Bayangkan ketika anda memandu ketika hujan dan secara tiba-tiba power window kereta anda tidak berfungsi, pasti akan mengundang perasaan panik dan cemas. Kebanyakkan kereta yang berusia lima tahun ke atas kerap kali mengalami masalah ini. Namun, dengan pemeriksaan berkala dan sedikit ilmu mengenai komponen-komponennya, anda boleh mengatasi masalah ini dengan lebih mudah.
1. Periksa dan Ganti Fius
Langkah pertama dalam menangani masalah power window adalah memeriksa fiusnya. Fius memainkan peranan penting dalam melindungi litar elektrik dengan memutus aliran elektrik apabila berlaku litar pintas. Tukar fius yang rosak dan lakukan pemeriksaan sekiranya punca masalah tersebut adalah daripada fius. Jika power window masih tidak berfungsi, kemungkinan besar terdapat masalah pada komponen lain.
2. Semak Voltan dan Suis Power Window
Jika penggantian fius tidak menyelesaikan masalah, langkah berikutnya adalah memeriksa sistem elektrik power window. Semak voltan bateri untuk memastikan aliran kuasa yang mencukupi ke litar. Jika voltan stabil tetapi power window masih tidak berfungsi, kemungkinan masalah terletak pada suis. Suis yang rosak sering disebabkan oleh litar pintas yang mungkin telah menyebabkan komponen tersebut terbakar dan perlu diganti.
Baca juga artikel https://rodapanas.my/automotif/lapan-perlumbaan-motorsport-paling-berbahaya-di-dunia/
3. Periksa Motor Power Window dan Regulator
Setelah memastikan bahawa masalah tidak berkaitan dengan arus elektrik atau suis, langkah seterusnya adalah memeriksa motor dan regulator power window. Kedua-dua komponen ini bertanggungjawab dalam menggerakkan cermin untuk naik dan turun.
Motor yang lemah atau regulator yang rosak dapat menyebabkan cermin tidak bergerak dengan lancar. Pemeriksaan ini mungkin memerlukan penggantian beberapa bahagian yang telah mengalami kerosakan.
Tetapi sekiranya masalah ini tidak dapat diselesaikan, anda boleh terus ke bengkel kereta berhampiran untuk pemeriksaan. Semoga informasi ini bermanfaat untuk anda sekiranya anda ingin membaiki kerosakkan tersebut sendiri.
Sumber artikel daripada laman sesawang https://www.maskulin.com.my/
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.