Bumbung tembus cahaya (sunroof) adalah ciri yang mempunyai banyak faedah apabila digunakan dengan betul dan amat berbahaya jika digunakan dengan cara yang salah. Merujuk kepada artikel Harian Metro bertarikh 24 Januari 2023, tular sebuah video di media sosial seorang pemandu Proton X70 yang membenarkan kanak-kanak mengeluarkan kepalanya melalui  bumbung tembus cahaya. Jika disabitkan kesalahan, individu terbabit boleh dihukum penjara tidak melebihi tiga bulan atau denda tidak melebihi RM500 atau kedua-duanya sekali.

Mungkin tidak semua kenderaan mempunyai bumbung tembus cahaya, tetapi bagi individu yang memiliki kenderaan yang mempunyai ciri-ciri tersebut, sudah pasti anda perlu tahu kegunaan bumbung tembus cahaya tersebut. Yang pasti, kanak-kanak antara individu yang paling kerap menggunakan bumbung tembus cahaya namun anda perlu tahu risiko yang mungkin boleh berlaku.

Penulis kali ini ingin berkongsi beberapa perkara yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan apabila menggunakannya

Perkara yang anda boleh lakukan dengan bumbung tembus cahaya kereta anda ialah:

 

1.Gunakannya untuk menjadikan kabin berasa lebih lapang

Kelebihan utama mempunyai bumbung tembus cahaya ialah dapat membenarkan lebih banyak cahaya semula jadi masuk ke dalam kabin kereta anda. Bumbung tembus cahaya sentiasa disertakan dengan pelindung matahari dan ditampal dengan filem gelap untuk mengelakkan kabin daripada terlalu panas. Pengguna membenarkan lebih banyak cahaya semulajadi masuk ke dalam kabin dan menjadikan kabin berasa lebih besar. Sesetengah pengguna juga mengatakan ia membuatkan kabin berasa lebih berkelas.

Sunroof: Perkara Yang Anda Boleh Lakukan Dan Tidak Boleh Lakukan

2.Sebagai medium pelepasan haba

Membiarkan kereta anda diletakkan selama setengah jam di kawasan terbuka sudah cukup untuk mengubah kabin kereta anda menjadi ketuhar. Daripada menghidupkan kereta dan menghidupkan penghawa dingin pada suhu maksimum, cuba buka bumbung tembus cahaya anda untuk seketika. Udara panas lebih ringan daripada udara sejuk dan naik dengan lebih cepat. Oleh itu, membuka bumbung tembus cahaya akan membuatkan udara panas keluar dari kabin lebih cepat.

Sunroof: Perkara Yang Anda Boleh Lakukan Dan Tidak Boleh Lakukan

3.Menikmati pemanduan

Pada kelajuan rendah hingga sederhana, membuka bumbung tembus cahaya  boleh memberi anda sesuatu pengalaman pemanduan yang berbeza. Pemanduan pada waktu malam dengan bumbung tembus cahaya  terbuka menjadikan pemanduan lebih menyeronokkan dan anda boleh menikmati angin sejuk tanpa membuka tingkap di bahagian pintu. Anda juga boleh meletakkan kereta anda dan menikmati langit malam bersama yang tersayang.

Sunroof: Perkara Yang Anda Boleh Lakukan Dan Tidak Boleh Lakukan
Kredit foto : cartoq.com
  1. Gunakannya untuk menjadikan kereta kelihatan lebih menarik

Bumbung tembus cahaya menjadikan kereta kelihatan lebih berkelas dengan kaca berwarna hitam pada bumbung kereta menambah gaya pada kenderaan anda. Ia juga memberi banyak gambaran bahawa kereta anda mempunyai gaya yang menarik, kerana bumbung tembus cahaya sering dikaitkan dengan kereta mewah.

 

Perkara yang anda tidak boleh lakukan dengan bumbung tembus cahaya kereta anda ialah:

 

1.Mengintai melalui bumbung tembus cahaya

Walaupun kereta anda bergerak pada kelajuan yang perlahan, anda sepatutnya berada di tempat duduk dan bersandar. Ia adalah peraturan yang telah ditetapkan. Namun, selalunya anda akan mendapati kanak-kanak gemar meletakkan tangan mereka keluar daripada bumbung tembus cahaya atau  berdiri melaluinya.  Sekiranya berlaku kemalangan, individu tersebut boleh tercampak keluar daripada kenderaan dan boleh membawa kepada kecederaan serius atau kematian. Tidak salah membuka bumbung tembus cahaya, tetapi ia hanya untuk angin masuk dan keluar, bukan badan anda.

 

2.Modifikasi pemasangan bumbung tembus cahaya

Ramai individu di luar sana memasang bumbung tembus cahaya pada model kenderaan yang tidak mempunyai ciri-ciri tersebut melalui kedai aksesori kereta. Apabila pengeluar kereta menambah bumbung tembus cahaya pada kenderaan tersebut,  mereka mengujinya dengan teliti dan mengambil kira kejuruteraan di sebalik struktur badan kereta tersebut. Selain itu, bumbung tembus cahaya yang dipasang berasingan atau dimodifikasi boleh terdedah kepada kebocoran kerana bumbung tembus cahaya yang sedia ada daripada pengeluar telah dilengkapi saliran air yang khusus.

 

Pendapat penulis, sekiranya anda ingin memasang bumbung tembus cahaya pada model kereta yang memang tidak mempunyai ciri-ciri tersebut. Pastikan anda mencari individu yang bertauliah dan pastikan barang yang di beli masih dalam keadaan baik kerana kebanyakan pemasangan bumbung tembus cahaya biasanya menggunakan barang – barang yang telah digunakan dan di ambil daripada kedai potong.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok. 

 

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI