MV Agusta melancarkan satu lagi permata dalam dunia motosikal sport – F3 Competizione. Berasaskan model F3 RR, motosikal ini tampil dengan reka bentuk dan teknologi yang mengagumkan. Lebih istimewa, hanya 300 unit akan dihasilkan sepanjang tahun 2025, menjadikannya koleksi eksklusif yang pasti memikat peminat motosikal.
Reka Bentuk Memukau dan Inspirasi F4 Claudio
F3 Competizione memikat hati dengan sentuhan warna Satin Metallic Carbon Black, Satin Intense Silver, dan emas yang dipadankan dengan gentian karbon terdedah.
Reka bentuknya mengambil inspirasi daripada F4 Claudio, dengan garisan emas yang menaikkan seri motosikal ini. Pelana dibalut dengan Alcantara, memberikan sentuhan mewah, manakala plak bernombor pada pemegang hendal menjadikannya seolah-olah karya seni yang bergerak.
Kredit – Website MV Agusta
Kuasa Enjin dan Pengurangan Berat
Enjin 798 cc tiga silinder menghasilkan 160 kuasa kuda pada 13,500 rpm. Tidak seperti sebelum ini dimana pengeluar menggunakan ekzos titanium Akrapovic khas, yang hanya menghasilkan kuasa sekitar 155 hp.
Dengan pengurangan berat sebanyak 14 kilogram berbanding F3 RR, motosikal ini lebih ringan dan lincah, menjadikannya pilihan ideal untuk litar atau jalan raya.
Ads
Penggunaan material titanium dan karbon bukan sahaja menyumbang kepada pengurangan berat tetapi juga meningkatkan kecekapan aerodinamik. Dapra depan gentian karbon direka untuk menghasilkan daya mendap sehingga 8 kg pada kelajuan 240 km/j. Membantu kestabilan motosikal pada kelajuan tinggi.
Kredit – Website MV Agusta
Teknologi Canggih untuk Pengalaman Pemanduan Maksimum
F3 Competizione dilengkapi ECU pintar dengan IMU enam paksi, membolehkan penunggang memilih empat mod pemanduan: Rain, Sport, Race, dan Custom. Terdapat juga lapan tahap kawalan cengkaman, sesuai untuk pelbagai keadaan jalan. Sistem brek anti-kunci (ABS) mempunyai dua mod – Sport dan Race – dan boleh dipadamkan jika diperlukan.
Ciri tambahan seperti Front Lift Control (FLC) dan Rear Wheel Lift-Up Mitigation (RLM) memberikan kawalan penuh semasa pecutan mendadak. Dengan teknologi ini, motosikal mampu mencapai kelajuan 0 hingga 100 km/j dalam masa kurang daripada 3 saat.
Kredit – Careta
Komponen Casis Premium
Suspensi motosikal ini menggunakan Öhlins NIX30 di depan dan Öhlins TTX 36 di belakang. Memberikan kestabilan dan kawalan yang lebih baik. Peredam hendal mempunyai 19 larasan kedudukan, sementara rim karbon khas mengurangkan berat keseluruhan sebanyak 3 kilogram berbanding rim aluminium F3 RR.
Ads
Sistem brek Brembo Stylema dengan cakera 320 mm di depan dan 220 mm di belakang melengkapkan pakej ini untuk prestasi pemanduan yang hebat.
Kredit – Careta
Pakej Eksklusif untuk Kolektor
Setiap pembelian F3 Competizione hadir dengan kit khas, termasuk:
Set ekzos penuh Akrapovic
Pelindung gentian karbon untuk ekzos
Penutup tangki CNC
Penutup pelana gentian kaca
Selimut motosikal khas
Sijil ketulenan
Dengan ciri-ciri hebat ini, MV Agusta F3 Competizione bukan sekadar motosikal – ia adalah simbol kejuruteraan canggih dan seni reka bentuk. Bagi peminat motosikal yang mahukan gabungan kuasa, gaya, dan eksklusiviti, edisi terhad ini adalah pilihan sempurna.
Acura TLX Type S 2024 kini tampil dengan kemaskini baharu untuk model tahun 2024. Model ini menonjol dengan penampilan luar yang menyerupai Honda Integra, tetapi dengan dimensi yang lebih besar dan pilihan pemanduan “All Wheel Drive (AWD)” yang tersedia. Mari kita terokai lebih lanjut tentang ciri-ciri dan prestasi sedan mewah ini.
Kredit Foto : Website caranddriver
Model TLX Type S 2024 turut menampilkan kemaskini pada bahagian hadapan yang melalui proses telah reka semula dengan bampar yang lebih menarik dan dikemaskini dengan rekaan gril baharu serta penambahan ‘spiltter’ di bahagian hadapan menambahkan konsep sporty kepada kenderaan ini.
Desas-desus mengatakan harga permulaan TLX juga turut meningkat seiring dengan penghapusan model asasnya. Namun, tidak terbantut oleh kenaikan harga, TLX terkini menawarkan lebih banyak ciri-ciri baharu daripada model sebelumnya.
Kredit Foto : Website caranddriver
Bagi peminat kelajuan, TLX Type S adalah pilihan yang sesuai. Dilengkapi dengan pemanduan empat roda dan enjin turbo V-6 yang menghasilkan sehingga 355 kuasa kuda berbanding dengan model A-spec yang hanya menghasilkan 272 kuasa kuda.
Perbezaan prestasi antara kedua-dua model ini adalah ketara, dengan V-6 yang lebih pantas mencapai 60 mph dalam masa yang lebih singkat.
Kredit Foto : Website caranddriver
Rekaan dalam TLX mungkin kurang menarik di bahagian ruang belakang jika dibandingkan dengan beberapa model pesaingnya, namun ruangan kabinnya menawarkan rekaan ekspresif yang menekankan karakter “sporty”.
Bahan kabin yang berkualiti tinggi termasuk “open-pore wood” dan menggunakan material aluminium sebenar, memberikan satu sentuhan mewah kepada setiap model ini. Dengan tempat duduk depan berwarna merah untuk model Type S membawakan satu tema yang garang dan bertenaga.
Kredit Foto : Website caranddriver
TLX dilengkapi dengan sistem infotainment 12.3 inci yang canggih, dikawal melalui touchpad di panel bahagian tengah. Fungsi seperti Apple CarPlay, Android Auto, dan hotspot Wi-Fi standard, memudahkan anda menyangbungkan rakaian telefon bimbit anda ke dalam kereta.
Keselamatan juga menjadi keutamaan dengan ciri-ciri seperti “forward-collision warning, “automated emergency braking”, “traffic-sign recognition” dan “driver-awareness monitor”.
Kredit Foto : Website caranddriver
TLX Type S dengan enjin V-6 355 kuasa kuda berada di kedudukan tertinggi dalam barisan TLX daripada segi prestasi dan harga. Dengan harga yang lebih rendah berbanding pesaingnya seperti BMW M340i, TLX Type S tetap menawarkan nilai yang sangat baik dengan kelengkapan standard yang lebih baik.
Acura TLX 2024 membuktikan bahawa ia bukan sekadar sedan mewah biasa. Dengan kombinasi rekaan yang menarik, prestasi yang baik, dan teknologi canggih, ia menjadi pilihan yang menarik dalam pasaran sedan mewah.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Maklumat menarik mengenai program perlumbaan MotoGP di Sepang bagi tahun 2023! Tarikh keramat dari 10 sehingga 12 November 2023 bakal menjadi tiga hari penuh dengan ketegangan dan keseronokan di litar lumba yang terkenal ini.
Berikut beberapa info penting perlu anda tahu:
Jumaat, 10 November 2023
– 09:00 – 09:35: Latihan 1 Moto3™
– 09:50 – 10:30: Latihan 1 Moto2™
– 10:45 – 11:30: Latihan Bebas 1 MotoGP™
Hari pertama bermula dengan sesi latihan yang akan memberi gambaran awal mengenai persediaan para pelumba dan jangan lepaskan peluang untuk berjalan di Lorong Pit Awam dan mendapatkan tandatangan di merchandise MotoGP™ kegemaran anda!
Sabtu, 11 November 2023
– 08:40 – 09:10: Latihan 3 Moto3™
– 09:25 – 09:55: Latihan 3 Moto2™
– 10:10 – 10:40: Latihan Bebas 2 MotoGP™
Hari kedua ini menjanjikan lebih banyak aksi dengan sesi latihan dan kelayakan. Jangan lepaskan perarakan pelumba Moto2™ & Moto3™, serta slot kelayakan yang mengasyikkan untuk segmen MotoGP™
Ahad, 12 November 2023
– 09:00 – 09:30: Slot Hero Walk Moto2™/ Moto3™
– 10:40 – 10:50: Sesi Warm Up MotoGP™
– 11:00: Perarakan Peminat MotoGP™
Kredit Foto: Sepang International Circuit
Hari kemuncak! Rasai suasana yang membara dengan perlumbaan Moto3™ (15 pusingan), Moto2™ (17 pusingan), dan perlumbaan utama, MotoGP™ (20 pusingan). Selain itu, jangan lepaskan persembahan istimewa oleh Naim Daniel dan Kumpulan Zeppo Youngsterz!
Tips untuk Penonton
– Pastikan anda kekal hidrasi dan kunjungi stesen pertolongan cemas jika perlu.
– Nikmati pelbagai makanan dan minuman di kawasan litar.
– Penonton kurang upaya boleh mendapatkan bantuan dengan menghubungi talian +603-8703 2434.
Pengalaman Tambahan
– Saksikan Upacara Membuka Tirai yang mengagumkan pada 12 November 2023.
– Dengarkan komen langsung perlumbaan melalui frekuensi radio 102.1 fm.
– Sertai Public Pit Lane Walk pada 10 November 2023 dan dapatkan pandangan dekat ke dunia perlumbaan.
Jadi, bersiaplah untuk hujung minggu yang penuh aksi di MotoGP Sepang 2023! Jangan lepaskan setiap detik kerana acara ini menawarkan lebih daripada sekadar perlumbaan. Selamat menikmati pengalaman MotoGP yang tak dilupakan!
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Bagi para pengikut automotif dan peminat kereta laju, pasti tidak asing lagi dengan figura yang popular dari rancangan YouTube, Supercar Blondie. Alex Hirschi, hos di sebalik jenama Supercar Blondie, kini bakal mengorak langkah lebih jauh dengan pelancaran SBX Cars, sebuah platform lelongan dalam talian yang menawarkan pelbagai jenis kereta eksotik dan unik.
Alex Hirschi berkata, “Kami menerima banyak permintaan dari orang yang ingin menjual kereta unik mereka, dan ada juga yang mencari kereta yang spesifik.” Sebelum pelancaran, SBX Cars telah mengesahkan lebih daripada AS$100 juta dalam konsainan.
Menurut Alex, SBX Cars akan beroperasi terutamanya dari Los Angeles dan Dubai, dengan pasukan yang berada di London. “Kami ingin membina platform yang benar-benar memberikan rasa premium kepada pengguna. Kami tidak mahu kereta mewah dijual bersama kereta biasa dengan harga rendah,” katanya.
Kredit: South China Post
SBX Cars bukanlah satu-satunya platform lelongan kereta dalam talian. Youtuber terkenal Doug DeMuro juga telah melancarkan Cars & Bids di Amerika Syarikat pada tahun 2020. Di Eropah, Collecting Cars, yang diasaskan oleh Edward Lovett pada 2019, melaporkan penjualan melebihi £130 juta pada tahun lalu.
Trend ini juga diteruskan oleh rumah lelong terkenal seperti RM Sotheby’s, Barrett-Jackson, dan Gooding & Co yang kini mengadakan jualan dalam talian. Dengan pengalaman bertahun-tahun dalam dunia kereta mewah, Supercar Blondie bersedia untuk menempuh cabaran dalam pasaran lelongan dalam talian yang semakin pesat ini, menurut Lance Butler, Pengasas Stratas Auctions.
'CyberRoar' Gabungan Kuasa dan Gaya Dalam Jiwa Harimau
Boon Siew Honda sekali lagi mencuri perhatian peminat motosikal tempatan dengan pelancaran Honda CBR150R Special Edition dengan...