Sekiranya memandu motosikal ketika hujan, perkara pertama yang akan anda lakukan adalah memakai kelengkapan baju hujan supaya pakaian anda tidak basah.

Namun, berbeza pula memandu motosikal dalam keadaan cuaca yang panas, apakah yang perlu anda lakukan untuk memastikan anda tidak terdedah secara terus kepada cahaya matahari terutama kepada ibu bapa yang menggambil anak pulang daripada sekolah dengan membonceng motosikal?

Payung Motosikal, Perlindungan Ketika Cuaca Panas dan Hujan
Kredit foto: Shopee

Ketika penulis melakukan carian di sebuah platform membeli-belah secara dalam talian, penulis telah terjumpa satu produk yang sangat menarik dan hasil penelitian produk ini banyak digunakan di negara China dan juga Thailand. Produk yang dimaksudkan adalah sebuah payung yang dipasang pada motosikal dan mempunyai bumbung seperti sebuah kereta.

Produk ini mengunakan bahan nylon yang sudah pasti direka untuk kalis air, namun payung motosikal ini perlu dipasang sendiri oleh pembeli dan memerlukan sedikit modifikasi bergantung kepada jenis motosikal. Produk ini boleh bertahan pada kelajuan 70km/j dan jika anda memandu melebihi had laju yang ditetapkan, kemungkinan besar anda akan tiba ke lokasi tanpa payung tersebut.

Tetapi bagi pendapat penulis, produk ini mempunyai kelebihan dan kekurangan jadi di sini penulis ingin berkongsi kepada pembaca agar anda boleh mengetahui adakah produk ini sesuai untuk dibeli atau tidak.

Payung Motosikal, Perlindungan Ketika Cuaca Panas dan Hujan
kredit foto : bukalapak.com

Kelebihan:
1. Dapat menghindarkan penunggang dan pembonceng motosikal daripada cuaca panas dan hujan. Sangat sesuai untuk ibu bapa yang mengganmbil anak sekolah atau untuk orang tua pergi ke masjid menunaikan solat.

 

  1. Sesuai dipasang pada kebayakan motosikal kapcai kerana produk ini pada asalnya direka untuk skuter elektrik tetapi ramai yang telah menggunakn produk ini pada motosikal kapcai.

 

  1. Mudah untuk dipasang. Produk ini tidak memerlukan kepakaran daripada mekanik kerana anda boleh memasang produk ini sendiri.

 

  1. Terhindar daripada serangga. Membawa motosikal pada waktu senja agak merbahaya terutama untuk ibu dan ayah kita yang hendak ke masjid kerana pada waktu ini banyak serangga yang beterbangan dan kerap masuk ke dalam mata ketika memandu.

 

  1. Terhindar daripada debu di jalanraya yang boleh memedihkan mata dan mengotorkan baju.

 

  1. Walaupun hujan telah berhenti, memandu motosikal dalam keadaan jalan yang basah juga boleh mengotorkan pakaian anda kerana percikkan daripada lopak air. Produk ini boleh melindungi pakaian anda terutama untuk pergi bekerja.

 

Kekurangan:

1.Mungkin salah di sisi undang-undang jalan raya kerana produk ini mungubahkan keseluruhan bentuk motosikal daripada segi ketinggian dan jarak pengelihatan

 

  1. Produk ini tidak sesuai untuk kegunaan di lebuhraya atau jalan raya yang mempunyai trafik yang sesak. Hal ini demikian kerana rintangan angin daripada kenderaan yang lebih besar boleh menyebabkan anda hilang kawalan ketika memandu.

 

  1. Anda tidak lagi perlu menyarung baju hujan terutama kepada anak-anak yang telah memakai uniform persekolahan. Produk ini lebih praktikal dan memudahkan pengguna.

 

  1. Produk ini boleh mengganggu jarak penglihatan anda kerana reka bentuknya yang agak tertutup dan berbahaya ketika hujan kerana ia tidak mempunyai pengelap cermin untuk membersihkan titisan air hujan.

 

  1. Daripada aspek keselamatan mungkin agak merbahaya kerana produk ini boleh menghalang penglihatan penunggang di bahagian belakang untuk memotong anda.
Payung Motosikal, Perlindungan Ketika Cuaca Panas dan Hujan
Kredit foto : otomania.gridoto.com

Pendapat penulis, mungkin produk ini ada kekurangannya tetapi secara praktikal produk ni sesuai digunakan dalam radius 2 atau 3 kilometer sahaja, hanya sesuai digunakan di kawasan kampung atau kawasan pedalaman yang tidak mempunyai jumlah trafik yang tinggi serta untuk kegunaan ketika cuaca panas sahaja kerana penggunaan ketika waktu hujan agak berbahaya kerana jarak penglihatan menjadi terhad.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok. 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI