Hari ini melalui capaian media sosial facebook MYAirline, syarikat penerbangan tambang murah itu telah mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan sementara semua operasi penerbangan mereka. Keputusan ini berkuat kuasa serta-merta sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Pengurusan syarikat penerbangan memaklumkan, cabaran kewangan yang mendesak sebagai alasan utama untuk langkah drastik ini.
Kongsi syarikat tersebut dalam kenyataan yang dikeluarkan, “Kami sangat kesal dan meminta maaf kerana terpaksa membuat keputusan ini kerana kami memahami kesannya terhadap penumpang, pekerja dan rakan kongsi kami yang setia.
“Kami telah berusaha sehabis baik untuk meneroka pelbagai pilihan perkongsian dan peningkatan modal untuk mengelakkan penangguhan ini. Malangnya, kekangan masa telah meninggalkan kita tanpa alternatif selain mengambil keputusan ini,”
Untuk menangani kebimbangan dan memberikan bantuan, syarikat penerbangan itu lagi menggesa individu yang terjejas untuk menghubungi talian sokongan pelanggan mereka di customercare@myairline.my.
Mereka juga menasihatkan penumpang dengan penerbangan yang akan datang untuk tidak pergi ke lapangan terbang dan sebaliknya membuat rancangan perjalanan alternatif.
Dalam kenyataan itu lagi, seluruh pasukan di MYAirline, termasuk Lembaga dan pemegang saham, sedang bekerja keras untuk memulihkan operasi, pada masa ini tiada jangkaan masa yang pasti operasi ini akan diteruskan semula. Pihak MYairlines juga memohon maaf dan berjanji untuk memaklumkan kepada pelanggan jika ada perkembangan baru.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.