
Sime Motors bakal menganjurkan Sime Motors MotorExpo 2026 dari 5 hingga 7 Jun ini di XOX Arena, The Arch Galeries, Kuala Lumpur, menghimpunkan pelbagai jenama automotif terkenal dunia di bawah satu bumbung.
Membawakan tema “Best Cars. Best Deals. Best Time to Buy”, acara selama tiga hari itu dijangka menjadi antara platform jualan automotif terbesar tahun ini dengan pelbagai tawaran menarik untuk bakal pembeli kenderaan.
Pengunjung berpeluang melihat dan membandingkan pelbagai model daripada jenama di bawah Sime Motors termasuk:
Daripada kereta mewah berprestasi tinggi, model elektrik terkini, SUV keluarga hinggalah kenderaan terpakai premium, semuanya tersedia di satu lokasi.
Antara tarikan utama Sime Motors MotorExpo 2026 adalah tawaran rebat sehingga RM200,000 bagi model-model terpilih.
Selain itu, pengunjung turut boleh menikmati:
Menurut Pengarah Urusan Retail & Distribution Malaysia Sime Motors, Vi Thim Juan, acara ini memberi peluang kepada pengguna untuk melihat sendiri model-model terkini, membuat pandu uji dan mendapatkan tawaran pembelian yang sukar diperoleh di luar tempoh acara.
Beliau berkata Sime Motors MotorExpo 2026 sesuai untuk mereka yang ingin membeli kereta pertama, menaik taraf kepada jenama premium atau beralih kepada kenderaan elektrik (EV).
Acara ini akan berlangsung di XOX Arena, The Arch Galeries yang terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Lokasi tersebut dipilih kerana akses yang mudah selain menawarkan ruang pameran moden yang sesuai untuk acara automotif berskala besar.
Tarikh: 5 – 7 Jun 2026
Lokasi: XOX Arena, The Arch Galeries, Kuala Lumpur
Masa: 10.00 pagi hingga 12.00 tengah malam
Orang ramai yang berminat disaran untuk membuat pendaftaran awal serta mengikuti saluran rasmi Sime Motors bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai promosi, tawaran khas dan pelancaran model yang akan diumumkan sepanjang acara berlangsung.
Baca Juga : Sime Motors Umum Pemenang BMW 2 Series, Penutup Kempen Ulang Tahun Ke-45
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Viper Niza Racing Sasar Kekalkan Kedudukan Pendahulu Di Paul Ricard Pasukan perlumbaan Malaysia, Viper Niza…
Hodaka Motoworld Sdn Bhd memperkenalkan koleksi KOMINE 2026SS sempena Malaysia Bike Show 2026 yang berlangsung…
PLUS Malaysia Berhad menjangkakan trafik lebuh raya PLUS meningkat sehingga 2.2 juta kenderaan sehari sepanjang…
