Kategori super naked sentiasa menjadi pilihan bagi mereka yang mahukan pengalaman menunggang yang liar, tanpa perlu tunduk kepada kedudukan agresif sebuah superbike.
Tahun 2025 menyaksikan beberapa model terbaik dalam kategori ini dengan pelbagai peningkatan dari segi prestasi, teknologi, dan reka bentuk. Berikut adalah antara model super naked terbaik yang boleh anda miliki tahun ini.
KTM 1390 Super Duke R
KTM telah kembali dengan versi terbaru Super Duke R dan kali ini ia lebih besar, lebih berkuasa, dan lebih gila daripada sebelumnya. Digelar “The Beast, Evolved”, Super Duke R kini dilengkapi enjin LC8 V-twin 1350cc yang menjadikannya motosikal KTM jalanan paling berkuasa setakat ini.
Dengan 187hp dan 145 tork, jentera ini bukan sahaja pantas tetapi juga lincah dan stabil di selekoh. Posisi menunggangnya cukup selesa untuk perjalanan jauh tetapi pada masa yang sama memberikan kawalan maksimum di selekoh.
Jika anda mahukan lebih kawalan elektronik, Tech Pack boleh dibeli dan diaktifkan untuk mendapatkan quickshifter, autoblipper, kawalan wheelie dan laptimer.
Meskipun bukan yang paling berkuasa dalam segmennya, cara Super Duke R menyampaikan kuasa secara agresif menjadikannya antara yang paling mendebarkan untuk ditunggang.
Ducati Streetfighter V4
Ducati terus kekal dengan pendekatan agresif mereka dalam dunia super naked. Streetfighter V4 2025 kini lebih dekat dengan DNA superbike Panigale V4 berbanding sebelumnya. Dengan enjin 213hp Desmosedici yang sama seperti Panigale V4 S. Motosikal ini menjanjikan prestasi tanpa kompromi.
Dilengkapi sistem brek Hypure dari Brembo, elektronik Ducati terbaru, dan pilihan model V4 S dengan suspensi pintar Öhlins EC3. Streetfighter V4 adalah antara jentera paling berprestasi tinggi dalam kelasnya.
Walaupun berharga hampir RM300,000, motosikal ini menawarkan pengalaman menunggang yang tidak dapat ditandingi. Namun, bersedialah untuk berhadapan dengan isu haba enjin yang tinggi serta penggunaan bahan api yang agak membimbangkan.
Ads
Aprilia Tuono V4
Aprilia tidak ketinggalan dengan versi 2025 Tuono V4 yang hadir dengan rekaan aerodinamik baru serta peningkatan kuasa dan elektronik. Reka bentuknya masih menyerupai superbike RSV4 tetapi dengan ergonomik yang lebih mesra penunggang.
Dengan pilihan model Factory yang dilengkapi suspensi pintar Öhlins EC2. Tuono V4 memberikan keseimbangan antara keselesaan dan prestasi tinggi. Sambungan yang baik antara tayar dan jalan raya menjadikan motosikal ini antara yang paling menyeronokkan untuk ditunggang.
Honda CB1000 Hornet
Honda mengejutkan pasaran dengan CB1000 Hornet yang berharga kurang daripada rm130,000, menjadikannya antara super naked paling mampu milik. Walaupun tidak sekuat pesaingnya. Enjin 155hp berdasarkan Fireblade 2017 masih cukup berkuasa untuk pengalaman menunggang yang menyeronokkan.
Versi SP pula hadir dengan sistem brek Brembo Stylema, suspensi Öhlins TTX, dan quickshifter. Dengan harga kompetitif dan pakej prestasi yang mantap, CB1000 Hornet adalah pilihan terbaik bagi mereka yang mahukan super naked tanpa mengosongkan dompet.
Ads
Yamaha MT-10
MT-10 telah lama menjadi kegemaran ramai sejak diperkenalkan. Model terkini masih mengekalkan enjin CP4 crossplane yang diambil dari R1. Memberikan bunyi yang unik dan pengalaman menunggang yang penuh karakter.
Dengan 164hp, paparan warna baharu, quickshifter, dan suspensi separa aktif (SP model). MT-10 kekal relevan walaupun tanpa perubahan besar pada 2025. Namun, kelemahannya termasuk sistem brek yang kurang berprestasi serta kehabisan bahan api yang cepat.
BMW S1000R
S1000R 2025 mendapat peningkatan dari segi gaya, elektronik, dan kuasa. Menjadikannya antara pilihan paling seimbang dalam kategori ini. Dengan berat hanya 199kg, ia antara model paling ringan, menawarkan kawalan yang lincah serta keselesaan untuk perjalanan jauh.
Dengan harga yang lebih berpatutan berbanding pesaingnya, S1000R sesuai bagi mereka yang mahukan motosikal serba boleh untuk kegunaan harian dan hujung minggu.
Ads
Triumph Speed Triple 1200 RS
Speed Triple 1200 RS kini dilengkapi suspensi pintar Öhlins EC3, memberikan keseimbangan antara keselesaan dan prestasi litar. Dengan 180hp, brek Brembo Stylema, serta elektronik canggih, Triumph Speed Triple 1200 RS menawarkan pengalaman menunggang yang unik dengan karakter enjin tiga silindernya.
Kawasaki Z H2
Z H2 mungkin yang paling berat dalam senarai ini, tetapi ia menebus kekurangan itu dengan kuasa supercharged 197hp yang memberikan pecutan luar biasa. Dengan suspensi separa aktif pada model SE, serta elektronik moden, motosikal ini lebih sesuai untuk perjalanan jauh berbanding pesaingnya yang lebih agresif.
Kesimpulan
Tahun 2025 menyaksikan evolusi dalam kategori super naked dengan pelbagai pilihan untuk setiap jenis penunggang. Dari KTM Super Duke R yang liar, Ducati Streetfighter V4 yang berprestasi tinggi, hingga Honda CB1000 Hornet yang mesra bajet, terdapat sesuatu untuk semua orang dalam senarai ini. Jadi, motosikal mana yang bakal menjadi pilihan anda?
Berita baik untuk peminat kereta sports klasik! Toyota telah mengesahkan bahawa mereka sedang membangunkan generasi kelapan model Celica.
Menurut laporan dari majalah Jepun, Best Car. Pengesahan ini diberikan oleh seorang eksekutif Toyota semasa acara Rally Japan 2024 baru-baru ini. Membangkitkan semula semangat peminat kereta ini selepas hampir dua dekad sejak model terakhirnya dihentikan pengeluaran.
Pengesahan di Acara Rally Japan 2024
Pendedahan mengejut ini berlaku apabila Best Car bertanyakan kepada Akio Toyoda, Pengerusi Toyota, mengenai kemungkinan kembalinya Celica. Namun, Toyoda yang juga dikenali sebagai penyokong tegar kereta sports, memberikan peluang kepada Naib Presiden Eksekutif Yuki Nakajima untuk menjawab.
Dengan yakin, Nakajima berkata, “Kami akan menghasilkan Celica.” Walaupun kenyataan itu mungkin tidak dirancang untuk diumumkan. Ia menguatkan khabar angin yang telah beredar selama beberapa tahun.
Nakajima turut menambah, “Saya tidak pasti jika ini boleh diumumkan di khalayak umum,” memberikan bayangan bahawa maklumat ini mungkin terlepas lebih awal daripada yang dirancang. Namun begitu, ini bukan kali pertama Toyota memberi petunjuk tentang kebangkitan Celica.
Lakaran pelukis bagi Toyota Celica terbaru
Petunjuk Sejak 2023
Khabar angin mengenai Celica kembali semakin kencang sejak akhir 2023. Apabila Akio Toyoda menyuarakan hasratnya untuk menghidupkan semula model ini. Presiden Toyota, Tsuneji Sato, juga menyatakan keinginan yang sama pada tahun lalu.
Tambahan pula, dalam siri anime dalaman Toyota bertajuk Grip, papan putih dalam satu babak memaparkan tulisan “Celica Mk8,” memberi bayangan jelas tentang projek ini.
Model terakhir Celica, generasi ketujuh, dihentikan pengeluaran pada 2005. Sejak itu, peminat kereta ini hanya mampu berharap namanya akan dihidupkan semula.
Pengumuman ini memberikan harapan segar kepada mereka, walaupun butiran mengenai tarikh pelancaran atau spesifikasi masih menjadi misteri.
Lakaran pelukis bagi Toyota Celica terbaru
Apa yang Kita Boleh Jangkakan?
Buat masa ini, Toyota masih berahsia mengenai reka bentuk, enjin, dan teknologi yang akan dibawakan pada generasi baharu Celica ini. Namun, berdasarkan trend terkini, ada kemungkinan ia akan dilengkapi teknologi elektrifikasi. Sama ada sebagai hibrid atau EV penuh.
Dengan fokus Toyota terhadap kelestarian, kita boleh menjangkakan sesuatu yang inovatif tetapi tetap mengekalkan jiwa sporty Celica.
Walaupun tarikh pelancarannya tidak diumumkan, pakar menjangkakan Celica generasi kelapan ini mungkin hanya akan muncul di pasaran pada 2027 atau lebih lewat.
Apa yang pasti, Toyota nampaknya bersungguh-sungguh untuk memastikan nama Celica kembali dengan gaya yang hebat dan relevan untuk era moden.
Peminat kereta sports klasik, bersiap sedialah. Celica bukan sahaja sekadar nostalgia, tetapi kini menjadi kenyataan yang ditunggu-tunggu. Kini, kita hanya perlu menunggu Toyota untuk mendedahkan lebih banyak maklumat tentang kereta lagenda ini!
Buat peminat SUV dari jenama Honda, penantian anda kini berakhir. Pada hari ini, Honda Malaysia secara rasminya memperkenalkan SUV baharunya, CR-V Serba Baharu.
Edisi terbaharu ini tampil dengan enjin e:HEV 2.0L generasi terkini. SUV ‘THE ULTIMATE’ ini menampilkan ciri-ciri terkini termasuk Sistem Audio Premium Bose, Paparan Pandu (HUD), dan Kad Kunci Pintar. Varian S akan dijual pada harga istimewa RM157,900 untuk 750 unit pertama.
CR-V Serba Baharu memasukkan rekaan elegan, ruang dalaman premium, dan teknologi canggih yang menetapkan standard baru bagi pasaran SUV. Hironobu Yoshimura, Pengarah Urusan Honda Malaysia, menegaskan pertumbuhan penjualan CR-V sebanyak 10% untuk tiga suku pertama tahun 2023, memperlihatkan kejayaan dan populariti model ini.
Dengan dua pilihan enjin untuk empat varian, CR-V Serba Baharu menawarkan fleksibiliti kepada pelanggan. Enjin e:HEV 2.0L pada varian RS menghasilkan kuasa 184PS dan tork 335Nm dengan transmisi e:CVT. Sementara itu, varian lain menawarkan enjin 1.5L VTEC Turbo dengan kuasa maksimum 193PS dan tork maksimum 243Nm.
Kredit Foto: Honda Malaysia
Rekaan luaran SUV ini menampilkan keanggunan dan keunikan dengan lampu LED, gril hadapan yang menarik, dan rim aloi 18 inci. Tetapi keunggulan sebenar terletak pada ruang kargo terbesar dalam segmen SUV, dengan 589 liter ruang but yang boleh ditinggikan hingga 1,072 liter apabila kerusi belakang dilipat.
Di ruangan dalam, keselesaan penumpang dan pemandu ditingkatkan dengan tempat duduk kulit, kerusi pemandu elektrik, dan ruang kaki yang lebih luas. Tambahan ciri lain termasuk paparan 9-inci dengan Apple CarPlay dan Android Auto, serta sistem audio premium 12-pembesar suara dari Bose pada varian e:HEV RS.
Untuk keselamatan, CR-V Serba Baharu dilengkapi dengan lapan beg udara, Honda SENSING, Lampu Adaptif, dan Honda LaneWatch. Pelanggan boleh memilih dalam lima warna yang disediakan, termasuk pilihan warna baru Canyon River Blue Metallic yang baru.
CR-V Serba Baharu dilancarkan bersama sambutan ulang tahun Honda ke-75 dan 20 tahun pengeluaran CR-V di Malaysia. Untuk maklumat lanjut atau pandu uji, pelanggan boleh menghubungi pengedar Honda atau layari laman web Honda Malaysia.
1 of 36
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Kempen Volvo Secret Sales Tawar Rebat dan Hadiah Istimewa Untuk Pelanggan Baharu
Volvo Car Malaysia bersedia menutup tirai tahun ini menerusi acara jualan istimewa yang...