Adakah anda sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk mencuci kereta? Gurcharn Sahota, tukang cuci kereta british yang telah menetapkan piawaian baru untuk perkhidmatan pencucian kereta, dengan harga yang mungkin tidak masuk akan iaitu —£7,200 (Anggran RM9,000) untuk satu cucian kereta.

Perkhidmatan Premium untuk Golongan Elit

Gurcharn Sahota hanya menerima tempahan daripada selebriti dan pemilik kereta mewah terkemuka. Pelanggannya terdiri daripada golongan kaya dan terkenal, yang mahukan khidmat cucian kereta yang paling teliti. Setiap cucian kereta adalah sangat bernilai, di mana beliau memastikan tiada butiran kecil yang terlepas pandang.

Gurcharn Sahota, duduk di tempat duduk penumpang Pagani Zonda Cinque sambil memperincikan cermin sisi dengan menggunakan “cotton swab”. Kredit Foto : Website theglobeandmail

Proses Cucian

Untuk mencapai tahap kesempurnaan ini, beliau menggunakan pelbagai teknik dan produk:

  • “Water Jet” Bertekanan Tinggi: Beliau menggunakan model yang berbeza untuk setiap kereta, memilih tekanan yang memastikan pembersihan menyeluruh tanpa merosakkan kenderaan.
  • Agen Pembersih Import: Lebih dari 100 jenis agen pembersih import digunakan, setiap satu dipilih berdasarkan sifat khususnya.
  • “Polish” Kereta Mahal: beliau menggunakan “Polish” kereta yang berharga £8,200 setiap tin.
  • Jubin Seramik Itali Premium: Untuk memastikan debu dan kotoran dapat dilihat dengan jelas, beliau menggunakan jubin import di dalam garajnya.
  • Mikroskop Forensik Profesional: Bernilai £5,00, mikroskop ini digunakan untuk mengesan calar kecil pada kereta mewah yang di cuci oleh beliau.

Baca Juga : Yamaha Nmax Turbo 2024, Generasi Ke-3 Nmax

Komitmen yang Tiada Tandingan

Dedikasi Sahota terhadap kerajinannya jelas kerana beliau menghabiskan masa selama seminggu mencuci Ferrari Enzo yang bernilai jutaan dolar. Walaupun ketika tidur, beliau masih terbayang warna merah yang menawan dari kereta tersebut, membuktikan komitmennya terhadap kesempurnaan.

IKLAN
Beliau mengambil masa 100 jam untuk melengkapkan cucian sebuah kereta Pagani Zonda Cinque. Kredit Foto : Website theglobeandmail

Senarai Menunggu

Walaupun harga yang tinggi dan fakta bahawa ia memerlukan 250 jam untuk mencuci satu kereta, permintaan untuk perkhidmatan beliau sangat tinggi.

Pemilik kereta kaya sanggup menunggu berbulan-bulan untuk temujanji. Tanpa tempahan awal, walaupun kereta mewah seperti Rolls Royce dan Bugatti akan ditolak.

IKLAN

Dalam bidang pencucian kereta, Gurcharn Sahota telah mendefinisikan semula kemewahan, menjadikan perkhidmatannya bukan hanya tentang kebersihan, tetapi satu pengalaman eksklusif untuk golongan elit.

IKLAN

Sumber Artikel : The world’s most expensive car washer!

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI