Pengenalan V-STROM 250SX

V-STROM 250SX, di mana “S” bermaksud “sukan” dan “X” bermaksud “crossover.” Motosikal ini memiliki kehadiran yang mampu membuat orang ramai berpaling dua kali serta prestasi yang membuktikan keupayaannya. 

Dengan gabungan antara lasak dan moden, motosikal pengembaraan sukan ini sesuai untuk pelbagai jenis jalan, sama ada di bandar atau di jalan yang tidak berturap. V-STROM 250SX memenuhi keperluan penunggang yang mahu motosikal mereka mampu mengharungi pelbagai jenis jalan dan kelihatan segak dalam masa yang sama. 

Dilengkapi dengan ciri-ciri yang memfokuskan kepada keselesaan dan kemudahan penunggang, motosikal ini bukan sahaja menarik perhatian tetapi juga tahan lasak.

V-STROM 250SX – Crossover Sport Adventure Terbaik, Dari RM17,800

Prestasi Enjin V-Strom 250SX

Dikuasakan oleh enjin 249cm³ 4-lejang 1-silinder 4-injap berpenyejuk minyak SOHC, V-STROM 250SX memberikan kuasa yang kuat dan linear, menawarkan tork yang hebat pada rpm rendah serta kelancaran yang sesuai untuk penunggang muda dan veteran. Ia menawarkan sehingga 26 HP dan 22.2Nm tork. 

Sistem Penyejukan Minyak Suzuki (SOCS) memanaskan enjin dengan cepat dan mengekalkan suhu optimum dengan baik untuk pengurusan suhu yang ideal. Ia juga menyumbang kepada berat enjin yang ringan, memberikan rasa pantas dan lincah pada V-STROM 250SX.

V-STROM 250SX – Crossover Sport Adventure Terbaik, Dari RM17,800

Reka Bentuk Casis

Konsep reka bentuk V-STROM 250SX adalah “Tegap Dalam Cengkerang Tirus”. Keteguhan datang dari rupa lasak yang diilhamkan oleh pengembaraan dan casis yang memberi keyakinan. 

Ads

Cengkerang tirus merujuk kepada bentuk luaran yang ramping disebabkan oleh reka bentuk enjin yang padat, seolah-olah dibalut dalam cengkerang pelindung. 

Pengendalian yang lincah dan berat yang ringan memudahkan pergerakan melalui bandar. Prestasi sukan yang dimilikinya memberikan keseronokan dan keterujaan di jalan berliku, menjadikannya sebuah crossover yang ringan dan serbaguna. 

Panel sisi di bawah tempat duduk penunggang direka sekecil mungkin berkat reka bentuk enjin yang padat, membolehkan penunggang mudah mencapai tanah, serta memberikan rasa tegap semasa menunggang. 

V-STROM 250SX – Crossover Sport Adventure Terbaik, Dari RM17,800

Ads

Komponen Lain

Rekaan yang kurus juga menjadikannya stabil dan mudah dikendalikan pada kelajuan rendah – sangat berguna semasa menunggang di bandar dan parkir. Ketinggian tempat duduk 835 mm, ideal dan posisi menunggang yang selesa dan luas dengan pandangan yang tinggi dan jelas.

Ciri-ciri standard yang terdapat V-Strom 250 SX adalah panel instrumen digital, pengecas USB, brek ABS, pelindung enjin dan pencahayaan lampu LED di seluruh bahagian.

Bagi pasaran Malaysia, V-Strom 250 SX menampilkan pelindung tangan pada handlebar, dan off-road footpeg.

Selain itu, ia tampil dengan saiz tayar 19 inci di hadapan dengan ukuran saiz tayar 100/90 manakala di belakang menggunakan saiz roda 17 inci dengan tayar 140/70.

Ads

V-STROM 250SX – Crossover Sport Adventure Terbaik, Dari RM17,800

V-Strom 250 SX tampil dengan fork hadapan jenis teleskopik tidak boleh laras dan monoshock jenis boleh laras pre-load di belakang. 

Harga yang ditawarkan bermula dari RM17,800 bagi pasaran Malaysia. Ia tersedia dalam tiga warna iaitu Champion Yellow, Glass Sparkle Black dan Pearl Blaze Orange.

Baca Suzuki Malaysia Perkenal Trio Model Terkini di Malaysia Autoshow 2024

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI