Ads

Proton e.MAS Perkenal Identiti Korporat Baharu di Enam Cawangan Seluruh Malaysia

Konsep Pusat Jualan Proton e.MAS Baharu Tampil Lebih Moden dan Mesra Pelanggan.

Proton e.MAS terus memperkukuh kehadirannya dalam pasaran kenderaan elektrifikasi tempatan menerusi pengenalan identiti korporat atau Corporate Identity (CI) baharu di enam pusat jualannya di seluruh negara.

Pelaksanaan konsep pusat jualan baharu itu menjadi sebahagian daripada strategi pengembangan rangkaian Proton e.MAS, selain bertujuan menawarkan pengalaman pembelian dan pemilikan kenderaan elektrik yang lebih selesa, premium serta berorientasikan pelanggan.

Enam pusat jualan yang telah menerima identiti korporat baharu berkenaan ialah Proton e.MAS Bukit Jalil, Jalan Sultan Ismail, Temerloh, Batu Pahat, Taiping dan Kulim.

Cawangan tersebut masing-masing dikendalikan oleh AJG Mobility, MBf EV Auto, Dunia Auto, Promas EV, BH Autotech dan GB Auto.

Proton e.MAS Perkenal Identiti Korporat Baharu di Enam Cawangan Seluruh Malaysia

Pembukaan enam pusat jualan itu turut menyaksikan rangkaian Proton e.MAS berkembang kepada 58 cawangan di seluruh negara. Operasi berkenaan disokong oleh 45 pusat servis serta 10 pusat Body & Paint bagi menyediakan kemudahan jualan dan selepas jualan yang lebih menyeluruh kepada pelanggan.

Ads

Identiti Korporat Baharu Proton e.MAS Lebih Moden dan Selesa

Identiti korporat baharu Proton e.MAS dibangunkan berteraskan tiga elemen utama, iaitu ringkas, selesa dan inovatif.

Konsep tersebut menampilkan ruang dalaman yang lebih bersih dan kontemporari, sekali gus mencerminkan kematangan Proton e.MAS sebagai sebuah jenama kenderaan elektrifikasi tempatan.

Penggunaan bahan berunsurkan semula jadi, pemilihan warna yang lebih tersusun serta sistem pencahayaan yang ditambah baik membantu mewujudkan suasana lebih mesra dan selesa kepada pelanggan.

Ads

Bahagian hadapan pusat jualan pula menggunakan panel kaca penuh yang membolehkan lebih banyak pencahayaan semula jadi memasuki ruang pameran.

Proton e.MAS Perkenal Identiti Korporat Baharu di Enam Cawangan Seluruh Malaysia

Selain memberi penekanan terhadap aspek visual, reka bentuk baharu itu turut mengambil kira keperluan operasi dan perkembangan rangkaian pada masa hadapan.

Ads

Setiap pusat jualan mempunyai keluasan sekitar 950 hingga 1,400 meter persegi, sekali gus membolehkan lebih banyak model dipamerkan dalam satu-satu masa.

Ruang yang lebih besar juga membolehkan pengedar meningkatkan kapasiti pusat servis, menambah bilangan tenaga teknikal dan mengurangkan tempoh menunggu pelanggan.

Pelaksanaan identiti korporat baharu di enam cawangan itu menjadi satu lagi langkah dalam strategi jangka panjang Proton e.MAS untuk memperkukuh rangkaian jualan, meningkatkan pengalaman pelanggan serta mempercepatkan penerimaan kenderaan elektrik di Malaysia.

Baca Juga : Proton e.MAS Terus Pacu Pasaran Elektrifikasi Negara

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

Aksi Sengit di Sepang, Kejuaraan Vios Gold Championship Ditentukan Oktober Ini

Toyota GAZOO Racing Malaysia Vios Gold Championship Pusingan 3 Penuh Kejutan Pusingan ketiga Toyota GAZOO Racing Malaysia Vios Gold Championship menyaksikan perebutan kejuaraan semakin terbuka...