Di pentas penuh cahaya Malaysia Autoshow 2025, Royal Enfield tampil bergaya dengan pelancaran dua model terkini mereka – Bear 650 dan Classic 650. Kedua-dua model ini bukan sekadar motosikal, tetapi manifestasi jiwa bebas dan warisan yang tidak lapuk dek zaman.

Bear 650 – Scrambler Bergaya dengan Semangat 60-an

Bear 650 ialah scrambler moden yang diinspirasikan oleh semangat perlumbaan padang pasir 1960-an. Khususnya kemenangan epik Eddie “Fast Eddie” Mulder di Big Bear Run. Berdasarkan platform Interceptor 650 yang sudah terbukti mantap. Bear 650 membawa gaya, karakter, dan keupayaan off-road ringan yang cukup menggoda.

Royal Enfield Lancar Dua Jentera Baharu – Bear 650 & Classic 650

Apa yang membezakan Bear 650?

  • Enjin 650cc Twin Royal Enfield yang menjana 47hp dan 56.5Nm tork – cukup untuk memberikan tork kuat di julat pertengahan rpm. 
  • Ekzos 2-1 baharu, bukan sahaja ringan tapi menambah punch tork dan gaya. 
  • Reka bentuk klasik scrambler – dengan pelindung ekzos tinggi, pelana kontur, papan nombor gaya perlumbaan, dan tayar dual-purpose. 
  • Fork USD Showa dan suspensi belakang RSU memberi keselesaan walaupun di laluan tidak sempurna.Royal Enfield Lancar Dua Jentera Baharu – Bear 650 & Classic 650

Empat warna disediakan untuk pasaran Malaysia:
  Petrol Green – RM35,700
  Wild Honey – RM35,700
  Golden Shadow – RM35,700
  Bear 650 Two Four Nine (edisi khas) – RM36,000

Dan ya, nama edisi khas itu adalah penghormatan kepada nombor perlumbaan Eddie Mulder – 249.

Ads

Classic 650 – Ikonik Ditingkatkan, Klasik Diperhebatkan

Kalau Bear 650 menyerlahkan sisi liar dan nakal Royal Enfield, Classic 650 pula membawakan elemen elegan dan nostalgia dengan sentuhan moden. Ia masih mengekalkan DNA rekaan klasik yang dikenali sejak zaman Classic 500, tetapi dengan enjin 650cc Twin dan kehalusan yang lebih menyerlah.

Royal Enfield Lancar Dua Jentera Baharu – Bear 650 & Classic 650

Apa yang menarik tentang Classic 650?

  • Reka bentuk yang kekal ikonik – tangki bahan api melengkung kemas, lampu bulat gaya lama, fender berprofil klasik. 
  • Rangka ‘loop’ khas Royal Enfield – satu kesinambungan dari Classic ke Thunderbird ke Super Meteor. 
  • Tiga warna eksklusif yang mencerminkan warisan dan keanggunan:
      Bruntingthorpe Blue – RM34,500
      Vallam Red – RM34,500
      Black Chrome – RM35,500Royal Enfield Lancar Dua Jentera Baharu – Bear 650 & Classic 650

Classic 650 ialah motosikal yang nampak gah tapi sangat mesra penunggang, sesuai untuk yang baru nak berjinak atau peminat tegar gaya retro.

Ads

Apa Kata Mereka?

“Bear 650 bukan sekadar jentera, ia simbol kebebasan dan semangat tanpa kompromi,” kata Rewi Hamid Bugo, Pengerusi Didi Group. “Ia sesuai untuk penunggang Malaysia yang mahukan sesuatu yang berkarakter — dari jalan bandar ke denai hujung dunia.”

Anuj Dua, Ketua Perniagaan Royal Enfield Asia Pasifik pula berkata:

“Bear 650 adalah lambang semangat sebenar scrambler — berani, spontan, dan tahan lasak. Ia akan jadi teman setia penunggang Malaysia ke mana saja mereka pergi.”

Royal Enfield Lancar Dua Jentera Baharu – Bear 650 & Classic 650

Ads

Kini Di Malaysia

Kedua-dua model – Bear 650 dan Classic 650 – sudah boleh dimiliki di semua pusat pameran Royal Enfield seluruh Malaysia mulai hari ini. Sama ada anda pencinta gaya jalanan yang kasar atau pemuja klasik yang halus, Royal Enfield ada satu jentera untuk jiwa anda.

Dari Royal Enfield Malaysia

Baca Juga Royal Enfield Perkenal Guerrilla 450 & Classic 350 Versi Baharu di Malaysia

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI