Buat peminat motosikal di Malaysia, bersedia untuk menyambut kehadiran model terbaru dari Benda Malaysia – Benda Chinchilla 500! Motosikal cruiser kelas pertengahan ini menawarkan gabungan kuasa, gaya, dan teknologi moden yang pasti memenuhi cita rasa penunggang yang inginkan keselesaan tanpa mengorbankan prestasi.
Gaya & Keselesaan Dalam Satu Pakej
Benda Chinchilla 500 direka khas untuk memberikan pengalaman tunggangan santai namun tetap bertenaga. Dengan kedudukan tempat duduk yang ergonomik dan rekaan yang seimbang, motosikal ini sesuai untuk perjalanan dalam bandar mahupun perjalanan jauh.
Model ini hadir dalam tiga pilihan warna yang menawan iaitu Hitam, Biru, dan Kelabu – memberikan penunggang peluang untuk memilih warna yang mencerminkan gaya mereka. Selain itu, gabungan elemen retro dan moden dalam reka bentuknya menjadikan motosikal ini satu tarikan di atas jalan raya.
Kuasa Padu dari Enjin V-Twin
Jantung kepada Benda Chinchilla 500 adalah enjin V2-silinder, 4-lejang, 8-injap DOHC bersesaran 475.6cc. Mampu menjana kuasa maksimum 47hp pada 9,000 rpm dan tork padu 42.0 Nm pada 7,200 rpm. Motosikal ini memberikan pengalaman tunggangan yang responsif dan lancar.
Ditambah dengan sistem penyejukan cecair serta suntikan bahan api elektronik (EFI), prestasi enjin dijamin lebih efisien dan menjimatkan bahan api.
Ads
Keselamatan & Teknologi Terkini
Benda Chinchilla 500 bukan sahaja menawarkan prestasi hebat, tetapi juga dilengkapi dengan ciri keselamatan canggih. Antara yang menarik adalah sistem brek ABS dwi-saluran dan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) untuk kestabilan optimum. Terutamanya ketika membrek secara mengejut atau menunggang di permukaan licin.
Selain itu, motosikal ini juga dilengkapi dengan fungsi Side Stand Safety Switch yang menghalang enjin daripada dihidupkan. Sekiranya tongkat sisi masih diturunkan – satu ciri tambahan untuk keselamatan pengguna.
Suspensi Stabil & Keselesaan Maksimum
Benda Chinchilla 500 didatangkan dengan fork teleskopik jenis upside down di bahagian hadapan dan penyerap hentak berkembar di bahagian belakang. Kombinasi ini membantu dalam memberikan kawalan lebih baik di pelbagai permukaan jalan.
Ads
Tangki bahan api berkapasiti 16 liter pula memastikan penunggang boleh menikmati perjalanan lebih jauh tanpa perlu kerap berhenti mengisi minyak. Tambahan pula, motosikal ini menggunakan tali sawat sebagai sistem penghantaran kuasa, menjadikan tunggangan lebih lancar dan penyelenggaraan lebih mudah.
Kemudahan Moden & Ciri Premium
Motosikal ini turut dilengkapi dengan panel meter digital yang minimalis tetapi jelas, memberikan maklumat penting kepada penunggang dengan mudah. Terdapat dua port pengecasan USB (Type-A dan Type-C) yang membolehkan peranti seperti telefon pintar dicas semasa perjalanan.
Sistem ekzos berkembar bukan sahaja menambahkan elemen gaya, malah memberikan bunyi deruman enjin yang garau dan ‘bassy’ – ciri yang pasti digemari oleh peminat cruiser.
Ads
Harga & Waranti Menarik
Benda Chinchilla 500 boleh dimiliki pada harga bermula dari RM27,888 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan). Dengan setiap pembelian, pemilik akan menikmati waranti perbatuan tanpa had selama dua tahun. Perkhidmatan pembelian alat ganti tulen secara dalam talian oleh Mforce Bike Holdings Sdn Bhd.
Bagi mereka yang inginkan motosikal dengan gabungan kuasa, gaya, dan teknologi moden. Benda Chinchilla 500 adalah pilihan yang sukar ditandingi. Dapatkan model ini di pengedar sah Mforce seluruh Malaysia dan alami sendiri sensasi tunggangan yang mengagumkan!
B-36 Peacemaker adalah salah satu ikon dalam sejarah penerbangan dunia, terkenal sebagai salah satu pesawat pengebom terbesar dan paling berkuasa yang pernah dibina.
Kredit Foto : Website planehistoria
Ketika di dibina pada tahun 1941, teknologi enjin jet masih berada di peringkat awal, menjadikan enjin piston sebagai pilihan utama untuk penerbangan jarak jauh.
Kekuatan Enjin Piston
Enjin yang digunakan dalam B-36 adalah enam unit enjin 28 silinder Pratt & Whitney R-4360 Wasp Major.
Enjin piston ini adalah antara yang paling kuat pada zaman itu dan memainkan peranan penting untuk mencapai jarak dan ketinggian yang diperlukan.
Kredit Foto : Website planehistoria
B-36 mempunyai keupayaan untuk terbang pada ketinggian yang sangat tinggi untuk pesawat berkuasa piston, hasil daripada reka bentuk sayap yang besar dan kekuatan enjin-enjin ini.
Ketinggian yang tinggi ini menjadikan pesawat tersebut sukar dicapai oleh kebanyakan pesawat pemintas dan sistem pertahanan anti-pesawat pada waktu itu, memberikan kelebihan pada pesawat ini.
Pergeseran kepada Teknologi Jet
Walau bagaimanapun, dengan kemajuan pesat dalam teknologi enjin jet, kekurangan kelajuan B-36 menjadi kelemahan yang ketara.
Jet pejuang yang baharu adalah lebih laju dan mula mendominasi langit, menyebabkan B-36 sudah tidak relevan lagi.
Penyelesaian yang diambil adalah penambahan empat enjin jet kepada enam enjin piston yang sedia ada, menjadikannya pesawat dengan gabungan kuasa yang dikenali sebagai “enam berpusing, empat membakar.”
Kredit Foto : Website planehistoria
Enjin jet ini digunakan terutamanya semasa berlepas untuk meningkatkan daya angkat dan keupayaan muatan, serta memberikan peningkatan kelajuan ketika berada di kawasan sasaran.
Namun, penggunaan enjin jet adalah terhad kerana kecekapan bahan api yang lebih rendah berbanding enjin piston.
Simbol Adaptasi dan Inovasi
Pesawat ini bukan sahaja mampu mencapai jarak yang luar biasa, tetapi juga menunjukkan fleksibiliti dalam mengadaptasi teknologi baru untuk kekal relevan.
Gabungan enjin piston dan jet menunjukkan bagaimana B-36 berfungsi sebagai peralihan antara era kuasa piston dan kuasa jet, memainkan peranan penting dalam strategi pertahanan Amerika Syarikat pada era tersebut.
Kredit Foto : Website planehistoria
Dengan itu, B-36 tidak hanya mencatatkan sejarah sebagai pesawat pengebom terbesar, tetapi juga sebagai bukti kejuruteraan yang canggih.
Awal tahun ini Porsche telah mempersembahkan model Macan elektrik sepenuhnya yang terbaharu. Generasi kedua SUV ini diperkenalkan di Singapura secara langsung dari acara Porsche Newsroom.
Michael Mauer, Naib Presiden Gaya Porsche, memberikan pandangan tentang proses reka bentuk sebelum perasmian model tersebut.
Menurut Michael, Macan baharu adalah model pertama yang dielektrifikasi dari identiti produk sedia dan ia jelas diterima dari orang ramai.
Kredit Foto: Porsche
Menurut pandangannya, setiap model baharu harus dapat dikenali dengan jelas sebagai sebahagian daripada keluarga produk Porsche dan model yang berkaitan, tetapi juga harus dianggap sebagai ‘yang baharu’.
Mauer percaya bahawa konsistensi visual sangat kritikal bagi jenama Porsche. Menjaga keseimbangan yang tepat antara “keluaran khas Porsche” dan “inovatif” pada masa yang sama sudah tentu merupakan tugas yang rumit, akui pereka itu.
Pertukaran enjin pembakaran dalaman ke sistem elektrik sepenuhnya pada Macan membawa cabaranke tahap lain bagi pasukan Porsche. Enjin elektrik menawarkan tahap fleksibiliti yang baru tetapi menimbulkan cabaran yang tersendiri.
Kredit Foto: Porsche
Sebagai contoh, bateri merupakan komponen yang agak besar yang memerlukan banyak ruang dan boleh mengganggu nisbah lebar-tinggi yang sudah sedia ada. Selain itu, aerodinamik memainkan peranan besar dalam julat sebuah kereta sukan elektrik.
Secara umum, Porsche telah memutuskan untuk tidak membezakan model elektriknya daripada kereta sukan bermotor pembakaran dalaman. Porsche tetap menjadi Porsche malah Porsche elektrik juga merupakan kereta sukan dalam segmennya tersendiri.
Buat masa sekarang, Toyota dilihat sedang giat berusaha untuk menambah baik barisan GR mereka yang sedia ada. Ini termasuklah Toyota GR Yaris yang dikatakan di antara model paling hangat di pasaran tempatan bagi segmen ‘hot hatch’ JDM (Japanese Domestic Market).
Jika dilihat secara kasar, Toyota bolehlah dikatakan sedang menggunakan segala pengalaman dan pengetahuan mereka dalam sukan permotoran bagi menjadikan barisan GR sentiasa dikemaskini dan memenangi hati pelbagai pihak terutama pemandunya.
Berdasarkan laporan terkini daripada laman automotif Japan Best Car Web, GR Yaris bakal berada di pasaran sekitar pertengahan tahun hadapan.
Kredit Foto: Toyota
Kebiasaannya, pengeluar kereta yang mengemaskini model sedia ada, mereka akan lebih menitikberatkan soal rupa dan aksesori. Namun, Toyota turut membawakan perubahan dari sudut prestasi.
GR Yaris bakal mendapat peningkatan kuasa serta pilihan transmisi automatik buat kali pertama. Lebih yakin untuk bergerak di sekitar Lembah Klang lepas ini dengan transmisi automatik lapan nisbah kelajuan.
Toyota mempertingkatkan angka output bagi GR Yaris supaya ia dapat menyaingi kuasa GR Corolla yang menghasilkan sekitar 300 HP.
Kredit Foto: Toyota
Perubahan kosmetik akan dihadkan kepada bahagian bampar, diikuti dengan pemasangan spoiler belakang yang besar. Menambahkan lagi daya mendapan supaya kereta lebih ‘melekat’ di jalan dan mudah untuk dikendalikan.
Ruang dalaman GR Yaris ditambah baik dengan menggunakan skrin kluster digital bagi menggantikan meter analog sedia ada, sama seperti apa yang ditawarkan pada GR Corolla. GR Yaris ditawarkan untuk pasaran Malaysia bermula dari RM 299,000.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Penyanyi pop sensasi dan pemenang tiga Anugerah Grammy, Dua Lipa, baru-baru ini memperkenalkan kereta idamannya. Sebuah Porsche 911 GT3 RS versi custom, yang direka...