Boon Siew Honda baru mengumumkan kemas kini terbaharu untuk motosikal adventure yang cukup popular di kalangan peminat dua roda. Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES.
Bagi tahun 2024, model ikonik ini tampil dengan pilihan warna baharu yang lebih segar dan menarik. Pastinya memberi impak besar kepada mereka yang menggemari aktiviti pengembaraan dan penjelajahan jarak jauh.
Pilihan Warna Baharu yang Mencuri Tumpuan
Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES kini hadir dalam dua pilihan warna baharu. Matte Iridium Gray Metallic dan Pearl Glare White.
Bukan sekadar perubahan warna, motosikal ini juga dilengkapi dengan grafik baharu yang lebih berani dan moden. Menjadikannya tampak lebih gagah dan sporty.
Warna-warna ini direka khas untuk memberikan kelainan dan gaya kepada pemiliknya. Sambil mengekalkan karakter adventure yang sinonim dengan model Africa Twin.
Spesifikasi yang Memukau
Di sebalik penampilannya yang garang, Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES ini turut dilengkapi dengan enjin 1084cc silinder berkembar selari. Sejukan cecair. OHC, yang sesuai untuk perjalanan jarak dekat mahupun pengembaraan yang lebih jauh.
Apa yang menarik, penambahbaikan enjin ini telah meningkatkan tork sehingga 7%. Memberikan motosikal ini kuasa puncak 100hp pada 7,500rpm dan tork puncak 112Nm pada 5,500rpm.
Kuasa ini menjadikan Africa Twin sebagai jentera yang mampu menakluki pelbagai bentuk muka bumi. Dari jalan raya biasa sehinggalah laluan off-road yang mencabar.
Rekaan untuk Keselesaan Maksimum
Satu lagi kelebihan motosikal ini ialah roda hadapan bersaiz 19 inci yang memberikan kestabilan tambahan semasa menunggang di atas jalan raya. Dengan pusat graviti yang rendah dan jarak pelepasan tanah minimum 220 mm. Motosikal ini memberikan perjalanan yang lebih terkawal walaupun dalam keadaan mencabar.
Ketinggian tempat duduk yang boleh dilaraskan antara 820mm dan 840mm tanpa memerlukan sebarang alat juga memastikan keselesaan kepada pelbagai jenis penunggang.
Tidak ketinggalan, rekaan kusyen tempat duduk yang diubah turut menyumbang kepada keselesaan jangka panjang. Terutama ketika menunggang untuk tempoh masa yang lama.
Perlindungan angin yang ditingkatkan juga menambah keselesaan, sekaligus menjadikan Africa Twin ini pilihan yang mantap bagi pengembara sejati.
Harga dan Ketersediaan
Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES ini boleh didapati di semua pengedar sah Honda BigWing di seluruh negara mulai 10 Oktober 2024. Harga bilik pameran yang disyorkan bermula dari RM119,388 (tidak termasuk cukai jalan, insurans, dan pendaftaran).
Boon Siew Honda turut menawarkan waranti selama dua tahun atau 20,000km (mana-mana yang tiba dahulu). Memberi ketenangan fikiran kepada pemiliknya. Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh layari laman web www.hondabigbike.com.my atau kunjungi pengedar Honda BigWing berhampiran.
Kesimpulannya, dengan rekaan terkini, kuasa yang lebih baik dan warna baharu yang menarik. Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES adalah pilihan yang sempurna bagi penggemar motosikal adventure yang inginkan pengalaman pengembaraan tanpa had.
Dari Careta
Baca Juga Honda Forza 750 2025, Skuter Maxi dengan Teknologi Terkini
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.