Automotif

Prototaip Accord 0 Series, Model Prototaip Elektrik Sedan Honda

Share
Honda telah mengambil langkah berani dalam memperkenalkan model 0 Series, sebuah barisan prototaip elektrik yang berpotensi mengubah persepsi ramai terhadap jenama ini.
Di acara khas di Jepun minggu lalu, Honda mempamerkan dua model prototaip 0 Series yang menarik perhatian.
Antaranya sebuah SUV berdasarkan CR-V dan sedan Accord dengan badan yang lebih pendek.
Bagi mereka yang merindukan rekaan sedan sporty klasik, prototaip Accord ini membawa angin segar yang pastinya menggembirakan peminat automotif.
Kredit Foto : Website thedrive
Sekilas pandang sudah cukup untuk mengesahkan betapa mengagumkannya rekaan baru ini.

Prototaip Accord 0 Series ini benar-benar kelihatan ‘hidup’ dengan gaya yang jauh lebih berani dan dinamik berbanding model sedia ada.

Rekaan Baharu yang Mengangkat Semula Daya Tarikan Accord

Honda Accord yang dijual di pasaran global sejak tahun 2015 dianggap semakin kehilangan identiti sporty yang pernah dimilikinya.

Dengan pertambahan panjang dan dimensi yang lebih besar, ia kelihatan kurang menarik dari segi estetik.

Kredit Foto : Website thedrive

Namun, dengan badan yang lebih pendek, warna hitam yang anggun, dan fender lebar yang direka khas untuk menampung trek roda yang lebih luas, prototaip Accord ini kelihatan lebih segar dan moden.

Penggunaan rim daripada Acura MDX Type S juga menambah elemen sport pada kereta ini.

Menjadikannya sebuah sedan paling bergaya yang pernah dilihat dalam sejarah Accord.

Baca Juga : Honda Accord Milik Warga India di Kanada Mencapai 999,999 Kilometer, Pemilik Mohon Odometer Tujuh Digit daripada Honda

Garisan ‘Cheeky’ dan Proporisi yang Lebih Seimbang

Antara elemen yang paling mencuri tumpuan pada prototaip ini adalah fender depan yang lebih menonjol.

Fender yang direka bentuk mengalir ke bahagian sisi kereta dan menghasilkan rupa hampir seperti kereta ‘muscle’.

Kredit Foto : Website thedrive

Roda besar melengkapkan fender tersebut dengan baik, sementara jarak overhang belakang yang lebih kecil.

Ciri ini mampu memberikan proporsi lebih seimbang berbanding Accord versi pengeluaran.

Dengan rekaan ini, Honda berjaya menghidupkan kembali elemen sporty yang mungkin dirindui oleh peminat lama Accord.

Menghidupkan Semula Legasi Sedan Sporty Honda

Prototaip Accord ini memberikan bayangan tentang potensi reka bentuk masa depan bagi Honda.

Reka bentuk ini yang menggabungkan warisan lama dengan inovasi moden menjadikan sebuah kereta yang mampu mencuri perhatian orang ramai.

Walaupun model ini mungkin tidak akan dilancarkan secara rasmi, ia membuka ruang untuk perbincangan mengenai arah rekaan sedan sporty Honda pada masa akan datang.

Kredit Foto : Website thedrive

Bagi peminat Accord, prototaip ini mengingatkan kita tentang era di mana sedan tidak sekadar untuk keselesaan, tetapi juga untuk keseronokan pemanduan.

Dengan sedikit penambahbaikan dan elemen reka bentuk yang tepat, tidak mustahil untuk Honda membawa semula legasi sedan sporty ke barisan model masa depan.

Prototaip Accord 0 Series ini membuktikan bahawa gaya dan prestasi boleh wujud seiring, menjadikan setiap pemanduan satu pengalaman yang mengujakan.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi