Harley-Davidson Malaysia baru-baru ini menganjurkan tayangan eksklusif filem Thunderbolts di Aurum Theatre, The Exchange TRX. Selain filem, yang mencuri tumpuan adalah kemunculan Harley-Davidson Pan America 1250 ST 2025.
Acara tertutup ini menyatukan 40 tetamu khas yang terdiri daripada ahli Harley Owners Group (HOG) dan penunggang motosikal dari pelbagai kelab seluruh negara. Ia bukan sekadar tayangan filem – ini satu malam penuh gaya, adrenalin dan semangat persaudaraan komuniti Harley.
Aksi Di Layar, Realiti Di Jalanan
Motosikal Pan America 1250 ST 2025 muncul dalam beberapa babak aksi yang mendebarkan dalam filem Thunderbolts. Memberi penonton gambaran sebenar keupayaannya di laluan mencabar.
Lebih menarik, model ini dijangka akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada suku ketiga 2025. Jadi filem ini ibarat teaser eksklusif untuk pasaran tempatan.
Harley-Davidson memang dikenali bukan sekadar pengeluar motosikal, tapi pencipta pengalaman. Malam itu membuktikan mereka serius dalam membina hubungan lebih mendalam dengan komuniti penunggang – bukan sekadar jual motosikal, tapi hidupkan gaya hidup.
Spesifikasi Harley-Davidson Pan America 1250 ST 2025 (Anggaran Pasaran Malaysia)
Kategori | Adventure Touring |
Enjin | 1252cc Revolution® Max 1250 V-Twin |
Kuasa Maksimum | Sekitar 150 hp @ 9,000 rpm |
Tork Maksimum | 127 Nm @ 6,750 rpm |
Transmisi | 6-Kelajuan |
Tangki Bahan Api | 21.2 Liter |
Berat Basah | ±258 kg |
Ketinggian Tempat Duduk | Boleh laras, ±850mm hingga 875mm |
Suspensi | Semi-aktif depan dan belakang |
Brek | Cakera Brembo hadapan & belakang |
Sistem Keselamatan | ABS selekoh, kawalan traksi, mod tunggangan |
Kelajuan Maksimum | ±220 km/j |
Jarak Tunggangan | ±350 – 400 km (bergantung gaya tunggangan) |
Harga Anggaran di Malaysia | Sekitar RM130,000 – RM140,000 bergantung spesifikasi & aksesori |
Dari Harley-Davidson Malaysia
Baca Juga Harley-Davidson Sahkan Penyertaan Rasmi Dalam Kalendar MotoGP
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.