Bayangkan anda memiliki Honda Civic FK8 Type R Mugen yang tidak berdaftar hanya dengan pembelian tiket dan tambahan RM28! Ini adalah peluang keemasan bagi pengunjung Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL) 2024.
Pameran ini akan berlangsung dari 8 hingga 10 November 2024 di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC).
Kereta ini merupakan hadiah utama cabutan bertuah TASKL dan merupakan kolaborasi antara Element X Strategies sebagai pemegang lesen rasmi Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur dan The House of Type R.
Model Honda Civic FK8R Type R Mugen
ini adalah keluaran tahun 2019. Dilengkapi enjin VTEC 2.0L turbocharged dengan kuasa 318hp dan tork 400Nm.Dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan. Kereta ini juga telah ditambah baik dengan modifikasi seperti kit badan Mugen, tombol gear Mugen, lampu belakang Mugen, rim TE37 Rays 20 inci, dan sistem ekzos aftermarket.
Cabutan bertuah akan diadakan pada 10 November 2024 jam 8 malam. Sekiranya pemenang tidak hadir, panggilan telefon akan dilakukan.
Jika tiga panggilan tidak dijawab, pihak penganjur berhak memilih pemenang lain. Pemenang mesti menjawab tiga soalan mudah dengan betul untuk memenangi kereta ini.
Semua kos pendaftaran, termasuk insurans, cukai jalan, dan kos tambahan lain, akan ditanggung oleh pemenang.
Tiket boleh dibeli secara dalam talian di https://tickets.tokyoautosalonkl.com/ atau di MITEC pada hari acara sebelum 6 petang pada 10 November.
Pembeli tiket boleh menambah RM28 untuk layak menyertai cabutan bertuah ini. Harga tiket harian adalah
RM60 atau RM120 untuk pas 3 hari.Tiket untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun berharga RM30 sehari atau RM60 untuk pas 3 hari.
Manakala kanak-kanak di bawah 6 tahun masuk percuma. Orang kurang upaya (termasuk seorang penjaga) layak mendapat potongan 50% daripada harga tiket.
Terdapat juga tiket Express Lane berharga RM80 sehari untuk memintas barisan serta VIP Pass berharga RM150 sehari, yang memberikan akses ke lounge VIP.
Bagi yang mahukan pengalaman lebih eksklusif, pas Black Tag berharga RM1,500 menawarkan akses selama 3 hari ke TASKL 2024, parkir valet percuma, akses ke lounge Black Tag, merchandise eksklusif, pertemuan dengan Race Queens Jepun dan Malaysia, dan banyak lagi.
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur
Merupakan satu-satunya acara yang diadakan di luar Jepun, berkonsepkan acara tahunan Tokyo Auto Salon yang terkenal di Jepun.
Tahun lepas, lebih daripada 91,000 peminat kereta menghadiri acara ini yang meliputi 130,000 kaki persegi, menampilkan pelbagai kereta modifikasi dan tuner terkenal seperti Top Secret, Spoon, HKS, dan Greddy.
Tahun ini, ruang pameran akan diperluas hingga 170,000 kaki persegi dengan paparan yang lebih memukau.
Untuk maklumat lanjut, layari www.tokyoautosalonkl.com atau ikuti platform media sosial Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur di Facebook, Instagram, dan TikTok.
Baca Juga Honda Perkenal Edisi Khas WR-V, Terhad 99 Unit
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.