Dalam industri automotif premium dan mewah, Mercedes-AMG GLE 53 4MATIC+ Coupé merupakan sebuah penyatuan cemerlang antara kuasa, keunggulan, dan teknologi terkini.

Model hebat ini menggabungkan prestasi pembakaran enjin dengan tenaga elektrik yang canggih, mencipta pengalaman pemanduan yang benar-benar mempesonakan.

Dikuasakan oleh enjin berkapasiti 2,999cc, model ini memberikan prestasi yang mencukupi untuk memenuhi keperluan pemanduan anda. Kuasa yang terhasil dari  enjin 3.0 liter berkonfigurasi segi enam sebaris dengan pengecas turbo Twin-scroll, mencecah 320 kW (435 hp).

Dengan bantuan penambahbaikan perisian serta pengecas turbo yang lebih besar, bahagian pembangunan AMG berjaya meningkatkan tork maksimum dari 520 Nm kepada 560 Nm. Pecutan dari 0 hingga 100 km/j juga lebih dinamik, hanya mengambil masa 5.0 saat (sebelum ini 5.3 saat).

Nikmati Pengalaman Pemanduan yang Luar Biasa Bersama Mercedes GLE 53 Coupé

Enjin juga turut dielektrifikasi melalui Penggera Pemula Terintegrasi (ISG) dan sistem elektrik 48 volt. ISG menggabungkan penggera dan alternator dalam satu motor elektrik bertenaga, dipasang di antara enjin dan transmisi.

Hasil teknologi AMG ACTIVE RIDE CONTROL, gerakan menggelongsor kekal pada tahap minimum, dan penumpang dapat menikmati keselesaan pemanduan yang premium.

Tidak lupa juga peranan motor elektrik 15kW yang memberikan daya tambahan seterusnya membantu mencapai kelajuan maksima sehingga 250 km/j, GLE 53 Coupé membuktikan bahawa kekuatan dan prestasi adalah sebahagian daripada DNA-nya.

Harga runcit yang dicadangksn untuk pasaran Malaysia ditawarkan bermula dari RM 873,888 (tanpa insurans). Mercedes-AMG GLE 53 4MATIC+ Coupé adalah lambang keselesaan dan prestasi, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk mereka yang mencari pengalaman pemanduan yang luar biasa. Dengan kombinasi kuasa dan teknologi yang mengagumkan, model ini pasti akan memenuhi harapan anda dalam setiap aspek.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI