Jika anda sedang mencari sebuah kereta ‘keluarga’ empat pintu yang pantas. Kami syorkan model eksekutif super-saloon dari Porsche, iaitu Porsche Panamera generasi ketiga ini. 

Porsche Panamera terbaharu ini telah mencipta rekod baharu bagi kereta eksekutif di Litar Nurburgring dengan catatan masa 7:24.172 minit. Lima saat lebih pantas berbanding model Turbo S terdahulu. 

Walaupun Porsche tidak mendedahkan secara khusus versi Panamera yang mencatat rekod ini. Menurut pemandu ujian Lars Kern, kereta tersebut mewakili model teratas yang akan datang. 

Porsche Panamera Super-Saloon Dengan Rekod Baharu!

Kemungkinan Nama dan Spesifikasi

Kemungkinan besar, model ini akan dinamakan sebagai Turbo S E-Hybrid atau Turbo GT E-Hybrid. Memandangkan pendahulunya dinamakan versi Turbo S dan dikuasakan oleh “enjin lapan silinder yang disokong secara elektrik”.

Ia juga dilengkapi dengan suspensi Active Ride, yang memerlukan kuasa tambahan daripada sistem plug-in hibrid Panamera untuk beroperasi. Jadi model baharu ini bukanlah mild-hibrid.

Lars Kern berjaya mencatat masa baharu ini dengan memecahkan rekod yang dibuatnya sendiri pada Julai 2020 dengan Panamera Turbo S sebelumnya.

Rekod itu kemudian dipecahkan oleh Mercedes-AMG GT63 dengan pusingan 7:27.80 minit. Namun, kini Kern telah meletakkan Panamera baharu di atas dengan masa 3.63 saat lebih pantas.

Ads

Porsche Panamera Super-Saloon Dengan Rekod Baharu!

Rekaan dan Teknologi Terkini

Menurut Porsche, Panamera yang mencipta rekod ini dilengkapi dengan tempat duduk set perlumbaan dan roll cage untuk keselamatan. Walaupun begitu, kereta ini hampir sama dengan versi yang akan dijual di bilik pameran. 

Beberapa pilihan kilang telah dipasang termasuk Carbon Aerokit untuk keseimbangan aerodinamik yang lebih baik. Tayar Michelin Pilot Sport Cup 2 21 inci dan sistem Active Ride baharu. 

Sistem Active Ride ialah pilihan pada Panamera yang lebih murah dan merupakan kunci kepada masa pusingan yang lebih baik berbanding model sebelumnya. 

Sistem ini, yang turut ditawarkan pada Porsche Taycan. Menggunakan ‘air spring’ yang direka untuk kestabilan selekoh dan brek yang lebih pantas serta membolehkan pemanduan yang selesa pada kelajuan yang lebih perlahan. 

Ads

Selepas enam tahun pembangunan, Active Ride membuktikan keupayaannya dalam meningkatkan prestasi Panamera.

Porsche Panamera Super-Saloon Dengan Rekod Baharu!

Rangkaian Kuasa dan Prestasi

Panamera yang tidak didedahkan versinya ini akan menjadi varian utama dalam barisan generasi baharu dan yang terakhir menggunakan enjin petrol. 

Rangkaian teratas semasa ialah Turbo E-Hybrid pacuan semua roda. Dikuasakan oleh petrol turbo berkembar 4.0 liter V8 dengan motor elektrik 187 hp dan bateri 25.9 kWh untuk jumlah output 670 hp dan 930 Nm tork.

Ads

Walaupun angka kuasanya 20 hp kurang daripada Turbo S E-Hybrid sebelumnya. Tork meningkat 60 Nm untuk pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.2 saat dan kelajuan tertinggi 315 km/j yang dihadkan secara elektronik.

Porsche Panamera generasi ketiga ini bukan sahaja menawarkan prestasi luar biasa, tetapi juga membawa teknologi terkini dan rekaan yang menawan. Ia merupakan pilihan terbaik bagi mereka yang mencari kereta eksekutif yang mampu memberikan pengalaman pemanduan yang pantas dan dinamik.

Dari Careta

Baca Porsche Macan Baharu, Harga Bermula RM 430,000

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI