Masalah serangga dalam kereta memang boleh jadi menyusahkan, kan? Jadi, kami nak kongsi tips halau serangga, semut dan seangkatan dengannya, tapi kita kena kreatif sikit. Pertama sekali, kalau korang nak yang simple, boleh la pasang tinted yang berkualiti untuk tingkap kereta. Tapi kalau nak lagi power, baca ni;
Minyak Peppermint:
Serangga tak suka bau peppermint. Campurkan beberapa titis minyak peppermint dengan air dalam botol semburan. Semburkan campuran ni kat dalam kereta, terutama kat kawasan tingkap. Bau wangi, serangga pun lari terus!
Serbuk Kopi:
Serbuk kopi boleh bertindak sebagai pengusir serangga. Letakkan beberapa bekas serbuk kopi dalam kereta, terutama kat tempat-tempat yang serangga selalu lalu/lepak. Mungkin bau kopi tu pun boleh buat korang rasa lebih bertenaga!
Bunga Lavender:
Serangga juga tak suka bau lavender. Letak pokok lavender atau letakkan pouch lavender dalam kereta anda. Selain halau serangga, korang pun boleh enjoy bau yang menyegarkan.
Ads
Kredit Foto: Taylor Auto Glass
Cuka dan Air:
Campurkan air dengan cuka (vinegar) dalam peratusan 1:1. Letak dalam bekas semburan dan semburkan dalam kereta. Bau cuka tu bukan sahaja halau serangga, tapi juga boleh hilangkan bau yang tak best.
Jaga Kebersihan Kereta:
Jangan bagi makanan bersepah dalam kereta. Serangga suka cari makanan, so kalau kereta bersih, kuranglah peluang diorang nak datang ‘beraya’.
Cuci Kereta:
Buat regular car wash. Kalau kereta bersih, peluang serangga nak lekat kurang. Lagipun, kereta bersih tu memang nampak lebih tenang, untuk anda dan penumpang.
Ads
Jadi, itulah beberapa tips untuk halau serangga dalam kereta. Selamat mencuba dan semoga kereta korang sentiasa bersih dari serangga yang tak diundang!
GWM Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan ketibaan yang dinanti-nantikan, iaitu varian Performance GWM ORA 07. Ia menandakan satu pencapaian penting dalam komitmen mereka untuk menyediakan penyelesaian pengangkutan yang mesra alam.
Varian Performance ini menggabungkan reka bentuk yang anggun dan bergaya dengan prestasi luar biasa, melebihi jangkaan untuk sebuah coupe elektrik. Pecutan dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 4.3 saat.
GWM Malaysia teruja untuk memaklumkan bahawa batch pertama varian Performance GWM ORA 07 telah tiba di Pelabuhan Klang. Anggaran masa penghantaran ke bilik pameran GWM di seluruh Malaysia adalah pada akhir Jun 2024.
Ini memastikan pelanggan kami dapat menikmati reka bentuknya yang mewah dan elegan serta ciri-ciri pintar yang lebih menakjubkan dalam jangka masa yang singkat.
Great Wall Motor adalah sebuah syarikat teknologi pintar global yang berdedikasi untuk menyediakan pengalaman perjalanan yang pintar dan mesra alam kepada pengguna globalnya.
Operasi perniagaan syarikat ini merangkumi reka bentuk, penyelidikan dan pembangunan, pengeluaran, penjualan dan perkhidmatan automotif dan alat ganti.
Selain itu, susun atur keseluruhan rantaian industri dalam bidang tenaga bersih seperti tenaga hidrogen dan tenaga suria.
Dengan fokus utama pada pembangunan teknologi masa depan seperti membina rangkaian sambungan pintar, pemanduan pintar, cip, dan aplikasi.
Sebagai sebahagian daripada komitmen jenama untuk berpusatkan pengguna. Pelancaran produk pintar tahap baru telah disesuaikan untuk memenuhi keperluan pengguna dalam pelbagai senario. Dalam pada itu ia turut membantu dengan pembangunan kenderaan tenaga baru di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
– Encik Ray Chan | ray.chan@gwm.com.my | 012-239 6068
– Cik Koay Lay Di | laydi@boldinspiration.com | 012-433 3545
Bumbung tembus cahaya (sunroof) adalah ciri yang mempunyai banyak faedah apabila digunakan dengan betul dan amat berbahaya jika digunakan dengan cara yang salah. Merujuk kepada artikel Harian Metro bertarikh 24 Januari 2023, tular sebuah video di media sosial seorang pemandu Proton X70 yang membenarkan kanak-kanak mengeluarkan kepalanya melalui bumbung tembus cahaya. Jika disabitkan kesalahan, individu terbabit boleh dihukum penjara tidak melebihi tiga bulan atau denda tidak melebihi RM500 atau kedua-duanya sekali.
Mungkin tidak semua kenderaan mempunyai bumbung tembus cahaya, tetapi bagi individu yang memiliki kenderaan yang mempunyai ciri-ciri tersebut, sudah pasti anda perlu tahu kegunaan bumbung tembus cahaya tersebut. Yang pasti, kanak-kanak antara individu yang paling kerap menggunakan bumbung tembus cahaya namun anda perlu tahu risiko yang mungkin boleh berlaku.
Penulis kali ini ingin berkongsi beberapa perkara yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan apabila menggunakannya
Perkara yang anda boleh lakukan dengan bumbung tembus cahaya kereta anda ialah:
1.Gunakannya untuk menjadikan kabin berasa lebih lapang
Kelebihan utama mempunyai bumbung tembus cahaya ialah dapat membenarkan lebih banyak cahaya semula jadi masuk ke dalam kabin kereta anda. Bumbung tembus cahaya sentiasa disertakan dengan pelindung matahari dan ditampal dengan filem gelap untuk mengelakkan kabin daripada terlalu panas. Pengguna membenarkan lebih banyak cahaya semulajadi masuk ke dalam kabin dan menjadikan kabin berasa lebih besar. Sesetengah pengguna juga mengatakan ia membuatkan kabin berasa lebih berkelas.
2.Sebagai medium pelepasan haba
Membiarkan kereta anda diletakkan selama setengah jam di kawasan terbuka sudah cukup untuk mengubah kabin kereta anda menjadi ketuhar. Daripada menghidupkan kereta dan menghidupkan penghawa dingin pada suhu maksimum, cuba buka bumbung tembus cahaya anda untuk seketika. Udara panas lebih ringan daripada udara sejuk dan naik dengan lebih cepat. Oleh itu, membuka bumbung tembus cahaya akan membuatkan udara panas keluar dari kabin lebih cepat.
3.Menikmati pemanduan
Pada kelajuan rendah hingga sederhana, membuka bumbung tembus cahaya boleh memberi anda sesuatu pengalaman pemanduan yang berbeza. Pemanduan pada waktu malam dengan bumbung tembus cahaya terbuka menjadikan pemanduan lebih menyeronokkan dan anda boleh menikmati angin sejuk tanpa membuka tingkap di bahagian pintu. Anda juga boleh meletakkan kereta anda dan menikmati langit malam bersama yang tersayang.
Bumbung tembus cahaya menjadikan kereta kelihatan lebih berkelas dengan kaca berwarna hitam pada bumbung kereta menambah gaya pada kenderaan anda. Ia juga memberi banyak gambaran bahawa kereta anda mempunyai gaya yang menarik, kerana bumbung tembus cahaya sering dikaitkan dengan kereta mewah.
Perkara yang anda tidak boleh lakukan dengan bumbung tembus cahaya kereta anda ialah:
1.Mengintai melalui bumbung tembus cahaya
Walaupun kereta anda bergerak pada kelajuan yang perlahan, anda sepatutnya berada di tempat duduk dan bersandar. Ia adalah peraturan yang telah ditetapkan. Namun, selalunya anda akan mendapati kanak-kanak gemar meletakkan tangan mereka keluar daripada bumbung tembus cahaya atau berdiri melaluinya. Sekiranya berlaku kemalangan, individu tersebut boleh tercampak keluar daripada kenderaan dan boleh membawa kepada kecederaan serius atau kematian. Tidak salah membuka bumbung tembus cahaya, tetapi ia hanya untuk angin masuk dan keluar, bukan badan anda.
2.Modifikasi pemasangan bumbung tembus cahaya
Ramai individu di luar sana memasang bumbung tembus cahaya pada model kenderaan yang tidak mempunyai ciri-ciri tersebut melalui kedai aksesori kereta. Apabila pengeluar kereta menambah bumbung tembus cahaya pada kenderaan tersebut, mereka mengujinya dengan teliti dan mengambil kira kejuruteraan di sebalik struktur badan kereta tersebut. Selain itu, bumbung tembus cahaya yang dipasang berasingan atau dimodifikasi boleh terdedah kepada kebocoran kerana bumbung tembus cahaya yang sedia ada daripada pengeluar telah dilengkapi saliran air yang khusus.
Pendapat penulis, sekiranya anda ingin memasang bumbung tembus cahaya pada model kereta yang memang tidak mempunyai ciri-ciri tersebut. Pastikan anda mencari individu yang bertauliah dan pastikan barang yang di beli masih dalam keadaan baik kerana kebanyakan pemasangan bumbung tembus cahaya biasanya menggunakan barang – barang yang telah digunakan dan di ambil daripada kedai potong.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
MotoGP™ akan memperkenalkan jentera baharu mulai 2027, dengan peraturan baru yang akan menjadikan sukan ini lebih selamat, lebih mesra alam, dan lebih mengujakan. Mesin baru ini akan lebih relevan dengan jalan raya dan lebih cekap, menyokong kelestarian global, dan direka untuk mencipta perlumbaan yang lebih baik.
Mulai 2027, saiz enjin akan dikurangkan dari 1000cc kepada 850cc. Ini akan mengurangkan kelajuan tertinggi, menjadikan sukan ini lebih selamat, dan meningkatkan jarak perjalanan. Diameter lubang (bore) maksimum juga akan dikurangkan dari 81 hingga 75 millimeter.
Ini menjadikan enjin lebih relevan dengan jalan raya pada masa yang sama memastikan ciri-ciri yang menjadikan MotoGP™ sehebat yang ada. Untuk menjadikan sukan ini lebih daya saing, bilangan maksimum enjin yang dibenarkan untuk setiap pelumba dalam satu musim juga akan dikurangkan, dari tujuh kepada enam.
Seperti yang telah diumumkan sebelum ini, MotoGP™ akan berlumba dengan 100% bahan bakar mesra alam mulai 2027. Sebagai sebahagian daripada peraturan baru, kapasiti tangki bahan bakar juga akan dikurangkan, dari 22 liter kepada 20, dan pelumba akan dibenarkan menggunakan 11 liter semasa Tissot Sprint.
Aerodinamik akan dikurangkan dan lebih dikawal dengan ketat mulai 2027, dengan tujuan untuk meminimakan kesan negatif mereka. Lebar bahagian atas fairing hadapan akan menjadi 50mm lebih sempit, mengurangkan kesan aero di kawasan lurus dan kawasan brek.
Ini akan mencipta perlumbaan yang lebih rapat, manakala aero di belakang pelumba akan menjadi sebahagian daripada homologasi mulai 2027, dan pasukan hanya dibenarkan mengemaskini sekali setiap musim untuk mengawal kos.
Untuk menyamakan peluang lebih lanjut, data GPS dari semua pelumba akan tersedia kepada semua pasukan selepas setiap sesi. Menyediakan data kepada semua pesaing menawarkan peluang lebih baik untuk maju bagi pasukan dan pelumba yang kurang berprestasi.
Akses kepada pelbagai data ini akan membantu menjadikan sukan ini lebih selamat, dan juga akan meningkatkan tahap pandangan yang tersedia kepada peminat di seluruh dunia.
Sistem konsesi semasa, diperkenalkan pada akhir musim 2023, akan diteruskan tetapi apabila peraturan teknikal baru dikuatkuasakan mulai 2027, semua pengeluar akan memulakan musim dalam Rank B. Mereka kemudian akan dinilai semula pertengahan musim, pada musim panas 2027, dan boleh menukar pangkat ke atas atau ke bawah untuk mendapatkan lebih banyak atau kurang konsesi. Sistem yang responsif ini bermakna prestasi pengeluar diambil kira dari hari pertama.
Apa Itu OBD Meter
OBD meter atau OBD digital meter ialah peranti tambahan yang disambungkan ke port OBD (On-Board Diagnostics) pada kenderaan moden. Fungsinya adalah...