Motosikal

Yamaha MT-09 Generasi Baharu Dilancarkan di Malaysia, Harga RM57,998

Share

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) secara rasmi telah melancarkan generasi baharu Yamaha MT-09 di Malaysia. Model motosikal naked yang ikonik ini tampil dengan reka bentuk lebih moden dan ranggi.

Harga

Dilengkapi dengan beberapa ciri baharu yang pastinya menarik perhatian peminat motosikal. Dengan harga bermula dari RM57,998. Yamaha MT-09 ini menjanjikan pengalaman tunggangan yang lebih dinamik dan selesa.

Walaupun model global Yamaha MT-09 hadir dengan ciri sistem penukaran gear separa automatik Yamaha Automated Manual Transmission (Y-AMT). 

Versi yang dilancarkan di Malaysia adalah versi standard. Namun begitu, model ini tetap menampilkan peningkatan signifikan dari segi reka bentuk dan teknologi.

Visual

Dari segi visual, MT-09 generasi baharu ini menonjol dengan pencahayaan lampu hadapan yang dipadankan dengan lampu LED serta projektor di bahagian tengah. 

Memberikan pencahayaan yang lebih terang dan jelas. Rekaan tangki bahan api juga telah diberikan sentuhan baharu yang lebih dinamik. Memberikan lebih keselesaan kepada penunggang. 

Tempat duduk jenis dua bahagian pula memastikan keselesaan bukan sahaja untuk penunggang, tetapi juga untuk pembonceng.

Spesifikasi

Salah satu ciri menarik pada MT-09 ini adalah subframe baharu serta peningkatan pada kadar spring belakang. Ia menjanjikan tunggangan yang lebih stabil dan selesa. Tambahan lagi, tangki bahan api berkapasiti 14 liter kini dilengkapi dengan gril acoustic amplifier. Menambah pengalaman akustik ketika menunggang, di mana deruman enjin lebih jelas didengar oleh penunggang.

Skrin Maklumat

Untuk kemudahan penunggang, Yamaha MT-09 dilengkapi dengan paparan TFT berwarna penuh bersaiz lima inci, yang boleh disambungkan dengan telefon pintar melalui aplikasi Y-Connect dan Garmin Streetcross. 

Sistem ini membolehkan penunggang mengakses pelbagai maklumat penting serta navigasi. Di bahagian handlebar. 

Terdapat suis kawalan intuitif yang menampilkan ciri cruise control, selain daripada sistem brek menggunakan radial master cylinder daripada Brembo yang terkenal dengan prestasi cemerlang.

Mod Tunggangan

Penunggang juga boleh mempersonalisasi mod tunggangan melalui sistem Yamaha Ride Control (YRC) yang diakses melalui aplikasi di telefon pintar. Selain itu, terdapat port pengecasan Type-C di bawah tempat duduk untuk memudahkan pengecasan peranti semasa perjalanan.

Untuk keselesaan maksimum, posisi handlebar dan footpegs boleh dilaraskan mengikut kesesuaian ergonomik penunggang. Ini memastikan pengalaman tunggangan yang lebih selesa dan menyeronokkan, terutama bagi perjalanan jarak jauh.

Hantaran Kuasa

Dari segi trenkuasa, Yamaha MT-09 baharu ini masih mengekalkan enjin CP3 tiga silinder 890cc dengan penyejukan cecair. Ia mampu menghasilkan kuasa maksimum sebanyak 119hp dan tork 93Nm. Meskipun versi ini tidak dilengkapi dengan Y-AMT, ia dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan serta quickshifter generasi ketiga Yamaha untuk penukaran gear yang lebih lancar.

MT-09 generasi baharu ini ditawarkan dalam dua pilihan warna menarik, iaitu warna Cyan dan warna hitam matte, memberikan pilihan yang sesuai dengan gaya dan personaliti penunggang.

Dengan semua ciri menarik ini, Yamaha MT-09 generasi baharu bukan sahaja menawarkan prestasi hebat tetapi juga pengalaman tunggangan yang lebih selesa dan menyeronokkan. Bagi mereka yang mencari motosikal naked yang moden, dinamik, dan berkuasa, MT-09 adalah pilihan yang tepat.

Dari Careta

Baca Juga Yamaha YZF-R9 2025: Revolusi Supersport yang Ditunggu-Tunggu

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Published by
Shazwan