Ads

Kelebihan dan Kekurangan Memiliki Rim Besar Untuk Kereta

Rim besar kereta kini menjadi antara modifikasi paling popular dalam kalangan peminat automotif. Kalau perhatikan trend modifikasi kereta sekarang, antara perkara paling biasa yang orang akan buat adalah tukar rim kepada saiz lebih besar.

Tak kira hatchback kompak atau sedan biasa, ramai yang sanggup berbelanja lebih semata-mata untuk nampak lebih menarik di jalan raya.

Bila rim dah besar, terus bagi aura berbeza, kereta nampak lebih ‘berisi’ dan ada gaya tersendiri. Tapi di sebalik penampilan itu, sebenarnya ada beberapa sebab kenapa rim besar jadi pilihan, dan dalam masa sama ada juga beberapa perkara yang perlu dikorbankan.

Kelebihan dan Kekurangan Memiliki Rim Besar Untuk Kereta

Trend Modifikasi Yang Mempengaruhi Rim Besar Kereta

Penggunaan rim besar bukan sekadar ikut suka. Ia banyak dipengaruhi oleh trend global dalam dunia automotif. Dalam motorsport dan juga scene modifikasi seperti stance dan fitment, rim besar memainkan peranan penting untuk hasilkan rupa yang lebih agresif.

Bila rim lebih besar dipasang dengan tayar yang sesuai, ruang dalam wheel arch akan nampak penuh dan seimbang. Ini yang buat ramai pemilik rasa kereta mereka lebih ‘complete’ dari segi penampilan.

Penampilan Lebih Sporty Dan Nampak Mahal

Salah satu sebab utama orang pilih rim besar adalah faktor visual. Rim yang lebih besar, digabungkan dengan tayar profil nipis, memang terus ubah karakter kereta. Ia nampak lebih sporty, lebih rendah dan kadang-kadang lebih mahal daripada spesifikasi asal.

Malah, ada kereta yang asalnya nampak biasa, boleh terus nampak premium hanya dengan pertukaran rim. Ini sebab design dan saiz rim memainkan peranan besar dalam keseluruhan imej sesebuah kereta.

Ads

Kelebihan dan Kekurangan Memiliki Rim Besar Untuk Kereta

Respons Stereng Lebih Tepat

Dari sudut pemanduan pula, rim besar biasanya datang dengan tayar yang mempunyai sidewall lebih nipis. Ini bermaksud kurang pergerakan atau ‘flex’ ketika membelok, sekaligus memberikan respons stereng yang lebih terus dan tepat.

Untuk pemandu yang suka rasa kawalan yang lebih tajam, setup seperti ini memang ada kelebihannya. Kereta terasa lebih ‘connected’ dengan jalan, terutamanya ketika mengambil selekoh pada kelajuan sederhana.

Keselesaan Pemanduan Semakin Berkurang

Namun begitu, ada harga yang perlu dibayar. Bila tayar semakin nipis, keupayaan untuk menyerap hentakan juga semakin berkurang. Ini bermaksud setiap lubang kecil, jalan tidak rata atau bonggol akan lebih jelas dirasai dalam kabin.

Dalam keadaan jalan di Malaysia yang tidak sentiasa sempurna, perkara ini boleh jadi agak mengganggu, terutamanya untuk kegunaan harian atau perjalanan jauh dengan rim besar.

Ads

Kelebihan dan Kekurangan Memiliki Rim Besar Untuk Kereta

Risiko Rim Dan Tayar Lebih Tinggi

Selain itu, rim besar juga lebih terdedah kepada kerosakan. Dengan tayar yang nipis, perlindungan terhadap rim menjadi semakin kurang. Jika terlanggar lubang atau permukaan jalan yang kasar, risiko rim bengkok atau retak adalah lebih tinggi berbanding rim bersaiz standard.

Dalam masa sama, tayar juga lebih mudah rosak jika tidak dijaga dengan baik, terutama sekali jika tekanan angin tidak sesuai atau cara pemanduan agak agresif.

Kos Penyelenggaraan Yang Lebih Mahal

Satu lagi perkara yang sering diabaikan adalah kos. Tayar untuk rim besar biasanya lebih mahal, dan semakin nipis profil tayar, semakin tinggi harganya. Bila sampai masa untuk tukar, perbezaan harga boleh jadi agak ketara berbanding tayar saiz asal.

Selain itu, jika rim mengalami kerosakan, kos pembaikan atau penggantian juga bukan murah, terutama untuk rim aftermarket yang berkualiti tinggi.

Ads

Kelebihan dan Kekurangan Memiliki Rim Besar Untuk Kereta

Penggunaan Bahan Api Boleh Terjejas

Walaupun tidak terlalu besar, rim yang lebih besar dan berat boleh memberi sedikit kesan kepada penggunaan bahan api. Ini kerana enjin perlu bekerja lebih untuk memutarkan roda yang lebih berat, terutama dalam pemanduan bandar yang kerap berhenti dan bergerak.

Untuk kereta dengan enjin kecil, kesan ini mungkin lebih dirasai berbanding model dengan kuasa lebih tinggi apabila menggunakan rim besar.

Kesimpulan

Secara ringkas, rim besar memang mampu mengubah penampilan kereta dengan ketara dan memberikan sedikit kelebihan dari segi pengendalian. Namun dalam masa sama, ia datang dengan beberapa kompromi dari segi keselesaan, ketahanan dan juga kos.

Bagi yang mementingkan gaya, rim besar memang pilihan yang menarik. Tetapi untuk kegunaan harian, penting untuk cari keseimbangan supaya kereta bukan sahaja nampak cantik, tetapi masih praktikal untuk digunakan setiap hari.

Baca juga: Tayar Kereta Cepat Haus? Ini Tips Yang Pemandu Tidak Sedar

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

Sime Motors Umum Pemenang BMW 2 Series, Penutup Kempen Ulang Tahun...

Ganjaran Eksklusif Untuk Pelanggan Setia Sime Motors secara rasmi menutup tirai Kempen Hadiah Hebat Ulang Tahun Ke-45 dengan pengumuman pemenang hadiah utama sebuah BMW 2...