanggan mereka.

IKLAN

Bagi maklumat lanjut mengenai status model-model Suzuki dan sebarang pertanyaan berkaitan, pengguna boleh menghubungi Suzuki Malaysia melalui emel di info@suzuki.com.my. Suzuki Malaysia berharap untuk terus memberikan pengalaman pemanduan yang memuaskan kepada para pemilik setia mereka di seluruh Malaysia.

IKLAN

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI