Mercedes-Benz Malaysia telah melancarkan dua model terbaharu dalam barisan prestasi tinggi mereka: Mercedes-AMG GT 63 4MATIC+ Coupé dan Mercedes-AMG SL 63 S E PERFORMANCE

Kedua-dua model ini mempersembahkan gabungan kejuruteraan sukan permotoran dan keselesaan harian. Direka khas untuk pemandu yang mementingkan kuasa, teknologi dan kemewahan.

#SoAMG – Pelancaran Model Prestasi Terkini Mercedes-AMG

Mercedes-AMG GT 63 4MATIC+ Coupé

Dikuasakan oleh enjin V8 biturbo 4.0L yang menjana 585 hp dan 800 Nm tork. GT 63 menawarkan pecutan dari 0 ke 100 km/j dalam hanya 3.2 saat. Dengan sistem pacuan semua roda AMG 4MATIC+ dan transmisi AMG SPEEDSHIFT MCT 9G. Setiap pemanduan menjadi lebih responsif dan mantap.

Dari sudut reka bentuk, model ini menampilkan bentuk fastback aerodinamik, spoiler aktif, dan elemen visual dinamik yang mencerminkan identiti AMG. Bahagian dalaman pula menawarkan susun atur digital, tempat duduk AMG Performance, dan sistem infotainmen MBUX dengan fungsi paparan prestasi khusus. 

Ads

Ciri seperti suspensi AMG ACTIVE RIDE CONTROL dan stereng gandar belakang memberikan kestabilan unggul ketika mengambil selekoh tajam.

#SoAMG – Pelancaran Model Prestasi Terkini Mercedes-AMG

Mercedes-AMG SL 63 S E PERFORMANCE

SL 63 S E PERFORMANCE merupakan model SL paling berkuasa dalam sejarah model tersebut. Ia menggabungkan enjin V8 4.0L dan motor elektrik untuk menghasilkan kuasa sistem 816 hp dan tork 1,420 Nm. Pecutan 0 ke 100 km/j dicapai dalam masa 2.9 saat — menjadikan model ini setanding dengan supercar sejati.

Teknologi AMG E PERFORMANCE, diinspirasikan daripada Formula 1™, termasuk bateri AMG 400V dan sistem pacuan semua roda AMG Performance 4MATIC+. Bahagian kabin menawarkan tempat duduk laras elektrik AMG, sistem bunyi premium Burmester®, serta paparan navigasi realiti tambahan MBUX untuk pengalaman memandu yang lebih mendalam.

Ads

Program AMG Defensive Driving Experience

Buat julung kalinya, Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan AMG Defensive Driving Experience di Litar Antarabangsa Sepang. Program ini memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari kemahiran pemanduan kritikal serta mengendalikan kenderaan AMG dalam situasi sebenar di bawah bimbingan jurulatih profesional.

Harga dan Spesifikasi Utama

  • Mercedes-AMG GT 63 4MATIC+ Coupé: RM 1,882,888
  • Mercedes-AMG SL 63 S E PERFORMANCE: RM 2,168,888
    (Harga atas jalan tidak termasuk insurans; termasuk cukai jualan 10%)

Untuk maklumat lanjut, sila lawati: www.mercedes-benz.com.my

Dari Mercedes-Benz Malaysia

Ads

Baca Juga Mercedes-AMG PureSpeed – SL63 Tanpa Cermin Depan, Kelajuan hingga 315 km/j

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI