Pengembara tempatan, Jack Voon Kuet Fei nekad untuk memulakan misi keliling dunia secara solo dengan sebuah Perodua Kenari yang berusia 20 tahun. Menyimpan impian ini sejak kecil, Jack memulakan perjalanan epiknya di Bandar Kuantan pada Rabu kelmarin.
“Misi solo ini telah menjadi fokus saya selama lima tahun ini,” kata Jack, yang merupakan anak kelahiran Sarawak. “Saat kecil, saya selalu membayangkan betapa luasnya dunia ini, tapi pengetahuan tentang negara-negara luar hanya saya dapat melalui TV, majalah, dan surat kabar. Dari situlah muncul keinginan untuk mengelilingi dunia, tapi saya sedar bahawa ini sesuatu yang mencabar.”
Upacara pelepasan diuruskan oleh Persatuan Eksplorasi dan Kembara Malaysia bersama Persatuan Perdagangan dan Pelaburan Guanxi Pahang turut di iringi oleh Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Leong Yu Man.
Cabaran Sebelum Pengembaraan
Jack mengakui, dia hampir menyerah diri untuk mewujudkan impian itu kerana kesibukan kerja. “Ketika saya memasuki usia 40-an, saya merasa ‘patah hati’ kerana terlalu sibuk dengan pekerjaan. Jadi saya fikir, saya harus merealisasikan apa yang selama ini saya impikan, iaitu keluar dan melihat dunia serta mengenali lebih banyak budaya di negara lain.
“Sejak dari itu, saya mula menabung dan selama empat tahun, saya hanya fokus bekerja tanpa menghabiskan waktu bersama rakan-rakan.”
Ads
Mengenai pilihan jenteranya, pengembara ini menjelaskan Perodua Kenari dipilih kerana faktor ekonomi dan keselamatan. “Kenderaan ini sudah disiapkan dengan sempurna, termasuk pemulihan enjin, cat baharu, dan dilengkapi dengan beberapa peralatan ‘survival’ seperti panel solar dan bateri tambahan.
Bagi saya, kenderaan ini adalah pilihan yang paling sesuai. Sebabnya, risiko lebih rendah jika dibandingkan dengan kereta 4×4 atau modifikasi yang ketara apabila memasuki negara lain.”
Perjalanan ini dirancang untuk merangkumi jarak sekitar 200,000 kilometer, melintasi lebih dari 100 negara, dan dianggarkan akan mengambil masa hingga tiga tahun. “Jika semuanya berjalan lancar, saya harap dapat kembali ke tanah air pada Mei 2027,” ulas Jack.
Dalam tempoh sebulan sejak pelancarannya pada pertengahan Julai lalu, Great Wall Motor (GWM) Malaysia telah berjaya menyerahkan 100 unit pertama GWM TANK 300 kepada para pelanggan.
Pencapaian ini memberi respons positif bagi sebuah SUV ‘off-road’ pintar dan mewah, terutamanya selepas mendapat perhatian meluas daripada media tempatan dan komuniti pemanduan ‘off-road’ di Malaysia.
GWM & Pelanggan Berkata
Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui An Qi, meluahkan rasa gembira dengan sambutan yang memberangsangkan; “Pencapaian ini bukan sahaja mengukuhkan kepercayaan orang ramai terhadap jenama GWM, malah membuktikan sokongan dan keyakinan utuh terhadap produk kami yang berkualiti tinggi.”
Semasa acara penyerahan GWM TANK 300, pemilik ke-100, Profesor Dr. Steven Leow, berkongsi pengalamannya. Beliau berkata, “Sebagai seorang peminat kereta, GWM TANK 300 yang lasak ini benar-benar menarik perhatian saya dengan spesifikasi dan teknologinya yang luar biasa. Saya tidak pernah menyangka kenderaan ‘off-road’ mampu menawarkan keselesaan yang setanding dengan kereta sedan.
GWM TANK 300 ternyata menjangkaui jangkaan. Lebih-lebih lagi dengan ciri-ciri teknologi pintarnya seperti L2 ADAS, pengecasan tanpa wayar. Serta casis lutsinar yang memenuhi pelbagai keperluan gaya hidup moden.”
Ganjaran Eksklusif GWM Tank 300
Sebagai tanda penghargaan, GWM Malaysia menawarkan pelbagai ganjaran eksklusif kepada 300 pemilik pertama model ini.
Ganjaran tersebut termasuk jaminan seumur hidup untuk Enjin dan Transmisi kenderaan (terhad kepada pemilik pertama). Penyelenggaraan PERCUMA selama 5 tahun, termasuk kos buruh dan alat ganti. Berdasarkan setiap 10,000 km atau 6 bulan, mengikut mana yang terdahulu.
Selain itu, pemilik juga akan menerima beg sandang Paramount Thule bernilai RM999 dan Baucar Kit Pengembaraan Thule bernilai RM8,000.
Acara Lain Tank 300
GWM Malaysia juga mengumumkan destinasi keduanya untuk siri Go Adventure with GWM TANK. Di mana pemilik bertuah yang melengkapkan pendaftaran kenderaan selewat-lewatnya pada 12 September 2024 akan berpeluang memenangi sebuah percutian pengembaraan ke Gurun Alxa. Salah satu padang pasir yang paling mencabar dan menakjubkan di dunia.
Bagi yang berminat dengan model ini, maklumat lanjut boleh didapati di: [https://www.gwm.com.my/TANK300.html](https://www.gwm.com.my/TANK300.html).
Enam buah feri ikonik yang pernah menjadi simbol perhubungan utama antara Pulau Pinang dan tanah besar kini berdepan risiko dilupuskan.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, menjelaskan bahawa keadaan struktur feri-feri ini semakin uzur dan tidak lagi sesuai untuk kegunaan pengangkutan.
“Saya difahamkan bahagian bawah feri tersebut sudah reput, kalau tak ada orang berminat untuk ambil alih, ia tidak boleh disimpan selamanya,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Karnival UDA 2024@Penang di tapak parkir Gravitas Jalan Baru Prai, di sini, pada Ahad.
Peluang Pemuliharaan dan Kekangan Kos
Meskipun Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) telah membuka tender untuk cadangan mengubah suai kegunaan feri-feri ini, maklum balas yang diterima setakat ini belum mencukupi.
Chow menyebut bahawa dua daripada feri tersebut mungkin masih boleh diselamatkan—satu yang dimiliki oleh Ideal Property dan satu lagi yang dirancang untuk dijadikan muzium di Tanjung Marina.
Namun, Chow berkata, “SPPP banyak menerima cadangan agar ia kekal digunakan tetapi setelah meneliti kos, bukan senang untuk mengekalkan feri bagi kegunaan perkhidmatan pengangkutan awam tetapi kalau kegunaan lain boleh dipertimbang.”
Keputusan Pelupusan dan Insiden Terkini
Pengerusi SPPP, Datuk Yeoh Soon Hin, menegaskan bahawa pihaknya memutuskan untuk melupuskan feri-feri ini dengan kadar segera kerana kerja-kerja pembaikan tidak dapat dilaksana susulan pereputan yang serius dan tidak boleh diapungkan.
Ini termasuk insiden terbaru di mana Feri Pulau Kapas karam akibat kebocoran yang tidak dapat diperbaiki.
SPPP telah memajak feri ikonik kepada beberapa syarikat yang layak untuk dijadikan produk pelancongan negeri pada 2021 namun hasrat menjadikan Feri Pulau Kapas sebagai restoran terapung gagal direalisasi susulan ketidakpatuhan pemajak terhadap perjanjian dan pajakan ditamatkan pada Februari 2023.
Penutupan Lembaran Sejarah Maritim Pulau Pinang
Perkhidmatan feri ikonik ini telah dihentikan pada tahun 2020 setelah lebih 126 tahun beroperasi, digantikan oleh bot laju untuk penumpang individu serta feri khusus untuk motosikal dan basikal.
Penutupan perkhidmatan feri ini menandakan berakhirnya satu era penting dalam sejarah maritim Pulau Pinang, yang penuh dengan nostalgia dan kenangan bagi penduduk tempatan dan pengunjung.
Cycle & Carriage Malaysia kini mempamerkan barisan kenderaan terbaharu dari jenama PEUGEOT di Sunway GEO Avenue.
Roadshow yang berlangsung selama dua bulan ini turut meraikan kerjasama strategik antara Cycle & Carriage dan Stellantis Malaysia.
Anda berpeluang melihat secara dekat model terbaharu PEUGEOT yang dipamerkan, termasuk PEUGEOT 408 fastback crossover, SUV PEUGEOT 3008 dan 5008 dan PEUGEOT Landtrek.
Kesemua model ini direka untuk memenuhi keperluan pelbagai gaya hidup, sambil mengekalkan komitmen PEUGEOT terhadap inovasi, prestasi, dan rekaan yang menawan.
Tawaran Eksklusif Menanti Pembeli
Roadshow ini turut menawarkan promosi eksklusif bagi mereka yang ingin memiliki kenderaan PEUGEOT.
Cycle & Carriage memberikan diskaun menarik sehingga RM42,000 pada beberapa model terpilih.
Pembeli PEUGEOT 3008 boleh menikmati penjimatan sehingga RM40,000, manakala PEUGEOT 5008 pula menawarkan diskaun tertinggi sehingga RM42,000.
Selain itu, PEUGEOT Landtrek turut menawarkan penjimatan sehingga RM30,000.
Setiap pembelian kenderaan PEUGEOT semasa roadshow ini disertakan dengan lima tahun penyelenggaraan percuma untuk alat ganti.
Bagi PEUGEOT 3008 dan 5008, kenderaan tersebut dilengkapi dengan jaminan selama tujuh tahun, manakala PEUGEOT Landtrek didatangkan dengan jaminan lima tahun.
Perkhidmatan Selepas Jualan & Pengembangan Cawangan
Selain daripada tawaran menarik semasa roadshow ini, pelanggan juga boleh menantikan pembukaan semula cawangan Cycle & Carriage di Batu Caves dan George Town.
Kedua-dua cawangan ini akan menyediakan perkhidmatan selepas jualan khusus untuk pelanggan PEUGEOT.
Cycle & Carriage juga merancang untuk membuka lebih banyak cawangan di seluruh negara.
Mereka juga menawarkan perkhidmatan selepas jualan yang lebih meluas untuk jenama di bawah Stellantis Malaysia.
Jangan Lepaskan Peluang
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri barisan kenderaan terbaharu dari PEUGEOT di pameran Cycle & Carriage ini.
Datanglah ke Sunway GEO Avenue sebelum 16 November 2024 untuk mendapatkan tawaran eksklusif dan menikmati pengalaman PEUGEOT yang penuh gaya.
Maklumat Pameran
Tarikh: 16 September – 16 November 2024
Lokasi: Sunway GEO Avenue, sebelah Sunway GEO Tower
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Dalam dunia insurans kenderaan, terdapat perbezaan insurans yang sering disebut, iaitu insurans First Party dan insurans Third Party.Kedua-dua jenis perlindungan ini mempunyai fungsi dan...