Bila sebut pasal topi keledar, nama LS2 bukan calang-calang dalam dunia permotoran. Terkenal dengan inovasi dan tahap keselamatan kelas dunia. LS2 Malaysia kini tampil dengan tiga model terkini yang bakal menggoda para penunggang motosikal tahun ini. 

Verso II OF618, Dragon FF807, dan Advant II FF910. Majlis pelancarannya yang cukup santai dan meriah diadakan ketika ‘Santapan Berbuka bersama Media’ di Courtyard, Kuala Lumpur.

Ketiga-tiga model ini hadir dengan pelbagai ciri terkini yang bukan sahaja memberi perlindungan maksimum. Malah, gaya moden dan keselesaan optimum untuk kegunaan harian dan jarak jauh.

LS2 Malaysia Perkenal Tiga Topi Keledar Terbaru – Gaya, Teknologi & Keselamatan dalam Satu Pakej!

LS2 Verso II OF618 – Ringan, Bergaya dan Praktikal

Model open-face ini dibina menggunakan bahan Kinetic Polymer Alloy (KPA). Menjadikannya ringan tetapi tetap tahan lasak. Dilengkapi visor anti calar, perlindungan UV, sistem PINLOCK MAX-VISION 70 dan visor matahari boleh tanggal. Verso II jelas direka untuk penunggang urban yang aktif.

Teknologi COOLMAX digunakan pada pelapik dalaman untuk menyerap peluh dan kekal kering. Terdapat juga ruang untuk sistem interkom LS2 Intercom 4x – memudahkan komunikasi semasa menunggang.

Berat sekitar 1500g, model ini sesuai untuk kegunaan harian dan didatangkan dengan sistem pelepasan kecemasan serta tali dagu mikrometrik bagi keselamatan tambahan. Harga bermula RM618 (plain) dan RM629 (design). Memang berbaloi untuk penunggang komuter.

Ads

LS2 Malaysia Perkenal Tiga Topi Keledar Terbaru – Gaya, Teknologi & Keselamatan dalam Satu Pakej!

LS2 Dragon FF807 – Topi Keledar Premium Berjiwa Lumba

Kalau anda jenis yang pentingkan prestasi dan keselamatan maksimum, Dragon FF807 ialah pilihan wajib. Dibina dengan 6K Carbon, ia bukan sahaja nampak mewah, tapi juga ringan dan tahan hentakan. Dengan berat sekitar 1450g, ia sangat sesuai untuk tunggangan berkelajuan tinggi.

Visor anti calar, kalis UV, PINLOCK MAX-VISION 120, serta pelapik dalaman X-Static© Silver Liner yang antibakteria dan hypoallergenic. Menjadikan topi keledar ini lengkap dari segi gaya dan fungsi.

Ada juga deflektor nafas, sistem ekzos karbon dan sokongan interkom untuk kekal terhubung semasa di jalan raya. Harga bermula RM2,088 (plain) dan RM2,099 (design).

Ads

LS2 Malaysia Perkenal Tiga Topi Keledar Terbaru – Gaya, Teknologi & Keselamatan dalam Satu Pakej!

LS2 Advant II FF910 – Fleksibel dan Futuristik

Model modular ini menawarkan fleksibiliti luar biasa dengan sistem lipat 180°, membolehkan anda tukar dari full-face ke open-face dalam sekelip mata. Dibina daripada KPA diperkukuh dengan karbon, ia tahan lasak, ringan dan sesuai untuk semua cuaca.

Dengan berat sekitar 1750g, topi keledar ini turut dilengkapi visor berkualiti tinggi, PINLOCK 120, serta sistem ventilasi dan ekzos karbon untuk aliran udara terbaik. Pelapik COOLMAX yang hypoallergenic boleh ditanggalkan dan dibasuh. Sesuai untuk mereka yang ada kulit sensitif.

Tali dagu mikrometrik dan sistem pelepasan kecemasan pastikan anda selamat di mana sahaja. Harga bermula RM1,488 (plain) dan RM1,499 (design). Cukup ideal untuk rider harian dan juga pelancong motosikal.

Ads

Kesimpulan LS2 Terus Dominasi Jalan Raya Malaysia

Ketiga-tiga model ini telah mendapat pensijilan ECE 22.06, menjadikannya bukan sahaja bergaya, tapi juga selamat dan diyakini. Sama ada anda rider harian, peminat touring atau penunggang hujung minggu. LS2 ada sesuatu yang sesuai dengan keperluan anda.

Topi keledar ini boleh didapati di semua pengedar sah MForce dan CFMOTO seluruh negara. Jadi, apa tunggu lagi? Jom tampil bergaya dan selamat atas jalan raya dengan LS2 – sebab keselamatan tak pernah ketinggalan gaya!

Dari LS2 Malaysia / MForce Marketing

Baca Juga Gracshaw Lancar Koleksi Helmet Demon Slayer Edisi Terhad – Gabungan Gaya & Keselamatan

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI