
Perodua hari ini menandakan satu detik penting dalam industri automotif negara dengan pelancaran Perodua QV-E, model elektrik pertama yang dibangunkan sepenuhnya di Malaysia.
Projek ini bermula selepas mandat kerajaan pada 2023 untuk menjadikan Perodua sebagai peneraju pembangunan EV nasional, dan hanya satu varian diperkenalkan pada harga RM80,000 tidak termasuk insurans.
Perodua QV-E bukan sekadar adaptasi model sedia ada, sebaliknya dibangunkan dari sifar dengan kerjasama teknikal Magna Steyr dari Austria firma kejuruteraan global yang terkenal membangunkan platform untuk banyak pengeluar premium. Bateri pula dibekalkan CATL, salah satu pemain paling besar dalam industri EV.
Perodua menyatakan sebanyak RM800 juta dilaburkan untuk projek berkod P01A ini, dengan keseluruhan kerja R&D melibatkan 266,000 jam tenaga kerja.
Hasilnya, semua aspek platform dan Intellectual Property (IP) dimiliki sepenuhnya oleh Perodua, menjadikan Perodua QV-E model “ground-up” sebenar dan bukan rebadge.
Ia mula dipasang di Smart Mobility Plant Perodua di Sungai Choh, manakala kapasiti tambahan akan disokong oleh Tan Chong Motor di Serendah.
Tahap lokalisasi komponen bermula pada 50% untuk 2026 dan disasarkan mencapai 70% menjelang 2030, melibatkan lebih 70 pembekal tempatan.
QV-E ialah kenderaan penumpang terbesar Perodua setakat ini (selain SUV dan MPV). Dimensinya:
Berbanding Myvi, QV-E lebih panjang, lebih lebar dan jauh lebih berat, serta mempunyai jarak roda lebih panjang sebanyak 180 mm.
Rekaannya mengambil pendekatan sportback sesuatu yang belum pernah digunakan Perodua sebelum ini. Lampu hadapan nipis dengan jalur LED penuh, bampar bersegi, lampu belakang bersambung lebar penuh, serta rim 18-inci menjadikan QV-E tampil lebih agresif dan moden.
Pintu belakang menggunakan pemegang tersembunyi, manakala emblem belakang turut berfungsi sebagai pemegang pintu.
Platform modular baharu yang dibangunkan bersama Magna Steyr ini direka supaya mampu menyokong pelbagai jenis kenderaan:
Platform sama boleh disesuaikan untuk EV, REEV dan hibrid, membolehkan Perodua membangunkan lebih banyak model elektrik selepas ini.
Bahagian dalaman membawa pendekatan yang jauh lebih premium berbanding model Perodua lain:
QV-E juga dilengkapi lampu sekuensial dan dua unit projektor LED bagi pencahayaan hadapan.
Motor elektrik tunggal menghasilkan:
Bateri LFP CATL 52.5 kWj memberikan jarak 445 km mengikut piawaian NEDC.
Untuk pengecasan:
Perodua QV-E menggunakan model langganan bateri “Battery as a Service” (BaaS). Pelanggan hanya membeli kenderaan, manakala bateri dilanggan pada kadar RM275 sebulan selama sembilan tahun. Insurans bateri ditanggung Perodua, dan bateri dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat itu.
Jaminan:
Jika EV dijual semula melalui Perodua POV, pemilik baharu hanya perlu memperbaharui kontrak langganan bateri.
Contoh anggaran ansuran bulanan (kadar faedah 2.5%, 9 tahun):
Senarai keselamatan termasuk:
Ciri-ciri ini meletakkan Perodua QV-E sebagai model Perodua paling lengkap dari segi keselamatan.
Perodua QV-E disasarkan kepada pembeli dalam kumpulan pendapatan pertengahan dan tinggi, terutamanya keluarga muda, pengguna urban dan pembeli kereta pertama yang mahukan EV dengan kos pemilikan lebih rendah.
Sasaran awal ialah 500 unit sebulan, meningkat kepada 3,000 unit sebulan selepas tahun pertama.
Hanya satu varian ditawarkan dengan dua warna, Ice Blue dan Caviar Grey, dan buat permulaan, ia hanya dijual di sembilan cawangan terpilih termasuk Glenmarie, Putrajaya, Juru, Johor Bahru, Kuantan dan Kota Bharu.
Baca juga: Apa Itu Apple CarPlay dan Bagaimana Ia Berfungsi?
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.