Dalam usaha mempertingkatkan pengalaman pengguna kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, EVC Connection (EVC) hari ini melancarkan ciri AutoCharge secara rasmi melalui aplikasi JomCharge mereka.

Inovasi ini menawarkan kemudahan pengecasan yang lebih lancar dan efisien di lebih 200 lokasi pengecasan yang menyokong fungsi AutoCharge.

Sebelum ini, beberapa pengguna Chery Omoda telah diberi peluang untuk mencuba ciri ini, namun pendaftaran adalah secara manual dan terhad kepada beberapa pengecas ujian sahaja.

Pelancaran Rasmi AutoCharge oleh EVC Memudahkan Pengecasan EV di Lebih 200 Lokasi

Dengan pelancaran rasmi ini, semua pengguna kini boleh mengaktifkan AutoCharge melalui aplikasi JomCharge di mana-mana lokasi pengecasan yang menyokong fungsi ini.

Ads

AutoCharge membolehkan pengguna EV hanya perlu memasukkan pengecas ke dalam kenderaan mereka tanpa perlu menggunakan telefon bimbit atau mengimbas kod QR.

Pengecas akan secara automatik mengenali ID kenderaan dan memulakan proses pengecasan. Pembayaran akan dikenakan secara automatik kepada kad pembayaran yang didaftarkan pada aplikasi JomCharge.

Pelancaran Rasmi AutoCharge oleh EVC Memudahkan Pengecasan EV di Lebih 200 Lokasi

Ads

Permintaan tinggi daripada pengguna EV mendorong pasukan R&D EVC untuk mengembangkan kemampuan ini ke rangkaian pengecas JomCharge mereka. Pada masa ini, ciri ini hanya terbuka kepada pengguna Chery dan GAC Aion, namun EVC sedang giat berusaha untuk menjalin kerjasama dengan lebih banyak pengeluar kenderaan bagi membolehkan lebih ramai pengguna menikmati kemudahan ini.

Pengarah urusan EVC, Ir. Lee Yuen How, menyatakan, “EVC berbesar hati memperkenalkan ciri AutoCharge kepada pengguna EV di Malaysia. Sebagai pengguna EV sendiri, saya percaya AutoCharge oleh JomCharge adalah langkah tepat ke arah pengecasan yang lebih mudah dan lancar.”

Pengarah teknikal EVC, Dr. Che Hang Seng, menambah, “Maklum balas daripada pengguna menunjukkan keperluan untuk kaedah pengecasan EV yang lebih automatik dan mudah, terutama dengan jumlah aplikasi pengecasan EV yang semakin banyak. Kami bangga dapat memperkenalkan ciri baharu ini yang memastikan pengalaman pengguna yang lebih baik.”

Ads

Bagi pengguna EV yang ingin mengaktifkan ciri AutoCharge, mereka boleh mencari pengecas yang menyokong fungsi ini melalui AutoCharge filter dalam aplikasi JomCharge.

Setibanya di lokasi pengecas, pengguna hanya perlu mengklik aktifkan pada bahagian Akaun dalam aplikasi JomCharge mereka dan mengikuti arahan di skrin. Panduan langkah demi langkah yang lebih terperinci juga boleh didapati di laman YouTube rasmi EVC.

Dengan pelancaran rasmi ini, EVC terus komited dalam mempertingkatkan kemudahan pengecasan EV di Malaysia, menjadikan pengalaman pengguna lebih mudah dan efisien.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.  

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI